Give up
Assalamualaikum,
Dah bersarang dengan sarang serangga agaknya blog aku ni, lama sangat aku tak singgah dan menulis sesuatu disini.
Dalam fikiran aku memang ada sejuta benda nak ditulis tapi macam biasa tetiba takde mood ataupun malas ataupun esok-esok la akhirnya memang tak la.
Tahun 2020 ni umur aku semakin tua, seperti biasa tiada apa yang aku boleh banggakan. Aku menganggur lagi sekali dah hampir 6 bulan jugak la. Syarikat lama yang mengambil aku kerja dulu tidak mahu menyambung kontrak kerana nak bayar gaji aku mahal mereka lagi suka ambil fresh graduate gaji lebih murah dan mereka lagi muda kan.
Paling aku sedih bos aku sendiri tidak memberitahu bahawa kontrak aku tidak disambung. Aku di katakan kononnya akan disambung kontrak oleh rakan-rakan sekerja lebih baik mungkin diserap jadi jawatan tetap. Malangnya tidak. Aku ketahui pun sesudah aku bertanya pada Human Resource (HR) . Person in charge pun terperanjat, siap tanya aku " diaorang takde bagitahu ke?". Aku jawab la "tak de pulak". Mereka cakap sebab director tak nak sambung hmm sebab gaji la apalagi. Padahal aku tak kisah pun kalau kau nak bagi aku gaji kecil sikit janji aku kerja tapi tiada rezeki nampaknya.
Aku siap terfikir "aku nak kena buat bisnes kek lagi ke?". Aku dah lama sangat ni menganggur, duit nak bayar hutang mara pun takde. Duit simpanan aku ada la juga tapi takkan aku nak habiskan pula. Sekarang boleh la, aku masih ada mak ayah lagi yang mahu menanggung aku. Aku masih punya hutang untuk dibayar. Kalau mak ayah aku dah takde aku nak harap pada siapa lagi. Jangan risau aku tak susahkan mereka dengan hutang aku. Aku bayar sendiri.
Nak kata tiada interview ada la juga 2-3 interview. Gayanya macam ada chance tapi hmm tiada panggilan panggil masuk kerja pon. Sebab masa interview okay je semua. Tapi aku faham siapa nak ambik orang tua macam aku kerja. Perempuan pulak tu kan mungkin orang takut aku kahwin lepas tu ambik cuti bersalin agaknya padahal mereka tak tahu aku ni lama lagi nak kahwin. Aku sebenarnya tak kisah kahwin ke tak, duit mana aku nak dapat. Nak simpan duit bagaimana. Nak bayar hutang lagi.
Aku sampai dah give up dalam hidup aku. Rasa macam apa guna aku hidup lagi. Kalau boleh bunuh diri dah lama aku buat agaknya tapi aku sedar aku islam tidak boleh, nanti tidak boleh ke syurga pula.
Aku give up segalanya-galanya. Aku dah give up nak cari kerja. Aku dah give up nak berdoa. Iman aku makin lama makin menipis. Rasa malas dah, semua aku tidak endahkan. Maafkan aku, aku cuma manusia biasa yang hina.
Sejujurnya aku seorang yang mudah berputus asa dalam hidup. Aku teruskan hidup pun atas kasih sayang Allah. Aku sedar semua itu, tapi entah la. Aku tak mampu dah nak tanggung semua ini.
Aku bersyukur penyakit ekzema aku alhamdulillah sudah okay sikit berbanding dulu. Alhamdulillah sangat. Nak kata ujian aku berat sangat tak juga, berat lagi ujian orang di Palestin sana.
Orang semua tengok aku macam tiada apa yang berlaku. Tapi dalaman aku dah give up, dah lemah sangat. Jadi aku faham sesiapa yang ada perasaan macam aku ni.
Aku tak tahu la.. I'm just tired..
Dear hana,
ReplyDeleteI just found ur blog recently and i really like ur writings. Sometimes i feel like crying too when i read a sad post. Sometimes i can imagine being in ur shoes, in ur place (a bit la). Dont worry im a real stranger, x knl hana kt luar. I wish you the best and thank you for still living through hardship. I hate ur eczema, wish it had a cure and no pain anymore. As for me i had rashes regularly due allergic but it heal by weeks so cant compare tu u. Oh btw i love coldplay too my fav song is "trouble" and sum 41 "best of me". But idk if u still like them or ur oredy move to BTS,haha. I had free time during pkp so i gather my courage to make a long comment. Take care, see ur next post.
Thank you for taking time in reading my blog. I just found out about your comment sorry took so long to reply your comment. Thank you so much for your support. I'm okay now. i have a job and can buy what i want now alhamdulillah. You take care too.
DeleteDear hana,
ReplyDeleteI just found ur blog recently and i really like ur writings. Sometimes i feel like crying too when i read a sad post. Sometimes i can imagine being in ur shoes, in ur place (a bit la). Dont worry im a real stranger, x knl hana kt luar. I wish you the best and thank you for still living through hardship. I hate ur eczema, wish it had a cure and no pain anymore. As for me i had rashes regularly due allergic but it heal by weeks so cant compare tu u. Oh btw i love coldplay too my fav song is "trouble" and sum 41 "best of me". But idk if u still like them or ur oredy move to BTS,haha. I had free time during pkp so i gather my courage to make a long comment. Take care, see ur next post.
Be strong, don't give up ��������
ReplyDeletethank you. take care okay
Delete