Aku cuma .... hmm..

 Assalammualaikum,

Aku cuma ingin meluahkan sesuatu disini.. Tiada apa yang menarik hanya bingkisan hatiku...




Aku bodoh sebab tak nak kenal orang?? Mungkin juga...... Hmm kau tak fikir pulak orang tu nak ke kenal dengan aku?? Siapalah aku..

Cuma manusia biasa yang tidak punya ramai kenalan keranaku tidak seperamah orang lain. Malu dengan strangers..yes itulah aku.  

Aku bukan dia.. Aku bukan kau.. Aku adalah aku, tetap sama dari dulu hingga kini. Mungkin hanya berubah dari segi yang mana orang tidak nampak zahirnya.

Kata-kata daripada AwakDiam gambar di atas sekali ni memang tepat menggambarkan aku.. Itulah aku.. Maaf aku bukan sengaja..



Aku kadang sedih dengan semua ni.. Orang tak tahu hati aku. Tak mengapalah bukan salah mereka pun. Aku cuma nak orang terima aku seadanya aku bukan terpaksa bukan kerana orang lain, kenal aku bukan sebab orang suruh.

Tidak melihat aku hanya dari luaran. Buruk aku mereka tidak tahu kan? Penyakit aku mereka tidak tahu kan?

Aku tahu memang kita perlu sembunyikan aib seseorang tapi entah mengapa aku merasa terlalu banyak buruknya diri aku, baiknya cuma sebesar semut.

Hmm masakan mereka tahu mereka tidak akrab denganku.


Coretan hati dariku
Hanna..


Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z