Update cerita ekzema dan jenis-jenis ekzema aku
Assalammualaikum, Hai semua apa kabar? Harap sihat sejahtera. Lama aku tak cerita pasal sakit ekzema aku kan. ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH setelah aku ikhtiar pelbagai cara ada banyak kurangnya. Walaupun tak sembuh sepenuhnya ekzema aku tapi aku bersyukur ada banyak pengurangan. Ekzema aku teruk. Satu badan termasuk muka, tapak tangan dan tapak kaki. Cuma yang paling teruk sekarang adalah kawasan jari aku. Sampai aku terfikir kan, ada ke orang nak terima aku, ye la aku kan belum kahwin lagi. Rasa down teruk, self esteem low, insecurity dengan diri sendiri macam-macam la. Aku cerita dulu jenis-jenis dia supaya korang tahu dan faham la ea. Lupa pulak ekzema aku dah bertambah jenis kalau dulu discoid ekzema ( sila rujuk gambar diatas), semakin aku berusia dia pun evolve ataupun melayu cakap evolusi. Dia evolve jadi jenis ekzema lain pula. Gambar dibawah adalah discoid ekzema dalam keadaan radang atau inflammation. Dia jadi berair. Gambar kat atas tu gambar masa d...