EDISI CERPEN: Kisah Hantu/Jelmaan Kucing
Comel kan kucing kat atas tu? Tapi kesian pula pada budak tu tak dapat makan, tapi kucing tu elok je makan lepas itu besar dan gemuk. Kembali pada tajuk, aku nak cerita pada kalian cerita yang aku alami sendiri. Hmm nak kata cerita hantu boleh jadi jugak... camni la benda tu.... HANTU KUCING KE JELMAAN KUCING?? Ceritanya bermula begini, pada hari isnin malam 25/5/2015, aku dan adikku Azim pergi berkaraoke di Greenbox selepas menghantar adik bongsu aku, Iman pergi tusiyen di area yang berdekatan. Tuisyen itu bermula dari pukul 8-10 malam. Kitaorang start karaoke pukul 8.10 malam. Menurut orang tu karaoke package kitaorang tu habis sampai pukul 2 pagi. Gila ke apa nak karok sampai pukul 2 pagi kan..harga mahal juga sebab dia kira satu kepala RM42. Selalu aku pergi time lunch murah sikit dalam RM12-20 satu kepala karok 3 jam (yang time lunch ni harga depend kepada makanan yang korang order, air boleh refill). Tapi yang ni maybe sebab malam so...