Update cerita ekzema dan jenis-jenis ekzema aku

Assalammualaikum,

Hai semua apa kabar? Harap sihat sejahtera.

Lama aku tak cerita pasal sakit ekzema aku kan. ALHAMDULILLAH dengan izin ALLAH setelah aku ikhtiar pelbagai cara ada banyak kurangnya.

Walaupun tak sembuh sepenuhnya ekzema aku tapi aku bersyukur ada banyak pengurangan. 

Ekzema aku teruk. Satu badan termasuk muka, tapak tangan dan tapak kaki. Cuma yang paling teruk sekarang adalah kawasan jari aku. 

Sampai aku terfikir kan, ada ke orang nak terima aku, ye la aku kan belum kahwin lagi. Rasa down teruk, self esteem low, insecurity dengan diri sendiri macam-macam la.  


Aku cerita dulu jenis-jenis dia supaya korang tahu dan faham la ea.

Lupa pulak ekzema aku dah bertambah jenis kalau dulu discoid ekzema ( sila rujuk gambar diatas), semakin aku berusia dia pun evolve ataupun melayu cakap evolusi. Dia evolve jadi jenis ekzema lain pula.

Gambar dibawah adalah discoid ekzema dalam keadaan radang atau inflammation. Dia jadi berair. Gambar kat atas tu gambar masa dia kering. Itu tanda nak baik la tu kalau dia kering.




Dyshidrotic ekzema ( sila rujuk gambar di bawah ) selalu ada pada jari la kadang-kadang pada kaki jugak. Keadaan tangan aku kalau allergik lebih kurang macam tu la.



Timbul biji-biji air yang rasa gatal sangat. Rasa nak picit atau cucuk pin je. Orang yang kena je tahu rasa dia macam mana. Gambar kat bawah tu sebijik cam aku kena la. Masa dia naik tu camtu la jadi.





Pastu yang kat kaki ni. Kalau naik tu ada la tu yang aku allergik sabun ke apa ke. Tangan rasa macam nak picit-picit je air tu geram aku. Kadang aku picit jugak la. 

Tapi pastikan ada alcohol la nak lap ke spray ke. Sebab nanti air yang keluar tu dia akan menyebabkan tempat lain yang kena jadi biji-biji jugak. 


Gambar- gambar kat google ni tak de la macam aku punye. Aku punye lagi teruk la especially kat jari.
 
Sampai bila dah baik adik aku cakap  "akak ko dah boleh kahwin kak"

Aku gelak je la. Nak kata 100% baik tak jugak kadang bila aku salah makan tu dia naik la. Tapi alhamdulillah kurang la tak macam dulu.

Macam mana ekzema aku boleh kurang:

Mula-mula aku buat carian sendiri sebab sakit aku kan, aku yang menderita bertahun, aku yang rasa, so aku yang kena ikhtiar sendiri, bukan orang lain. Aku cuba usaha.

1. Aku ikut guru di youtube. Dia cakap makan supplemen. Aku makan.

2. Aku ikut group ekzema di facebook, tak kira la malaysia ke omputih ke aku join jugak.

Tengok apa cadangan mereka dan apa yang mereka pakai untk ekzema.


3. Aku berubat cara tradisional. Ini pun aku tengok kat group ekzema kat facebook.

Tak salah kan kita mencuba.


4. Aku pergi klinik Dr.Wong kat tangkak. 

Klinik ni famous dah dikalangan orang-orang ekzema ni ramai pergi try kat sini. Doktor tu akan bagitahu kau allergik apa.

5. Aku tak makan gula putih atau pun lebih dikenali dengan gula yang diproses. In english refined process sugar. Aku cut terus masa mula-mula tu. Aku gantikan dengan gula melaka tak pun gula merah atau satu lagi gula molasses. 

Tak tahu boleh pergi tanya pakcik google. Jangan malas.


6. Aku tak makan makanan process. Mula-mula tu memang cut terus la.

7. Kurangkan makan gluten. Nak kata cut terus tak jugak sebab gluten kan makanan harian, roti canai ada, biskut ada susah jugak so aku kurangkan je la.

8. Aku lama-lama kurangkan pakai krim steroid. 

9. Kalau beli makana di pasaraya sila lihat apa kandungan dia dulu. Apa ingredients dia. 

Jangan semua kau makan je. Pergi buat research sikit.
 

Aku cuba ni lama jugak nak dekat setahun lebih nak jangkau 2 tahun. Setahun pertama tu memang susah sikit la tapi kau kena kuatkan mental kau, jangan tengok orang nak makan tu kau pun ikut.

Alhamdulillah memang banyak kurang ekzema aku. Kat jari pun kurang.

nak masuk tahun kedua tu bila kau dah ok sikit boleh la try makan balik makanan yang kau dah lama ngidam sangat tu tapi makan berpada-pada la. Jangan over. Sebab aku dah kena la aku bagitahu ni.

Aritu dok makan makanan manis beli masa bazaar ramadhan aritu. Effect dia sampai sekarang ekzema aku naik tak surut-surut kat tangan ni ha. 

Tambah lak dah makan process food pulak pizza la. Biskut la. Biasa la manusia. 

ada lagi cerita pasal TSW pulak. Iaitu cerita kalau kau stop steroid yang kuat apa jadi nanti aku sambung kat next post ya.

daa.. 


Comments

  1. Allahu. InsyaAllah aunty blh share dgn adik apa yg kawan aunty pakai. Alhamdulillah . Sembuh. FB : Raja Izrina

    ReplyDelete

Post a Comment

Boleh komen disini. Hehe

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z