Kisah litmatch Part 4 - Audit hati
Sambung post lepas ye..
Lepas dah hampir 2 minggu tak contact. Entah kenapa jauh disudut hati aku macam still nak harap kan dia.
Walaupun aku sedar dia takkan nak kembali pun. Kalau betul orang tu sayangkan seseorang dia akan usaha kan betul tak. Lagipun sebelum ni pun aku je yang lebih-lebih so kali ni aku lebih berpihak pada otak aku.
Aku tidak lagi mengikuti hati aku. Aku tentang sekeras-kerasnya hati aku. Aku tak nak buat kesalahan lagi. Cukup-cukuplah.
Dalam masa yang sama aku sedar kenapa ALLAH uji aku macam ni. ALLAH nak preparekan hati aku supaya jangan ikut sangat hati ni kadang-kadang ni semua bisikan dari syaitan goda nafsu kita.
Daripada tak suka boleh suka. Lain tau sayang seseorang kerana ALLAH dengan kerana nafsu.
Kita sendiri kena detect kita ni suka dia kenapa. Kita audit balik diri kita. Aku tahu pun sebab aku join group Telegram mengenai relationship ni.
Bila fikir balik betul jugak. Kenapa aku suka dia kan. Kita kena analysis sendiri. Baru boleh move on dengan sepenuhnya.
Ok dah settle.
Aku nak cerita pulak aritu tetiba nak tengok Facebook dia. Padahal sebelum ni takde la nak tengok sangat pun. Cari-cari takde. Aku dah kena block.
Yang ni aku pelik sikit. Sebab aku takde buat salah apa pun kenapa dia nak block aku. Sepatutnya aku yang block dia sebab dah main-mainkan perasaan aku. Tapi aku jenis redha dan teruskan hidup.
Sebab ujian aku dulu lagi teruk. Apalah sangat ujian kecik ni yang ALLAH bagi. Nak tahu boleh tengok dekat post aku yang dulu tajuk IAM4U.
Ok sambung balik cerita tadi.
Maybe sebab aku post macam-macam kot kat status aku.
Antara nya ialah
"Rasa nak senyum sampai telinga"
Pastu adik aku pun layan je "Alhamdulillah..tahniah kak". Aku pun jawab "amiin" je la.
Aku bukan apa takkan kita nak tunjuk kita ni sedih sebab orang yang tak berguna tu. Dia tak layak langsung. Tak layak duduk dalam hati aku.
Alhamdulillah ALLAH dah buang perasaan aku pada dia. Mungkin sebab aku keliru dengan perasaan sendiri. Padahal aku rasa lonely je kot bila ada orang acah-acah sayang kita pun macam suka la.
Sekarang ni sorang dah buang aku. Lantak la ingat aku nak nangis ke. Memang tak. So kawan laki aku yang ada pun tinggal sorang la umur 20 tahun yang aku ada cerita dekat pos lepas-lepas kot yang litmatch tu.
Yang ni pun aku tak tahu la camna. Tapi aku still kawan lagi la dengan dia.
Kali ni aku dah ubah niat aku, aku kawan sebab aku nak kahwin bukan sebab nak couple. Aku ikut nasihat seseorang.
Kalau ada keserasian dan ada jodoh aku kahwin la. Aku ni bukan jenis kawan dengan laki pun sebenarnya. Takde kawan laki langsung. Atau lebih tepat takde kawan langsung. Kawan aku yang sebenar sorang je bff aku dari aku sekolah menengah sampai sekarang.
Circle aku small je. Kawan tak ramai. Aku banyak kawan dengan sepupu je. Maybe sebab aku introvert ke entah la.
Eh macam dah lari dari cerita sebenar je. Tapi itulah hakikatnya.
Sekarang ni aku tulis balik kat blog. Sebab aku tengok kat tiktok die cakap kalo kita overthinking kita kena tulis. Betul jugak cakap die. Rasa macam satu terapi. Dapat tulis apa yang aku rasa dengan panjang lebar karangan gitu.
Ok la nanti sambung lagi..
Sesiapa yang terlepas post lepas boleh klik bawah ni
PART 1: LITMATCH APPS CARI JODOH
PART 6: ROH AKU PERNAH JUMPA DIA
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe