just a memory


ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum,

aku cuma mahu menceritakan cerita semalam yang sedikit menganggu emosi aku.

Dipendekkan cerita semalam ada air tertumpah dalam bilik aku, air itu datangnya dari air purifier. Jadi aku terpaksa mengelap bahagian2 yang terkena air tersebut. Nasib baik tak terkena pada gambar konvokesyen aku kerana aku belum masukkan dalam album lagi gambar tu. Aku pun mencapai album dan sambil-sambil itu meneliti gambar-gambar aku dari kecil sehingga sekarang.

Tiba-tiba ada gambar yang membangkitkan memori lama yang aku telah simpan kemas dalam otakku menyebabkan emosi aku terganggu jua. Aku menitiskan air mata bila terkenangkan memori tersebut. Sedih sangat rasa tapi apakan daya mungkin taqdir sudah menetukan. cewah ayat aku tak boleh blah kan.

Tapi itulah yang aku rasa waktu tersebut. Jangan risau air mata aku sekejap sahaja menitis tidak lama. Bagi aku memori biarlah tinggal memori untuk dijadikan pedoman dalam hidup di kemudian hari. Mungkin juga aku boleh menceritakan kepada anak atau cucu aku di hari akan datang nanti.. Segalanya mungkin..

Cuma aku boleh cakap 'thanks for the memory'

Sekian itu sahaja dari aku..


Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z