Semua pasal Kerja baru 2017
Assalammualaikum.. korang sihat tak?
Alhamdulillah aku pun sihat juga.
Maaf lama tak update. Aku seperti biasa masih tiada komputer/ laptop untuk menaip. Ini pun ditaip di telefon pintar.
Buat pengetahuan semua aku dah dapat kerja pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah. Kali ini aku lebih banyak guna konsep bersyukur.
Bersyukur aku ada kerja. Bersyukur aku diambil bekerja. Bersyukur aku kerja kurang stress berbanding kerja yang dulu. Bersyukur walau kerja hari sabtu tapi alhamdulillah ada juga hari sabtu yang tidak kerja. Bersyukur tempat aku kerja balik sharp pukul 5 pm je dah blah dari ofis kadang balik 5 minit awal. Bersyukur walaupun ambil wuduk dalam toilet at least dia ada sediakan surau kecik untuk solat. Bersyukur semenjak aku kerja situ berat badan turun. Alhamdulillah.
Bukannya tiada stress langsung, mesti ada punya. Paling best kerja situ semua belang aku keluar takde hipokrit langsung. Kalau aku marah, aku marah je. Sesekali aku pendam juga tengok pada keadaan. Congrats pada tempat berkenaan sebab berjaya buat aku mengamuk hari itu gara-gara orang lain buat hal aku pulak kena. Memang tak la aku nak diam je.
Kalau diam orang pijak kepala pula kan. Bila dah kerja 2 bulan baru aku dapat sesuaikan diri dengan environment dan lebih bersabar berbanding masa mula-mula masuk.
Aku pun pelik, dulu aku kerja hospital stress lagi tapi aku takde marah ke maybe sebab deal dengan patient jadi terpaksa lebih bersabar.
Paling busy dan stress adalah di awal pagi masa masuk kerja diantara pukul 8 pagi - 10.30 pagi. Masa tu kitaorang sangat sibuk bungkus barang yang perlu dideliver hari berkenaan. Waktu itulah Datin akan membebel dan jadi mulut puaka sikit berbanding waktu lain. Stress hanya disitu sahajalah. Kita perlu tahan bebelan dia.
Alhamdulillah aku boleh tahan. Maybe sebab mak aku kat rumah pun kuat bebel jadi konsep dia lebih kurang la.
Satu lagi semenjak kerja situ, aku jadi lebih gangster. Dulu dah ok cikit. Kerja sini je terus aku jadi laki balik.. hahahaha ππ. Aku kan adik beradik semua lelaki. Mungkin sebab persekitaran kerja. Pastu angkat barang-barang berat. Boleh jadi sado tau. ππ.. Time tak period boleh la angkat. Kalau period kan macam senggugut sikit. Tak larat tapi aku angkat juga. Selagi aku boleh angkat aku malas nak minta tolong lelaki angkatkan.
Dulu ada sorang budak ni selalu aku minta dia tolong, sebab aku anggap dia macam adik-adik je. Ni sebab dia dah berhenti takde sape nak tolong. Ada la sorang pakcik ni tolong dia pun dah berhenti. Dua-dua orang ni aku baik juga tu tak malu minta tolong. Orang lain aku segan sikit sebab tak rapat sangat.
Ada la satu hari tu masa stock take tetiba cerita pasal kahwin. Ini semua gara-gara aku dengan sorang abang ni je yang single yang lain semua dah tunang/kahwin. Siap nak kenen-kenankan aku dengan abang tu. Siap ada pakcik tu cakap kalau dua-dua setuju dia jadi orang tengah. GILA la weh.
Aku cakap takpe la. Sebab kan aku tengok dia macam garang je. Takut aku. Orang lain pun cakap dia garang. Orang cakap la. Aku tak tahu la sebab aku tak kenal dia. Jadi aku tak judge orang yang aku tak kenal.
Aku tak tahu pun dia single. Aku ingat aku sorang je single dalam company tu. Rupanya dia pun belum kahwin.
Adoi..
Ni semua sebab aku group dengan abang tu masa stock take kot. Aku pelik juga semua perempuan dapat geng dengan perempuan. Aku tetibe dapat geng dengan dia pulak. Awkward kot. Nasib baik abang tu ok la. Aku tak pernah borak-borak kosong dengan dia. Even masa stock take. Dia pun takde tanya aku apa-apa. Memang strictly kerja. Alhamdulillah, aku pun segan tak tahu nak tanya apa.
Aku kalo orang luar pangkat abang-abang ni aku malu sikit nak panggil abang. Geli weh.. hahaha.. abang aku pun aku tak panggil.. ni orang luar weh. Aku panggil encik je.. tapi bila dah kerja lama ni rasa macam ok kot nak panggil abang. Takkan nak encik-encik jeπ .
Ada akak ni cakap abang tu banyak duit. Maybe sebab suka berjimat kot, sebab aku tak pernah tengok dia makan time lunch. Dieorang cakap dia tidur. Aku rasa kan umur abang tu maybe 36 kot macam tu. Sebab orang lain yang aku panggil akak tu pun panggil dia abang.
Orang nya kurus je tinggi macam tinggi aku lebih kurang la. Selalu pakai t-shirt dan topi. Pakai baju pun longgar-longgar je aku perhati. Mungkin sebab dia kena handle receive barang, angkat barang masuk stor. Takkan nak pakai baju fit plak kanπ.
Aku kalau dah perhati orang ambiklah semua aku perhati. Jadi hati-hatilah π.
Semenjak kejadian berkenaan aku ni perhati je abang tu. Entah kenapa entah.
Nak kata suka takde pun. Bila perhati balik mungkin cara dia nampak macam marah tapi aku rasa maybe dia memang macam tu cara dia cakap kot. Sebab kalo aku cakap pun orang ingat aku marah.. padahal takde pun. Konsep dia lebih kurang la macam tu.
Satu lagi mungkin aku fikir kenapa dia single lagi. Macam pelik bila laki lambat kahwin. Tak tahu la kalo die pernah kahwin ke atau pernah bertunang ke kan.. mana nak tau.. ke dia macam aku orang tersayang meninggal ke..
Wallahualam.Hanya tuhan yang tahu.
Sebab diorang cakap pasal kahwin tu kan aku teringat pada seseorang. Walaupun dia dah takde. Hanya dia je kenangan yang aku ada. Aku takde memory lain.
Ada lagi sebenarnya nak cerita tapi cukup la tu panjang sangat dah ni.. okla hati-hati semua.
Jaga diri.. jaga solat..tata titi tutu
(p/s: gambar atas tiada kena mengena)
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe