Tentang Penulis updated 2023

Assalammulaikum.. 😁

Hai semua..

Apa khabar? Sihat ke tak tu? Harap sihat la ye.

Aku pun tak tahu nak tulis apa. 

Aku ade bela kucing. Buat masa ni ada 3 ekor kucing. Dulu lagi berlambak. Sekarang ni je la 3 ekor. 2 ekor jantan sekor betina. 

Semua aku dah mandulkan.

Aku memang suka binatang. Segala pengianiyaan terhadap binatang patut dihukum. Pada pandangan aku.

Hobi aku suka menyanyi. Suara aku memang sedap pun. Biarlah aku nak perasan sensorang. HAHAHAH.

Umur tahun ni 30an. Masih belum berkahwin ya. hahaha. Nak jugak bagitau kan. Sukati aku la.

Masa dulu aku mulakan blog ni sebagai tempat untuk aku luah kan perasaan dan juga luahan perasaan seorang pesakit chronic eczema. 

Mcam-macam perasaan la geram, benci, kecewa segala mak nenek ada. You name it.

Selain itu, aku juga berkongsi kisah suka duka dan pengalaman hidup yang banyak mengajar aku. 

Banyak cabaran dan ujian hidup yang aku alami dari aku kecil sampai sekarang.

Mungkin aku tak cerita detail apa sebenarnya yang berlaku atau 100% tapi cukup la untuk sekadar berkongsi cerita disini.

Apa-apa pun terima kasih ALLAH, kerana masih bersama aku walaupun terkadang aku masih alpa.

ALHAMDULILLAH.

Thank you ALLAH.

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z