Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Assalamualaikum,

Aku masih lagi di sini. Alhamdulillah masih hidup lagi. 

Jikalau blogku sudah lama tiada post baru bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini.

Alhamdulillah syukur pada hadrat ilahi syukur kepada ALLAH subhanahu wataala akhirnya aku dapat kerja dekat dengan rumah. 

Lebih kurang 30 minit sampai tempat kerja. 

ALHAMDULILLAH hidup aku baru nak stabil diusiaku yang menjangkau 30 an. 

Aku bukan seperti orang lain muda-muda hidup dah stabil. 

Hidup aku banyak ujian. Baru sekarang ALLAH hadiahkan aku sedikit kesenangan hidup di dunia. 

Masa aku dapat kerja awal-awal tahun 2020 akhir bulan februari, tiba-tiba politik negara kacau bilau kemudian dengan COVID 19 lagi sampai la sekarang. 

Alhamdulillah daripada aku probation sampai kerja tetap la. Sampai naik gaji, sampai dapat rasa bonus.

First time dalam hidup aku selama aku pernah bekerja nilah kali pertama aku rasa apa itu bonus. 

Tempat kerja lama aku dulu macam haram menindas pekerja tiada bonus apa satu haram pun takde. 

Mungkin berkat doa mak ayah dan juga kucing yang aku bela dari dia baby sampai la besar. 

Kucing bertuah kot. Alhamdulillah.

Ekzema aku pun alhamdulillah sudah semakin baik dari dulu. 

Aku banyak kawal pemakanan aku pantang itu ini itu ini alhamdulillah la. Cuma ada sedikit jugak la ekzema on off kalau salah makan cuma aku syukur la takde teruk macam dulu.

Selepas semua dalam hidup aku dah stabil, barulah aku fikir soal jodoh ni. 

Dulu aku tak terfikir langsung sebab sibuk nak healing kan diri aku dari sakit ekzema ni. Aku research google semua tengok utube , masuk group facebook ekzema, dan dari situ aku belajar kawal ekzema aku. 


Bercakap pasal jodoh aku pun try la main litmatch, apps zaman sekarang la gara-gara tengok iklan di tiktok. 

Hmm apa aku boleh katakan kebanyakkan kat situ macam hampeh la. Takde yang okay, yang miang ada la. Ada la aku kenal sorang dua. 




Ikutkan hati aku ni, memang tak la aku nak bagi number telefon, tapi setelah aku consult dengan adik aku, die cakap camni "ala bagi je kak number je pun , kalo tak suka block je, die takde nak bagi no kau kat sape2 kau bukan artis pon". 

Walaupun hati aku belum move on sepenuhnya dari kisah aku dulu, boleh baca kat post aku yang IAM4U tu, niat aku kali ni aku nak orang tu kawan dengan aku serius takda main-mainkan. Tak serius boleh pergi jalan. Malas aku nak layan. 

Macam kat litmatch tu ade la sorang ni nama dia H asal dari Penang, dia okay chat pun best jugak dengan dia, tak gatal cam orang lain, tapi die ni cam jenis tak serius je. 

Dah kawan lama pun kat situ takde nak mintak no wassap ke apa kan. Aku pun malas la layan dah. 

Dia ni pun macam mencurigakan. Cara dia ni kadang macam dah kahwin je. Instinct aku rasa la. Entah la.

Lama-lama hati aku dah tawar main litmatch tu, aku pun ambik keputusan untuk delete apps tu, aku ada bagi no wassap aku kat 2 orang. 

Tapi yang wassap aku 1 je. Aku dah agak dah 1 tu cam tak serius je nak kawan dengan aku. Maybe die takut kot sebab aku cakap adik aku pun kerja imigresen sama dengan die. 

Lupa nak cerita lagi satu ada budak ni macam ada harapan la jugak katanya umur 26 study kat turki sekali die scam aku daa. Aku siap wasap die tu. Rupanya umur 20 tahun.

Alahai. Buat masa ni aku masih kawan jugak la dengan budak ni. Budak weh banyak main pickup line je. Penat aku nak layan. Aku ni dah la classic punye orang. 

Ada jugak aku kenal laki orang tapi macam ada masalah dengan bini, tapi bukan malay la. Sorang chinese guy, umur katanya 42 tahun. Buat not bad jugak la chat dengan die, best banyak info aku dapat cerita semasa macam-macam la yang baik2 je semua, jangan risau, maybe sebab dah matang kan.So die chat dengan  die okay je takde gatal. Kalau gatal memang aku block je la. 

Okay sekarang ni yang aku masih berhubung ada 2 orang je, sorang umur 26 tahun sorang umur 20 tahun. 

Ko rasa, semua muda-muda. Jangan cakap aku bela anak ikan pulak. 

Dua-dua aku dah video call so far dieorang ni okay la cuma macam entah la. Adik aku cakap kawan je la dulu kak.


Aku ikut nasihat adik aku. 

Lagipun aku pun ada plan B, kalau takde jumpa jodoh lagi aku nak daftar kat baitulmuslim tak pon baituljannah kot kalau tak silap. 

Cumanya bukan sekarang la. Aku nak fokus beli kereta atau rumah dulu. Tengok la camne. Aku baru nak stabil dalam hidup, baru nak mula, walaupun umo aku 30an. 

Sebenarnya ada lagi cerita tapi ni melibatkan hati dan perasan nanti kalau aku rajin aku cerita kat post seterusnya la ya.

Aku doakan siapa yang belum dapat kerja dan belum dapat jodoh akan dipermudahkan segala urusan. INSYA ALLAH. 

nak tahu sambungannya boleh klik  bawah sini 






Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z