Tuesday, July 24, 2018

Bawang

Assalamualaikum korang semua.. apa khabar? Sihat tak?

Alhamdulillah syukur kalau masih sihat.

Lama aku tak menaip di blog ni kan.. bila la aku nak ada laptop semula.

Kalau ade adegan perempuan gedik camni la "You hadiahkan i laptop please"😂😂.

Aku ni kalau aku rasa aku tak sekepala dengan orang tu memang aku kawan gitu-gitu je la. Nak gurau lebih-lebih memang tak berani. Sebab aku naturally kasar orangnya, so gurau pun agak kasar. Macam marah-marah gitu padahal tak marah pun.

Ramai orang yang tak kenal aku akan cakap aku marah, padahal aku gurau je.

Aku akui aku memang cepat marah tapi cepat sejuk. Lepas aku dah keluarkan kata-kata tak puas hati aku, memang lepas tu terus ok. Itu spesies aku. Kalau aku pendam je memang tak berapa nak cepat sejuk la gamaknya.

Orang lepastu terus takut nak tegur aku lepas aku marah sebab ingat aku marah lagi padahal aku ok je. Takde hal bro.

Aku tak expect pun korang nak faham aku. Sebab aku pun tak faham korang.

Cuma aku sesekali terasa jugak bila ada  kawan baru kawan lama korang tinggalkan. Masa dulu takde kawan bukan main lagi. Bila dah ade kawan lain terus lupa kawan lama.

Aku bila tahu dorang spesies camni terus aku jauhkan diri. Malas nak kawan sangat sebab aku tahu nanti aku mesti dipinggirkan. Sebelum korang pinggirkan aku, baik aku jauhkan diri awal-awal senang apa-apa hal.

Lagipun aku bukan spesies perempuan yang gurau-gurau perempuan punya. Aku adik beradik lelaki so tak biasa gurau-gurau cara perempuan ni. Gedik ke that's not me.

Mujur aku tak jadi tomboy tau sebab ALLAH jaga aku.

Sebenarnya aku cerita pasal officemates aku. Biasa la bila persekitaran semua orang melayu camtu la jadinya. Banyak membawang.

Bagi aku kalau nak membawang orang yang perangai teruk takpe lagi. Ni orang tu baik selalu bagi orang makan itu la ini la cuma mulut dia suka bercerita sikit+ kuat sentap.

Korang ambik makanan dia tapi kutuk dia belakang teruk-teruk.

Dah korang membawang. Yang paling tak boleh belah korang membawang sampai ke anak dia. She just a kid dude. Cakap anak dia itu la ini la.

You all being a typical malay. Masya ALLAH.. aku tak tau la.. aku tak cakap aku baik atau aku tak membawang ke apa tapi berpada-pada lah kalau nak membawang pun.

Aku dapat rasa dieorang mesti ada membawang pasal aku jugak especially belakang aku la. Tapi lantak korang la. Malas aku nak layan.

Yang penting aku hidup cara aku. Aku ada prinsip. Aku tak mudah terpengaruh dengan cara orang.

Aku dah penat nak terasa itu la ini la dengan dieorang. Cukuplah sampai sini. I can change my emotions. Who are they that's take so much of my own emotions. They don't own me.

I own my emotions. I take control of me. Not them. They can just get the hell out of my face.

Yup.

Adakah aku jadi lagi heartless?? For them maybe. I don't care anymore.


No comments:

Post a Comment

why don't you leave a comment for me? i love to hear from you..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...