Kisah aku try online dating apps : PART 2- Malaysian Online Match apps & Salam apps

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ok kali ni cerita pasal apps seperti yang tertera tajuk dia atas la ye. (FYI aku taip cerita ni julai 2022 tapi tak post). 

Nak baca PART 1: Hawaya apps boleh klik.

Aku ada try download la Malaysian Online Match dan Salam apps tu sebulan - dua yang lalu. Nama je Malaysian tapi tak Malaysian pon 

Maaf cakap la ye yang Malaysian Online Match tu kan,  aku bukan racist, tapi banyak orang Bangladesh je ada dalam tu.

Sampai aku terfikir entah-entah apps ni untuk diaorang cari jodoh dengan orang Malaysia. 

Betul tak?

Ada jugak orang Malaysia tapi tak ramai la. Boleh kira la.

Dating apps ni semua lebih kurang je..nak kena like like orang tu..kalau match, boleh chat camtu la.

Macam biasa. Untuk dua-dua apps tu ade la sorang Bangladesh match dengan aku. Adoi lawak betul la.

Aku cerita yang Malaysian Online Match dulu la. 

Lebih baik aku single daripada pilih suami yang ntah apa-apa. Ini hidup aku. Aku yang kena hadap seumur hidup. Mesti pilih yang elok la kan.

Gila la nak main sauk je mana-mana laki. That's so not me okay.

Tak kisah la orang nak panggil aku anak dara tua ke. Ada aku kisah. Janji tak salah pilih suami.

Cewaaah. Padahal jodoh belum sampai. Gitchuuu

Lupa nak cakap baitulmuslim pun aku ada try. Hmm lagi macam haram. Takde sapa nak bagi salam kat aku. Kalau ada pun duda. Memang tak la.

Maaf la bukan apa. Cuma tak berapa suka kot duda ni. Ceh padahal orang tu tak handsome kan. Hahahah.Gurau je.

Takde la memang aku tak berapa gemar la duda. Nanti kena banding dengan ex-wife dia pulak. Tak kuasa aku. 

Eh nanti aku cerita kat post lain la. Sambung cerita tadi. Ada la sorang Bangla ni handsome like profile aku, biasa la manusia tengok handsome like profile kita, muka macam melayu pulak tu, aku pun like la balik.

Tapi conversation in english kan.. rasa macam.. hmm tak bestnya la kau ni. Orang tu pun macam nak tak nak je chat aku. 

Memang membosankan..sebab kita dah biasa cakap bahasa melayu kan tiber nak speaking bagai macam tak syok jugak. Lagi-lagi dengan mamat yang macam nak tak nak je chat ko lagi la membosankan..

Next Salam apps tu, aku dah lupa sebab tahun 2023 baru aku sambung balik penulisan aku yang tergantung lama ni sebab masa aku taip post ni tahun 2022 julai.



Jap aku cuba ingat. Tak silap aku ada mamat bangla jugak dia kerja kat Malaysia. Yang melayu ada je kat situ tapi takde yang like aku balik rasanya. Kalau ada pun aku pulak yang tak like dia begitu la.

Mamat bangla tu tengah cari isteri maksud aku memang nak berkenalan untuk kahwin la. Rajin dia chat aku siap mintak no senang nak wassap. Tapi aku tak berani nak bagi sebab ye la warganegara lain. 

Aku bukan racist tapi entah la.Walaupun dia macam ok je. Lagi ok dari mamat kat hawaya dengan malaysian online match tu. 

Tapi aku tetap tak terbuka hati nak bagi dia no aku. hehe

terima kasih je la. walaupun dia ada rupa je sebenarnya tapi entah hati aku tak terbuka langsung tak tergerak langsung nak bagi no aku.

Ok itu je yang aku ingat. Dah lupa weh.


Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z