T-tin special


kan kucing aku t-tin tu baru je mati..walaupon aku dh redha tapi biase la kita manusia tak dapat terlepas daripada emosi dan perasaan..aku masih bersedih lagi..aku dh bela t-tin daripada kecil sehinggalah t-tin besar..tak smpi setahun umo die..dlm 11 bulan mcm tuh..dh mati...pastu smlm aku bagi mkn kucing2 kt belakang umah makcik aku..sbb aku dh takde kucing nk bg mkn..aku pon bg la mkn..mula-mula tu ok la perasaan aku..pastu bila aku mengambil nasi dan ikan nk gaul-gaulkan lauk untuk kucing-kucing tuh..tetibe aku dh sebak..aku pun mengalirkan airmata..aku terkenangkan t-tin..

Apa yang paling aku terkilan ialah masa t-tin sakit aku tak luangkan byk masa untk t-tin kerana aku ada 4 exam pada minggu itu..'t-tin, tira mntak maaf sbb tak luangkan masa untuk detik2 terakhir t-tin'..aku ingt lg perkataan terakhir yg aku ucapkan kt t-tin,masa itu aku hendak pergi ke class..aku ckp 't-tin nnti tira blk tira tgk t-tin ye' sambil aku membelai-belai kepala t-tin..bila aku blk dari class aku tgk t-tin dh takde dlm bilik mama,pastu adik aku ajak suruh paksa t-tin minum air glucose..lpas dh bg air glucose tuh..t-tin muntahkan semula dan keluar dari rumah tak balik-balik smapi lah esok jumpa-jumpa je dh mati...

kau bayangkan camne lah die tak mati..dalam keadaan t-tin yang sangat lemah tuh dan tak terurus tuh,pastu hujan sangat lebat lagi..mmg aku sedih sgt..dlm 2 hari sebelum t-tin mati kita orang dh bawak t-tin pergi klinik kerajaan kt kajang.korang tau ape doktor tu ckp,dia kata t-tin demam dan ada ulcer di mulut..doktor tu siap cucuk antibiotik dan vitamin..bg ubat semua..TAPI takde perubahan pada t-tin. aku memang TAK PUAS ATI apa yang doktor tu ckp..doktor tak berpengalaman biase la..muda lg pon doktor tuh..aku rasa cam nk saman pon ade..tapi siapakalah aku untuk menyaman doktor tuh..

t-tin kucing yang paling unik pernah aku bela..sebelum t-tin mati dlm 3 hari sebelum tuh die byk tidur dalam bilik aku..aku ni memang rajin mendokong t-tin suroh tidur dalam bilik aku..die suka tidur atas katil aku..t-tin selalu main2 dalam bilik aku..tu yang buat aku sedih bila balik umah masuk bilik,aku akan terkenang saat-saat bersama t-tin..kalo die naik atas datang kt bilik aku mintak diberi makanan aku mesti dokong t-tin bawak trun bawah nk bagi makan. Pastu bila aku balik class aku mesti pegang t-tin. nme manja untuk t-tin yang aku selalu panggil ialah t-tin the crunchy...sbb t-tin suke makan makanan kucing yg rangup-rangup tu,mcm friekies tu..t-tin ni sekor kucing yg baik..die tak ske gadoh dgn kucing lain..die mmg special dan unik daripada kuicng yang aku pernah bela..

lagi satu aku syg sgt kt t-tin sbb dh bertahun-tahun aku tak bela kucing,pastu dapat kucing mesti la suka..walaupon aku ada bela hedgehog tak sama mcm bela kucing. Kucing kita boleh belai-belai dia,maian kejar-kejar,bila panggil dia dtg dan mcm-mcm lagi..'maafkan tira t-tin, sbb tak dpt tolong t-tin pd saat akhit t-tin'...harap tira dapat jumpa t-tin lagi ye..=)

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z