Berak tak basuh ke, geli aku
Hello semua apa khabar?
Alhamdulillah aku ok macam tu la kehidupan. Ok tak ok pun hidup mesti diteruskan.
Aku just nak luahkan sesuatu yang lama aku pendam.
Pasal toilet kat ofis aku. Ofis aku ada dua toilet.
Sebelah yang biasa cangkung tu. Sebelah lagi yang duduk tu.
Kisahnya kan..aku perhatikan..cha ya nun alif tu dia mesti akan berak kat toilet cangkung tu.
Ok aku tak kisah la kau nak pergi toilet mana tapi masalahnya, kalau dah guna especially untuk berak kan..Tolong la basuh bersih-bersih..
Geli syiak aku.
Asal die berak je mesti ada tinggal kenajisan dia kat toilet tu. Kat tepi la tengah la..ada je la yang tinggal. Mata aku pulak jenis mata helang. Semua benda aku nampak. Kenajisan kau kalau tak jirus elok-elok mesti tinggal situ.
Geli aku.
Setiap kali aku pergi mesti aku jirus semua kawasan dulu sebab aku geli.
Kalau dia tak datang ofis kurang la kenajisan kat toilet cangkung tu.
Yang aku tak fahamnya kenapa kau tak berak kat toilet sebelah. Mungkin kerana tak selesa sebab dia berbadan besar mungkin agak sukar untuk bersihkan berak dia.
Cha ya nun alif ni die laki tau. Faktor yang paling utama sebab tu pengotor agaknya.
Geli aku.
Ada pernah aku nak pergi toilet aku tengok ada kenajisan yang tertinggal disudut toilet tu.
Aku rasa dieorang ni kalau pergi toilet basuh-basuh gitu pastu dengan konfiden blah je. takde nak jirus-jirus lebih sikit kasi bersih lagi.
Macam mana aku tau dia orangnya. Sebab setiap kali die pergi toilet tu mesti lama.
Kenapa aku tak pergi toilet sebelah yang duduk tu?
Sebab aku lebih suka toilet cangkung lebih senang nak membersihkan.Kalau guna toilet duduk tak pandai sangat. Aku memang dari kecik pakai toilet cangkung mana nak biasa pakai yang duduk.
Satu lagi as usual aku ni penggeli. Aku geli nak jirus pastu lap dengan tisu lagi tempat duduk tu.. lepas tu letak tisu untuk alas tempat duduk tu sebab aku geli..
Kecuali tempat yang aku tahu memang situ kawasan bersih tapi susah jumpa sikit toilet gini..itupon aku still jirus lap tisu maybe tak alas tisu la sebab memang bersih.
Nampak bebeno aku ni macam orang kampung..ha lantak la.
Salah satu lagi aku nak ikut sunnah guna toilet cangkung kan.
eh dah lain pulak cerita ni.. ha tu je aku nak cerita aku geli setiap kali die pergi toilet tu. adoi..geli geli geli..
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe