Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z

Post ni mungkin akan jadi panjang.. kalo nak baca part 1 klik sini

Kisah aku kenal dengan Z tu kat bawah tau.Boleh skip terus baca bawah.



Ok aku nak ceritakan kisah yang aku main litmatch tu. Tapi kali ni lebih details. 

First aku main litmatch aku ada dapat sorang kawan ni aku letak H la ye.

Lupa nak cakap masa tu litmatch maybe ok lagi sebab awal lagi tak terdedah pada ramai orang yang tak berguna. 

Aku rasa la. Sebab dia ok je. Chat dengan dia ok tak gatal. Tapi dia ni macam tak bersungguh sangat nak berkawan kan. Macam saja-saja je. 

Sebab aku pernah tanya dia pernah bercinta ke, dia cakap pernah tapi tak pernah jumpa. Semua nya online. Semua tak pernah jumpa. Kau rasa? Hmm memang tak la orang camni.

Pastu aku pun cakap dalam hati "patut la kau kena tinggal".

Pastu terus aku label die..hmm tak boleh mamat ni. Takde usaha untuk jumpa. Aku tak boleh orang yang takde usaha ni.

Tak kisah la kau bercinta dengan orang tak sama negeri ke sebabnya kita ni masih negara yang sama Malaysia kot. Bukan luar negara. 

Kalau betul kau sayang dia takkan takde usaha langsung. Aku tak boleh.

Satu lagi yang tak berguna buaya yang dah ghosting dan block aku kat Facebook. Aku dah cerita dalam post lepas. nak baca klik sini

Ok dah la pasal buaya ni sila pergi meninggal je la. 

💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌💣❤💀✌

Kisah aku kenali seseorang yang bernama Z

Ok next cerita pasal budak umur 20 tahun pulak. Kita panggil dia Z la ye. Masa mula-mula tu dia bagitau aku umo 26. Aku rasa macam ok la kot umur dia. 

So aku whatsapp dia. Sebabnya dia ada bagi nombor.

update feb 2022: actually nak whatsapp pun aku cam nak ke tak nak whatsapp mamat ni. Tak pernah-pernah aku buat kerja camni. Aku rasa kalau aku tahu umur dia 20 aku tak whatsapp dia dan mungkin juga aku takkan kenal dia. 

Tapi mungkin dah takdir kan.

Setelah aku consult dengan adik aku. Dia cakap whatsapp je kak. Adik aku punya la encourage aku nak kenal orang sebab tau akak dia ni memang takde kawan. Adoiyai.

Kenapa aku consult dia?? sebab dia dulu pun buaya level tinggi. Ahahah. Sorry bro.

Aku bukan jenis bagi number pada orang macam tu je. Tapi mungkin orang fikir minah ni senang je bagi nombor padahal aku berperang dengan diri sendiri. 

Aku jenis tertutup. Hanya orang terpilih je. 

Mungkin dah takdir, akhirnya aku whatsapp dia jugak. Pada mulanya chat dengan dia ni memang banyak ayat pickupline yang keluar. 

Aku mana tahu benda-benda ni. Usia dah 30 an dah tak reti la. Muda-muda dulu boleh la kot tapi zaman dah berubah kan.

Aku nak ceritakan macam mana hati aku boleh la nak cuba kenal orang lain. 

Masa first aku whatsapp dia. Pickup line dia tu ade la sedikit masuk dalam hati aku ni. Jatuh juga air mata aku.

Nak tahu kenapa. Aku teringat arwah. Sebab arwah pun muda dari aku. Muda 2-3 tahun macam tu. (Boleh klik sini kalau nak tahu pasal arwah )

Senang betul kan air mata aku nak gugur. Macam-macam aku fikir. Kalau arwah hidup itu la ini la. Semua tu menyebabkan air mata aku jatuh. 

Betapa dalamnya cinta aku pada dia. Dia meninggal tahun 2015. Sekarang dah 2021. 

6 tahun lamanya aku masih ingat dia. Bukan aku tak move on. Aku move on tapi nak cari yang macam dia memang takkan jumpa. 

Walaupun adik aku dah cakap kat aku " ko takkan jumpa orang macam dia kak, dia ada satu je" .

Tambah pulak hati aku tak terbuka lagi. 

Back balik pada cerita tadi. Mula whatsapp macam ok la budak ni. Umur dia kantoi 20 pun adik aku yang pergi godek Instagram mamat ni. Adoi.

Sebab aku ade follow dia kat Instagram. Betapa sayang adik aku dengan aku. 

Lepas dah tanya betul-betul, baru la di mengaku umur dia 20 tahun. Aku actually tak kisah umur dia berapa pun.

JUST DON'T LIE. 

Umur ni angka je. Yang penting kau matang, boleh faham aku, kita selesa borak-borak semua. Itu je.

Sejujurnya aku lagi suka orang lagi muda dari aku. Bukan apa , aku ni pun tak berapa nak matang sangat. Hahaha. Adoi. 

update feb 2022: jiwa muda orang cakap. style jangan tua sangat.

