Kerusi Kosong
Assalammualaikum semua,
Pada hari sabtu yang lepas, aku pergi ke Perak untuk menghadiri kenduri kahwin. Kenduri kahwin siapa?? Kenduri kahwin abang kepada arwah AAA. Aku dijemput oleh adik dia AIA..
Kenduri kahwin tersebut adalah pada Ahad 7/6/2015.
Sebenarnya planning aku memang nak menziarah pusara dia bulan Jun ini sebelum ramdhan tiba, so why not pergi sekali ke kenduri tersebut.
Jadi aku dah booking awal-awal hotel. Hotel yang aku book tu di Taiping, Hotel Kavanas. Aku book melalui booking.com pada bulan Mei. Aku google then tengok harga yang murah pastu terus book.
Hotel ni masalah pulak bila aku datang. Ikut hati memang panas je tapi aku sabar, hampir juga suara aku didengari oleh customer lain. Sepatutnya bilik yang aku book tu harga RM85, bilik deluxe twin maksudnya katil single twin untuk 2 orang. Then masa aku check in tu aku datang 3 orang. Dia cas per person weh.. Gila kau..
Aku pulak lurus bendul sangat pi cakap aku datang 3 orang, memang la.. AKU NASIHATKAN KORANG kalo korang nak check in hotel kalo dia tanya bilik untuk 2 orang kan? Kau jawab je ya. Pastu tak payah la masa nak check in kau datang berempat pulak..datang dua orang atau wakil sorang sudah.
JANGAN JADI MACAM AKU.. tak pasal-pasal kena cas extra bed RM25 so total RM85+25=RM110. Bukannya aku tiada duit tapi aku ni nak berjimat gaji aku RM54 sehari je, sebulan kadang tak sampai seribu pon.
Plus kalau aku tahu jadi harga tu, baik aku pergi hotel yang lagi bagus. Hotel yang ni budget hotel la, dia tak sediakan toiletries except sabun badan. Tapi yang lain ok la not bad.
Sambung cerita tadi..
Aku drive dari KL menuju ke Taiping, ya ALLAH penat sungguh..
ALHAMDULILLAH aku berjaya sampai ke kubur dia, itupon guna GPS sebab aku dah lupa jalan. Kubur dia dekat tepi jalan so senang nak pergi. Actually masa aku datang tu aku tengah uzur so tak dapat baca yassin. Cuma datang singgah sekejap luahkan perasaan camtu je la. Aku sendiri kecewa sebab tak dapat baca yassin kat situ. Adik aku pula bacakan al-fatihah je.
Seperti biasa aku nangis selepas aku dah luah perasaan aku. Kemudian baru check in hotel di Taiping. Walaupun badan penat tapi aku tak dapat lelapkan mata di hotel.
Pada hari ahad pula kami check out pukul 11 pagi. Check out awal sebab aku nak singgah lagi sekali di kubur dia sebelum aku balik KL.
Sebelum aku pergi kenduri kahwin abang dia, aku singgah dulu di kubur dia. Aku rasa macam nak nangis tapi aku tahan sebab aku dah pakai makeup (pergi kenduri kahwin kan). Alhamdulillah masa tu aku tak nangis.
Then pergi la kenduri tersebut. Sebelum datang tu aku telefon adik dia AIA. Aku segan la kan sebab aku tak kenal family dia sangat, mak ayah dia pun aku tak sempat jumpa masa datang bulan Mei aritu.
Masa datang tu aku salam la mak dia, adik dia cakap aku ni kawan AAA. Mak dia tanya aku "ada datang ke haritu?" Aku jawab "Ada" Adik dia memintas percakapan aku "Ada dia datang dengan KY dan LR haritu"
Mak dia cakap "oh, makcik takde kat rumah masa tu, pergi kenduri".
Kemudian lepas tu aku pergi makan. Adik aku dah kebulur sangat pergi makan dulu sebelum salam dengan orang kat situ.
Masa makan tu aku tengok-tengok la kawasan rumah dia semua, aku teringat dia. Sebelah aku pula ade kerusi kosong sebab aku duduk hujung meja so kerusi tu ada la satu kosong menguatkan lagi ingatan aku pada dia.
AAA selalu datang duduk sebelah aku takpun datang duduk depan aku, tego aku walaupun sekejap..hmmm WALAUPON SEKEJAP weh.. Aku dah sebak dah masa makan tu tapi aku tahan dulu. Aku tak boleh la.. rasa sayu je.. Aku terbayang kalau dia ada mesti dia duduk sebelah aku, cakap-cakap dengan aku.. layan aku..
Then adik aku cakap "Akak kalau kahwin dengan dia dah ada kampung dah akak". Aku jawab la "Akak rasa nak nangis ni".
Adik aku yang bongsu cakap "brother la ni, tengok akak dah mula dah. Padahal memang aku dah teringat kat AAA sebelum adik aku cakap pasal kampung tu.
Masa dah abis makan aku sengaja je singgah umah dia konon-konon nak tumpang toilet padahal saja je nak tengok kat dalam camne. Tapi memang aku masuk dalam toilet pun tambahan pula adik aku nak ke toilet.
Rumah dia sama macam rumah lama aku di KL dulu. Aku duduk selangor sekarang.
Aku jumpa mak dia salam dan cakap nak balik. Mak dia soal aku "Dah makan ke?" Aku jawab "dah". Mak dia cakap "duduklah dulu, awal lagi ni". Aku cakap "eh takpe..". Pastu dia tanya lagi "datang sorang ke?" Aku jawab "datang dengan adik saya, (sambil tunjuk kat arah belakang) eh mana ntah diaorang". Pastu AIA balas "dia datang 3 orang dengan adik dia"
Ayah dia pula menyampuk tanya aku , then aku jawab "saya datang dari KL tido kat taiping semalam". Ayah dia cakap "jauh tuh, duduk lah dulu, petang nanti baru balik, balik time ni jem". Aku cakap "eh takpe..takpe la".
Lepas tu AIA hantar aku sampai ke kereta. Sampai kat kereta aku tengok adik aku dua-dua dah ada kat situ. Hati aku berkata "kurang asam punya budak, dia tinggalkan aku".
Aku sempat memperkenalkan kepada AIA adik-adik aku.
Masa aku masuk dalam kereta, adik aku cakap " kalo aku tunggu sana nanti ko tak survive". Aku pun cakap "betul juga, mak ayah dia dah la baik, kang tak pasal-pasal kita balik lambat". Yela mana tahu aku lembut hati duduk dulu kat kenduri tu tunggu sampai ke petang.
Balik tu aku drive, kemudian masa drive tu aku cakap dengan adik aku sambil menahan air mata "akak teringat kat dia, sebab..... ,nanti akak cerita la". Respon adik aku "kejap lagi la". Aku tahu dia tengok aku dah nak nangis tu yang suro cerita sekejap lagi.
Air mata aku terus mengalir kemudiannya. Macam-macam aku ingat. Pastu aku cakap kat adik aku "apa kata kau drive". Dia cakap " meh sini la, kalo ko bawak nanti kita semua pergi syurga".
Lepas dah berhenti tepi, tukar la driver. Kemudian kami meneruskan perjalanan balik..

Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe