Tuesday, August 21, 2018

Crush ke??


Assalamualaikum kamu kamu sekalian..

Sihat ke? Alhamdulillah kalau sihat..

Saja aku nak cerita pasal topik crush. Cerita tahun lepas ni sebenarnya. Sebab budak tu dah tak kerja sama dengan aku. Dia dah berhenti. Aku pun takde contact nombor dia.

Ok camni actually aku ada la crush dengan sorang budak ni. Aku kenal die kat tempat kerja aku.  Malangnya dia tu muda sangat, muda 7 tahun dari aku dan dah berpunya.

Macam mana aku boleh tetiba crush dengan dia. First time aku tengok dia jantung aku terus dub dab dub dab. Aku pun tak pasti kenapa. Tiba-tiba jadi camtu. Aku pun pelik. Nak tegur rasa awkward tapi better aku tegur dulu, sebab aku lagi tua dari dia kan. Dia pun senyap je. Aku pun tegur la budak tu. Tanya nama sape, belajar mana, umo bape, pengalaman kerja itu ini itu ini la. Lepas aku tegur tu baru la dia macam ok sikit dengan aku. Kalau tak kan macam entah awkward gila aku dengan dia. Tapi aku masih tak ok. Jantung tak betul je bila dia ada. Apehal ntah.

First time aku rasa perasaan camni. Tak kenal pun orang tu tapi jantung dah tak betul iramanya 😅. Nak kata jodoh entah la. Tak kot. Nama budak tu start dengan huruf D. D ni memang baik orangnya, perwatakannya lembut, penyabar sangat aku rasa. Orang marah maki pun dia ok je. Cakap memang lembut je perlahan je. All the time weh. Tapi dah berpunya pulak cuma dia belum kahwin la yang pasti.

Macam mana aku boleh tak crush dengan orang camni. Aku kadang nak tegur dia macam rasa serba salah je mungkin sebab jantung aku kot. Malu pun ada. Kadang bila dia yang start tegur aku dulu,aku pulak cerita macam-macam. Entah la aku kalau dengan dia rasa macam nak cerita semua. Tak tahu la kenapa. Aku rasa selesa je dengan dia. Takde hipokrit langsung. Cuma aku nak start tegur tu yang masalah sikit still awkward bagi aku ,sebab jantung aku ni la.

Aku ni jenis orang yang selalu bawa bekal pergi ofis. Dia pun sama. Yang tak boleh blahnya bekal aku dengan dia sama rupa dan jenama Tupperware. Warna je yang berbeza. Aku warna oren dia warna biru. Kalau tengok macam sweet je kan.. hahahaha.. nak buat camne tetiba sama pulak.

Masa tu aku terus teringatkan arwah A, arwah sama laptop dengan aku. Terus hati aku sayu masa tu. Terus teringat kenangan lama. Hampir menitis air mata aku pada waktu tu.

Aku makan sebelah-menyebelah dengan dia tapi aku tak tahu nak cerita pasal apa. Hati aku kan masih tak betul lagi. Nak cakap pun macam speechless. Kadang langsung tak cakap. Bila aku terkenang balik sekarang ni aku rasa macam menyesal lak kenapa la aku tak tegur dia waktu tu.

Tapi korang jangan risau. Aku bukan tak bercakap langsung dengan dia. Cakap tapi mungkin tak banyak. Bekal dia mak dia yang prepare. Kalau aku, sendiri prepare lah dah tua kan bukan budak lagi.

Korang tahu masa tu tak hari-hari yang mendatang aku selalu doa pada ALLAH kasi hilang degup jantung aku tu dan alhamdulillah ok sikit jantung aku akhirnya takde la parah sangat.

Aku ingat lagi dia banyak tanya aku pasal belajar, pasal ambik ijazah, pasal exam MUET. Sebab dia nak sambung ambik degree. Dia diploma bidang farmasi tapi nak sambung bidang admin. Sebab tak minat katanya. Siap tanya pendapat aku lagi ok ke bidang tu. Aku ni nama je tua tapi tak bape reti nak bagi nasihat bidang camtu. Kalau mengenai kehidupan boleh lah aku bagi nasihat.

Dia jugak orang yang first tanya aku kat ofis tu kenapa aku pakai sarung tangan masa buat kerja. Aku cakap la pasal ekzema aku. Selamat dia bidang kesihatan jadi dia tahu la ekzema tu apa. Korang tahu kan aku punyer ekzema macam mana. Kalau tak tahu baca post yang dulu-dulu.


Tetiba aku teringat nak cerita balik kat blog ni tu yang aku gigih taip kat telefon aku ni. Aku dengar cerita sekarang dia dah gemuk sikit 😅 and dah buat bisnes jual barang apple (henfon tau). Sebab ada budak ofis beli dengan dia maybe diaorang ada contact number dia. Aku harap dia akan berjaya dalam hidup dia dan ada kerjaya yang boleh menjamin masa depan.

Ok la itu je la .Daaa 

No comments:

Post a Comment

why don't you leave a comment for me? i love to hear from you..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...