Part 1: pengalaman keje
ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
assalammualaikum,
hai semua, apa khabar??
lama kita tak bersua kan..cewah..hehehehe
harap semuanya ok untuk anda-anda semua. actually aku bukan tak nak update tapi entah la rasa macam takda apa yang aku nak cerita..seolah2 tiada inspirasi untuk menaip di blog yang tersergam indah ini.. ;P (poyo tak)
aku sekarang dah mula ada feel untuk menulis di blog semula sebab maybe sebelum ni aku dok sibuk dengan facebook je tu yang rasa macam "dah update kat facebook macam tak payah la nak update kat blog pulak" lama-lama aku pon mula malas..
keje di KL
i am unemployed right now bak kata orang tanam anggur..kikiki..a.k.a pengganggur (betul ke ejaan aku ni dah lama tak taip kan)..
kisahnya begini dulu aku keje dalam 3 bulan kot camtu kat satu company software la..reseller software jawatan admin je..pastu aku berhenti sebab payah nak sembahyang kat situ company tu tak sediakan tempat sembahyang untuk muslim.kalo nak sembahyang pon tumpang la kt bilik technician sebab technician selalu keluar.
bilik tu bapak la..penuh macam store (memang tempat simpan barang pon)..bilik tu kecik je nak sembahyang tu pon pandai2 la korang sembahyang mane yang ada je la..satu lagi sembahyang kat bilik training itupon sliding door dia jenis nampak maksudnya orang luar boleh nampak. and kalo ada client dieorang discuss kat situ la, camtu selain dari tempat training untuk ajar software tu.
aku masa first tu rasa sedih gile sebab aku teringat masa aku praktikal dulu kat majlis best je ada surau semua sembahyang best boleh ngaji ke ape2 la.. kat sini payah sebab company non-muslim kan..pastu pelbagai lagi buat aku tension keje kat situ..
aku rasa nak berhenti so aku pon buat sembahyang istikharah..kalo ikutkan resultnya ialah aku kena teruskan keje kat situ..tapi aku dah tak tahan aku pon main belasah je berhenti. dah bagi notis awal dah. walaupon tak dapat keje tempat lain aku behenti je selamber then aku dapat keje kat tempat lain cumanya kena training kat johor dalam 2 bulan lebih camtu.
salah satu sebab lagi aku berhenti sebab bos suro aku jadi marketing exec. pulak bukan admin dah .. disebabkan dah ada budak baru masuk tu yang kena tukar jawatan, sesukahati dia je kan. aku tak minat and i don't think i am best at that marketing thing tambah takda OT dan macam2 lagi..huhu (actually i don't even know what i best at except in baking chocolate cakes).
keje di johor
then aku dapat keje kat pharmacy di johor (nama dirahsiakan)..pharmacy tu famous di johor dan memang HQ dia di johor, sebab tu kena training kat sana. aku kena belajar pasal ubat, supplement, barang-barang yang dijual di pharmacy tu yang aku sanggup pergi johor sebabnya aku memang minat. then yang paling aku kurang gemar ialah pasal masukkan tudung dalam baju..ni memang aku tak tahu menahu langsung kena masukkan dalam baju. baju kena pakai warna putih at the moment sebab aku bukan permanent employee. keje 4-6 bulan camtu baru jadi permanent then akan dapat uniform. dah ada uniform pon kena masukkan tudung dalam baju.. uniform dia ala-ala macam nurse (part ni aku tak berkenan dah)..keje ok la jugak kat situ cumanya letih sebab berdiri je.. bayangkan dari pagi pukul 9 -5 ptg . cuti pon sehari je. tu pon tak puas berehat sebab masa keje tu banyak berdiri je, layan customer, done-done pulak outlet yang aku training tu memang ramai gile customer datang macam tak berhenti-henti pulak.
selain tu kena pergi HQ untuk training, macam ada lecture sikit pasal customer service dan merchandise yang ada kat pharmacy tu. dieorang ajar camne nak cakap,.pasal cashier, ajar pasal ubat-ubat yang jual.
duduk di johor ni mereka sediakan hostel (apartment) best jugak cuma satu je tak sedia transport tapi boleh claim..payah takda transport ni.. aku ni dah la tak pernah naik taxi. kena book taxi suro die datang. pergi balik je dah berapa..ko bayangkan..duduk sana aku jadi kurus seketika sebab tak cukup makan..ada sorang kawan satu rumah aku si Z ni dia bawak kereta aku pon tumpang la kereta dia sebab dapat outlet yang sama. aku malu kot tumpang orang. tak pernah la seumur hidup aku tumpang kereta orang lagi sebabnya aku sebelum ni memang drive sendiri je tak pon naik public transport seperti LRT, taxi memang takda.
disebabkan aku datang lambat 2 minggu ke johor berbanding housemate aku, jadi aku kena pergi HQ kawan aku Z kena pergi keje, so lain-lain tempat.. aku kena la telefon taxi. sorang lagi kawan aku M cakap tunggu kat depan sana kat tepi jalan banyak taxi so aku tunggu la situ.. tak payah telefon sebab kena cas RM2 kalo call.
lupa pulak tadi aku cerita dok hostel kan, ada 2 orang campur aku 3 orang je yang dok hostel tu semuanya untuk outlet di selangor nanti (ada la outlet ni dirahsiakan juga).
sambung part 2 ye....... nantikan
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe