Jodoh dan perkahwinan?? updated

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammualaikum,

aku tengok kan ramai kawan-kawan aku dah kahwin la, dah bertunang la.. aku ni hmm macam ni je la takde perubahan pun..still single gitu...bukan la aku tak suka single, aku suka cuma bile kita tengok kawan2 semua dah ade kita pun mesti terasa btol tak..tak banyak sedikit la kan..aku bukan la gila nak kahwin cepat ke ape just maybe rase lonely la kot..biase lah manusia normal kan.. ade la jugak maksu aku nak kenalkan aku dengan anak sedara belah husband die tapi aku hmm ntah la tak bersedia la bende2 ni.. that's why ALLAH tak temukan jodoh aku lagi kan..lagipon aku hmmm...hehehe.. takde ape la.. 

salah satu sebabnya ialah aku memang tak rasa nak kahwin lagi pon..ntah la..lonely tu memang la tapi entah la..nak kahwin kena banyak persediaan dari semua segi la kan.. lagi pon aku tahu aku ni takde la baik mane pon, dengan perangai tak semenggah (lohgat melaka kot).. perangai aku ni banyak sangat yang tak betolnya.. aku pon pelik macammane maksu aku boleh terfikir nak kenalkan aku dengan anak sedare die, die bukan tak tau perangai aku yang kurang penyabar ni..banyak la kekurangan diri aku ni..sampaikan aku rasa aku ni memang tak layak untuk sesiapa la.. adik aku cakap ntah2 laki tuh pon same tak semenggah jugak ke..ntah la..aku lebih suka dan fokus pada diri aku lagi..

updated : tambahan pula dengan diri sendiri yang tak terurus inikan pula nak mengurus orang lain..OMG..no way..tunggu la bila aku dah pergi travel , dan mungkin juga dah pergi umrah ke..berdoa di jabal rahmah ke..hehe..aku tahu itu mungkin ambil masa ntah2 umo dah 30 baru nak kahwin ke..takpe la itu semua kita serah pada takdir..lagi satu aku fikir boleh ke orang terima aku seadanya..dengan sakit aku ni lagi..dengan perangai aku ni lagi..aku ni dah la tak macam perempuan2 di luar sana..yela adik beradik semua laki..mesti la aku ni ganster ckit..hmm dan macam2 la aku fikir.. (ceh poyo je aku kang kalo de orang nak aku yang tak nak plak kan..hahahaha..biase la.. =P )

mungkin orang tengok dari luaran aku cam baik, tapi aku tahu dalaman aku ni banyak sangat la yang kurang..aku takkan nak cerita aib aku sendiri kat sini kan..cukup la aku cakap aku ni kurang kesabaran rasanya semua orang boleh faham kan..

aku cuma terase sedikit je la tengok orang dah jumpa jodoh masing2 aku still camni..tapi aku bersyukur alhamdulillah sebab ALLAH masih bagi aku masa untuk berubah menjadi lebih baik..supaya dapat jodoh yang lebih baik juga kan.. ALHAMDULILLAH ALLAH sayang aku.

Persolannya sekarang adakah aku mampu berubah menjadi lebih baik..hmm untuk ramadhan 2013 ade la perubahan aku lebih banyak fokus pada membuat solat sunat terawih dan mengaji...walaupon aku tak pergi surau sekalipon aku strictkan diri aku supaya membuat solat sunat terawih dirumah..walaupon kadang aku makan agak banyak masa berbuka sampai rase cam malas aku kadang lambat la buat solat sunat terawih dalam nak dekat pukul 10 atau sebelas baru aku buat..tu pon aku strictkan diri aku supaya buat..aku remind diri aku bahawa solat sunat terawih ni ade masa bulan ramadhan je takkan tak nak buat..alhamdulillah aku mampu harungi.. bab mengaji kalo ramadhan lepas2 kurang mengaji ramadhan kali ni aku nak lebihkan sedikit lagi mengaji..lepas solat subuh atau solat maghrib aku akan mengaji tak banyak sikit pon jadilah..kita kan nak kejar pahala di bulan ramadhan yang mulia..kalo tahun2 dulu lepas sahur je tido, akibatnya memang kelaut la solat subuh kan..so kali ni aku paksakan diri aku jangan tido lepas sahur sehinggalah aku dah solat subuh baru boleh..aku tahu tido lepas solat subuh tak bagus, tapi mata aku ni kadang boleh tahan, kadang tidak..aku kan manusia biase.. (pengakuan berani mati la aku siap tulis dalam blog)

Cuma perangai aku yang kurang penyabar ni still ade la..sukar untuk dikikis..i don't know...ntah2 makin teruk..hmmm..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z