Sentaplah kau
Hi semua.. Assalammualaikum dan apa khabar?
seperti biasa aku disini ingin meluahkan rasa ketidak puas hati aku mengenai kerja aku sekarang,
hari ini kakak L itu seperti biasa memang kerja dia disitu ialah sentap. SENTAP dengan orang sana sentap dengan orang sini. Sentap maksud dalam ayat aku ini ialah cepat terasa atau terlebih sensitive omputih kata over sensitive. Padahal orang cuma ingin bergurau dengan dia.
kakak L : ampang masuk ke harini?
aku : dah bape tahun keje takkan tak tahu lagi
Masalahnya mereka bergurau boleh pulak. Gurau kasar weh. Cakap aku itu la ini la. Aku pun okay la sebab aku tahu diaorang gurau memang kasar. TIBER terasa pulak.. kau rasa macam mana..
Kawan aku E pulak campak kotak ketepi macam hempas sebab kitaorang memang nak cepat pack untuk delivery pagi itu, tercampak depan dia pulak L tu. LAGI bertambah SENTAP lah dia.
TERUS tak nak bertegur dengan kitaorang. Aku pun lantak la mereka. Malas nak layan dah kerenah hawau-hawau ni. Selepas insiden berkenaan seorang lagi kakak yang batu api yang pernah aku ceritakan pada post aku sebelum ini iaitu I pun tidak mahu bertegur dengan aku lagi.
Seorang lagi laki yang tak macam laki nyah pun bukan, pun tidak mahu bertegur dengan aku. Aku pun pelik ape ke hal minah ni maksud aku half nyah ni. Mungkin sentap juga sebab aku tegur dia jangan langgar punggung kitaorang lagi pada minggu lepas.
Ha LANTAK la mereka. Kau nak SENTAP ke apa ke nak pergi MENINGGAL ke aku tak kisah dah. #SILAMENINGGAL memang sesuai untuk orang begini.
Half-nyah tu cakap aku mak beranak enam la cakap aku gemuk la makan banyak la boleh pulak aku tak kisah sebab aku tahu dia gurau tapi tak sangka bila kita tegur dia semula dia tak boleh nak terima. At least aku cakap depan-depan bukan macam orang lain mengumpat belakang macam kawan baik dia si batu api I tu. Siap mengumpat pasal half-nyah tu depan orang lain lagi.
I tu kalau kau kenal nampak macam baik macam lurus tapi BEWARE don't judge a book by its cover. Dia tu lagi bahaya suka sangat jadi batu api.
HARAP MEREKA SEDARLAH.
Semenjak dua menjak ni aku harap sangat aku dapat kerja lain dah macam-macam aku apply tapi tiada rezeki lagi. Menyampah dah hadap muka mereka tapi terpaksa la.
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe