Jom kita senyum

Assalammualaikum,

Apa khabar semua? Ni aku penulis blog ni masih hidup tau. Belum mati lagi.

Gurau tak rilek aku kan. Macam biasa la guys. 

Tahun 2023 ni aku akan cuba ubah cara aku melihat kehidupan dan dunia. Segalanya akan berubah.


Aku akan lebih berfikiran positif.

Aku akan lebih menyebut yang positif.

Aku akan tengok atau fokus pada positif sahaja.

Semua negatif tidak dibenarkan samada dalam percakapan atau perbuatan.

Tapi kita semua hanya manusia biasa pasti ada hari akan down.

Sekarang kalau aku down atau sedih aku akan ingatkan diri aku jangan sebut negatif sebut yang positif je biar energy aku a.ka.a vibration aku sentiasa positif. 

Cukuplah aku dah puas sedih dan meratap dahulu.

Tiba masa untuk aku bangkit dari kesedihan dan pandang kearah positif dalam hidup dan cara fikir.

Tiba masa untuk aku ceria dan senyum. Omputih kata "Fake it till you make it". Paksa untuk senyum insya ALLAH mood akan lebih tearah ke positif.

Aku dah cuba dah. Berjaya.

Aku sebut yang positif. Tengok diri dalam cermin especially pagi-pagi la, pastu cakap "aku cantik, aku bahagia, aku ..... " insya ALLAH sepanjang hari akan positif je.

Benda ni semua kena praktis tau. Kalau buat sekejap memang tak berapa kesan. Kena konsistent dan komitmen untuk positifkan diri untuk sayang diri untuk bahagiakan diri sendiri. 

Cubalah. insya ALLAH.

Boleh tengok video Prof.Muhaya atau Dr.fadzilah Kamsah untuk dapatkan motivasi positif.

Apa yang kita fikirkan apa yang kita sebut semua akan berbalik pada kita jugak.

Ok itu je la buat masa ni. Nanti jumpa lagi.

Take care ORANG YANG BACA NI.

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z