Orang kalau tak kenal aku memang nampak cam sombong tapi sebenarnya aku ni jenis masuk air punya orang. Gila-gila sikit sebenarnya la. Aku cuma tunjuk kat orang-orang yang rapat dengan aku je.

Umur je macam berusia perangai gitu jugak. Cuma aku banyak pengalaman hidup itu je la kan. 

Eh lupa pulak lepas tu Z tu dah ghosting aku dalam 2 minggu. Mesej aku pun dia read je, bluetick je. Aku pun masa tu sedih jugak la. 

Sekejap ada sekejap takde macam tu la. Macam biskut chipsmore.

Tu yang last-last aku boleh sangkut kat buaya darat tu. 

Actually aku kenal si Z ni dulu. Aku suka Z ni dulu tapi sebab dia tak layan aku. Aku pun pergi kat orang lain a.k.a buaya. HAHAHAH. Adoi

Ye la laki kan memang macam tu. Mula-mula je beriya pastu hmm.. haram

Lepas dah kantoi umur 20 tu, lama-lama tu dia start panggil aku akak. Aku pun redha je la.

Pastu ada suatu hari tu dia call aku tanya soalan. Dia tanya apa perasaan aku kat dia. Aku masa tu memang takde perasaan langsung sebab buta dengan buaya mangkuk tu. 

Aku jawab je la takde perasaan. Anggap dia kawan je. 

Aku pendekkan cerita pulak la. Bila dah lama-lama tu , lama gak la dalam sebulan kot tak ingat sangat, aku terfikir balik. Z ni betul ke?? Tanya soalan camtu. Aku terfikir semula semua yang dia tanya. 

Pastu aku cuba pulak tanya dia soalan. Sebab dia kata anggap aku macam akak sendiri tapi macam pelik je. Sebab cara dia layan aku tak macam akak pun.

Aku tanya dia melalui panggilan telefon. Last baru ngaku tak anggap macam akak or kawan biasa. 

Aku pun ingat macam ada harapan je dia ni. Buat kali kedua aku masih rasa dia ni ada harapan. Hmm betapa baiknya hati aku. 

Tapi biasa la lelaki kasi harapan bukan main. Last-last senyap jugak. 

Kata takkan tinggalkan aku la. itu la ini. Aku ingat semua apa yang dia cakap. 

Satu je aku nak cakap dalam semua situasi. 

AKU TAK PERNAH TINGGALKAN ORANG. Orang yang pergi tinggalkan aku. (kecuali kalau kau buat hal curang ke apa ke memang aku tinggal la)

Aku selagi kau nak kawan dengan aku. Aku pun kawan dengan kau. Kau ok dengan aku. Aku pun ok dengan kau.

Lupa pulak masa aku mula-mula kenal Z ni, aku masih dilemma dengan diri aku, aku berperang dengan diri sendiri yang kata nak move on tapi hati tak move on pun. 

Aku rasa macam serba salah, macam mencurangi seseorang sebab ada perasan pada orang lain. Walaupun orang tu dah arwah. hmm.. aku cuma manusia biasa.

Tapi takpe la, aku tahu ALLAH bagi jumpa ataupun kenal mereka ni untuk ajar aku kembali apa erti cinta dalam hati aku ni.

ALLAH kembali kuatkan hati aku. Sekarang aku tahu makna semua tu. Walaupun dulu dah lama terkubur dalam hati aku.

AKU AKUI DULU HATI AKU MATI. TAKDA RASA LANGSUNG. nak tahu boleh baca sini.




Tapi setelah kenal dengan beberapa orang kat online ni,  buaya la, ghost la, aku belajar banyak perkara. 

Hati aku kembali hidup. Aku dah boleh senyum sikit walaupun senyum aku tak la macam gembira teruk ke kan at least aku belajar yang aku boleh senyum walaupun hati aku berparut sana sini jahit sana sini.



Masa hati aku mati dulu, senyum punya la payah. Tak ikhlas langsung. Fake teruk.

Aku cuma nak ucapkan ALHAMDULILLAH pada ALLAH sebab kuatkan hati kembali. Memang itu yang aku doa. Sebab nya aku ni mudah sangat nak suka pada orang. 

Aku doa pada ALLAH kembalikan aku yang heartless dulu supaya aku tak mudah jatuh. Itu je boleh buat aku survive dalam dunia penuh penipuan ni.

Dan Alhamdulillah kali ni, aku dah tak menangis dah. Hati aku lebih redha dengan ketentuan Ilahi.

Walaupun hati aku jadi heartless semula tapi dia tidaklah seheartless sebelum aku kenal arwah.Itu je mampu aku cakap. 

update feb 2022: Hati baru aku ni baik tak boleh nak heartless macam dulu. Tak tahu la kenapa. Sebab ALLAH sayang aku kot.

Terima kasih sudi baca.


Sesiapa yang terlepas post lepas boleh klik bawah ni

PART 1: LITMATCH APPS CARI JODOH

PART 2: KECEWA

PART 3: MANGKUK JAMBAN

PART 4: AUDIT HATI

PART 6: ROH AKU PERNAH JUMPA DIA

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh