Kisah litmatch Part 2 : kecewa jom kembali pada ALLAH (updated version feb 2022)
Assalammualaikum para pembaca yang budiman *budiman ke*.. gurau-gurau
Kali ni aku nak cerita pasal aku dah malas pulak fikir pasal jodoh.
Hari tu beria-ia aku cerita pasal cari jodoh ni kan.. tup tup aku dah berubah fikiran
Nak tahu kenapa sebab, entah..aku ni terlalu overthinking sangat kot..tak tahu la kot aku ada penyakit mental anxiety ke.. entah la
Kan aku cerita aku ada kenal dengan seseorang melalui apps litmatch tu, baca post lepas part 1 , kalau nak tahu.
updated feb 2022: Kita namakan dia mangkuk jamban no. 2 la ye, ni yang umur dia 26 tahun tu.
Actually aku ni jenis entah la mungkin mudah memberi hati pada yang tak sudi. Hambik ko ayat tu..
Walaupun dah disakiti banyak kali, hati aku ni tetap mahu berbaik sangka kalah akal aku atau otak aku ni. Otak dan hati tak sehaluan langsung.
Mungkin juga aku tak nak menyesal seperti kisah aku dulu. Tapi akhirnya memakan diri aku sendiri.
My heart was too damn good.
Pada hakikatnya, orang tengok aku tough kuat, hakikatnya hati aku hanya ALLAH je tahu.
Aku nangis takde manusia yang tahu. Aku tak suka tunjuk aku lemah, cukup la ALLAH je tahu.
Hati dan minda aku banyak berkata-kata tapi hanya dalam hati je la. Tak terluah pon. Sebab aku introvert kot..entah la
Bila aku dah buka hati aku, memang aku buka betul-betul aku bagi peluang.
Maybe silap aku jugak terlalu mudah letak harapan dan berharap, walaupun akal aku dah warning aku sekeras-kerasnya jangan..tapi perasaan aku masa tu melebihi segalanya.
Ko tau kenapa..sebab aku fikir dia baik..setakat tengok dari fb post die je..tak cukup pon sebenarnya.
updated feb 2022 : Korang jangan terpedaya macam aku. Itu semua tak boleh dipercayai. Pastu tak boleh blah lagi takde instagram. Nampak sangat menipu orang sekarang takde tu semua. Kesiankan aku. Tak pernah jumpa setakat video call , call dan text wassap pun boleh tersuka. Lawak sangat
Aku siap berdoa tanya pada ALLAH.
Aku siap istikharah, tahajjud la..tapi mungkin sebab aku buat sekali dua je jadi tak banyak dapat petunjuk.
Aku baca yasin, yang ada mubin tu aku niatkan jauhkan kalau dia tak ok untuk aku.
Akhirnya aku dapat keberanian untuk end kan relationship yang toxic ni. Alhamdulillah.
Haritu aku cuba jugak tapi biasa la perempuan hati lembut, dapat text je terus lembut hati padahal sebelum tu marah giler.
Memang aku sedih bila dah end semuanya, tak dinafikan, i'm just human being. Tapi takpe la..baru je kenal kan..aku mesti boleh lupakan dia. Insya ALLAH.
Lagipun aku fikir positif, tengok hati aku masih nak bersangka baik.. kalau jodoh aku dengan dia bukan sekarang mungkin masa akan datang.
[updated feb 2022: terima kasih je la tak nak aku berjodoh dengan buaya darat penipu macam kau ].
Walaupun dah nampak sangat tanda orang tu bukan nak pon kat kau. Call kau pon takde. Hati aku ni baik.
Aku dengar ustazah tu cakap kat tiktok, kalau kita jatuh hati pada seseorang ubatnya adalah bernikah. Kalau tak boleh sebab hal-hal tertentu, yang kedua kita kena tinggalkan dia. Pastu ingat keburukan-keburukan dia supaya mudah kita nak lupakan dia. Boleh takpe.
Pastu die cakap kalau kita pompuan tu nangis 7 hari 7 malam asyik sedih teringat orang tu sebab hati dia kosong takde ALLAH dalam hati.
Jadi aku ikut pesan ustazah tu, aku tinggalkan dia, lagipun dia pun macam tak beria-ia pun dengan aku kan..so aku ada alasan tuk belah la.
Walaupun aku masih sayang dia. Tapi aku tak nak cinta pada dia, melebihi cinta aku pada ALLAH.
[updated feb 2022: sayang?! eeww tolong la. boleh pergi meninggal! bukan sayang pun aku cuma ikut kata syaitan masa ni)
Sebab aku tahu masa aku susah sapa tolong aku, ALLAH.
Sebelum ni dia takde dalam hidup aku pun aku boleh hidup , janji ALLAH ada dengan aku tu pun cukup. Banyak kali aku remind diri aku.
Aku tahu aku pun tak baik mana. Sederhana je.
Dan alhamdulillah aku tak nangis 7 hari 7 malam ye.. Mula-mula je termenung sekejap esok tu elok sikit. Insya ALLAH aku boleh survive. Dulu hati aku broken lagi teruk. Ni sikit je.
ALLAH kan sayang aku, insya ALLAH nanti ALLAH gantikan lebih baik. Amiin.
Eh lupa lari topik pulak. Tadi cakap tak nak kahwin kan. ok lepas kejadian ni, aku buat masa ni hati tertutup semula dan malas nak fikir soal jodoh. Lantak la
OK SEKIAN.
Sesiapa nak baca sambungan boleh klik bawah ni
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe