EDISI CERPEN: Kisah Hantu/Jelmaan Kucing


Comel kan kucing kat atas tu? Tapi kesian pula pada budak tu tak dapat makan, tapi kucing tu elok je makan lepas itu besar dan gemuk. 

Kembali pada tajuk, aku nak cerita pada kalian cerita yang aku alami sendiri. Hmm nak kata cerita hantu boleh jadi jugak... camni la benda tu....

HANTU KUCING KE JELMAAN KUCING??

Ceritanya bermula begini, pada hari isnin malam 25/5/2015, aku dan adikku Azim pergi berkaraoke di Greenbox selepas menghantar adik bongsu aku, Iman pergi tusiyen di area yang berdekatan. Tuisyen itu bermula dari pukul 8-10 malam.

Kitaorang start karaoke pukul 8.10 malam. Menurut orang tu karaoke package kitaorang tu habis sampai pukul 2 pagi.

Gila ke apa nak karok sampai pukul 2 pagi kan..harga mahal juga sebab dia kira satu kepala RM42. Selalu aku pergi time lunch murah sikit dalam RM12-20 satu kepala karok 3 jam (yang time lunch ni harga depend kepada makanan yang korang order, air boleh refill).

Tapi yang ni maybe sebab malam so lagi mahal tapi boleh karok sampai start pukul 8 malam sampai 2 pagi sama dengan 6 jam.

Bila dah start karok memang tak boleh nak berhenti la, lagi-lagi kitaorang ni memang suka sungguh dengan karaoke. hehe ...

Tambah pulak bayar mahal apa lagi gunakan semua masa yang ada. Pastu aku pun bagi cadangan kat Azim "Apa kata akak pergi ambil Iman pastu hantar dia balik rumah kemudian akak datang sini balik. Haa boleh la kita karok lama sikit sampai pukul 11.30 malam ke kan"

Azim pun setuju je dengan cadangan aku.

Dalam pukul 10 aku pun keluar dari Greenbox tu. Masa aku keluar tu staff tu tanya aku then aku tunjuk tag kat tangan aku dan cakap "Saya nak keluar sekejap nanti saya masuk balik"

Dia tanya lagi "Bilik no berapa? You sorang ke?"

Aku pun balas la "Tak, ada lagi sorang kat dalam"

Dia jawab "Ok"

(Lupa nak bagitahu sekarang kena pakai tag kat tangan macam masuk theme park, mungkin takut orang menipu).

Aku juga hampir accident masa nak ambil adik aku balik tusiyen.Tapi ALHAMDULILLAH aku ni cekap memandu jadi aku buat macam ala-ala kereta drift sikit dan ALHAMDULILLAH lagi kereta tak kemek. Kalau tak dah kena LANGGAR dah..

Dah sampai di Pusat Tuisyen Cikgu Mariam tu, aku tengok dah tak ramai budak-budak dah. Aku nampak dah adik aku, Iman tapi dia boleh pulak buat tak nampak je kat situ. Aku pun hon-hon la kereta. Dia buat dek je.. Adeh..

Ada la dua budak lain kat situ yang pandang aku, siap dok tanya-tanya lagi masa aku honkan kereta tu mungkin beritahu budak sorang lagi kot-kot yang hon-hon tu kereta mak ayah dia.

Aku pun terpaksa menurunkan cermin kereta dan menjerit panggil adik aku. "Woi Iman, pekak ke apa? Penat aku hon-hon ko buat tak tahu je"  (Jangan terperanjat, kitaorang memang ganas sikit percakapan, ke aku yang cakap ganas tapi jangan risau memang perbualan kitaorang camni)

Barulah dia pandang tempat aku menapak tadi. Aduyai.. Ade jugak macam ni.. Ada ke selamber je dia jawab "Iman tak nampak pulak ada kereta kat sini"

"Ko biar betul tadi ko dah pandang tu apa?"

"Iman pandang tempat lain kat pakcik motor"

"Apedaa.. dah la pekak, tak nampak pulak, apa benda yang ko fikir? ish..ish.."

Dia jawab dia tengah fokus ape ntah..

Lepas dah hantar dia balik rumah aku sempat masuk ambil kunci rumah sambil bagitahu pada ayah aku  "kitaorang balik lambat sikit malam ni".

Then sampai sana aku parkir kereta di tepi jalan. Aku lihat pintu shopping mall berkenaan telah ditutup, jadi aku terpaksa guna laluan pintu kecil yang menggunakan tangga.

ALHAMDULILLAH pintu yang aku masuk tadi memang terus menuju keluar ke GreenBox. (Aku mana tahu pintu mana nak guna, aku belasah je masuk. Aku mana pernah masuk shopping mall yang dah ditutup pintu besarnya).

Sampai GreenBox kemudian aku sambung karoke dengan adik aku. Aku fikir bukan kami sahaja yang karok sampai pagi disitu. Bila dah nak dekat pukul 12 baru aku sedar YA ALLAH dah pukul 12 tengah malam. Tapi aku karok jugak..huhu..

Waktu hampir ke 12.30 malam baru kami beredar dari pusat karaoke berkenaan. Tapi jika diikutkan hati memang nak je aku karaoke sampai pukul 2 pagi, tapi bila mengenangkan keesokkan hari aku bekerja jadi tidak jadi berbuat demikian.


Dalam perjalanan balik ke rumah, seperti biasa kami lalu di U-turn dekat dengan stesen minyak Petronas. Semasa membuat U-turn, adik aku Azim ternampak kucing sebijik macam kucing aku yang ada di rumah.

"Eh kucing tu macam cho-cho la"

"Mana? AAh la..Ntah-ntah Milo tak, jom berhenti tepi tu nak tengok kucing tu"

(cho-cho tu anak kepada milo, muka pun lebih kurang sama, cuma milo dah hilang)

Bila dah abis buat U-turn kami masuk ke selekoh sebelah kiri dan sempat memberhentikan kereta semata-mata nak tengok kucing tu. Masa itu kereta kami berada di seberang jalan, bukan tepi kucing tu.

Aku pun menurunkan tingkap kereta dan panggil kucing tu "Cho-cho...milo...Cho-cho ke tu ?? cho-cho buat apa tu?? ..ko macam kucing aku la.. cho-cho"

Masa aku panggil kucing tu, kucing tu sebenarnya tengah jalan terus, kemudian terus terhenti pandang kitaorang. Pandang tepat arah kitaorang. Siap badan pun pandang kitaorang. Bukan pusing muka je tapi dengan badan sekali ala duduk macam kucing duduk.

Dalam masa yang sama, adik aku pun tegur juga kucing tu "Cho the chi...." 

Akhir sekali aku cakap dengan kucing tu "Hehe.. takde la aku gurau je..ko teruskan la jalan" 

Kemudian kami pun meneruskan perjalanan, dalam masa yang sama aku pandang je ke arah tempat kucing tadi, tapi oleh kerana kucing tu berada di seberang jalan sana jadi tidak berapa nampak semasa kereta tengah jalan tambah dengan pagar tepi jalan tu kan..ala pagar macam kat tepi highway tu. 

Akhirnya aku nampak juga arah kucing tadi, malangnya kucing tu tiada. Aku rasa dalam tiga saat je tiba-tiba dah hilang.

Aku: "kucing tadi dah hilang la"

Azim : "biar betul.Tipu la"

Aku: "ek eleh. betul la. takde masa aku nak tipu la"

Azim: "ok jom kita tengok balik"

Aku: "ok jom la, ingat akak tipu ke"

Azim: "let's do this! kita pusing balik tengok ada tak kucing tu"

Sampai tempat tadi, kitaorang tengok seberang jalan sana tu memang sah kucing tu hilang. Memang takde.

Azim cakap "betul la dia hilang"

"Ha kan betul, mana ada akak tipu"

"meremang pulak bulu roma ni". Saampil pandang seat belakang adik aku cakap "mana tau ada kat seat belakang". 

ALHAMDULILLAH tiada. Gila sungguh la kalau ada.

Aku terus istighfar banyak kali. Selepas tu aku buka radio IKIM.fm dan ALHAMDULILLAH ayat-ayat Al-Quran berkumandang di radio tersebut. Aku juga buka surah Al-Baqarah di handphone aku dan perlahankan volume radio. Sengaja aku buka radio biar dengar sampai belakang.

Kami meneruskan perjalanan dan berbincang dalam kereta pasal kejadian sebentar tadi.

Aku: "macam tak percaya dia boleh hilang, nampak sangat bukan kucing"

Azim: "Selamat la dia menjelma jadi kucing kalau jadi rupa lain"

Aku: "Haah kan.Lupa pulak sekarang pukul berapa, boleh pulak kita gi tegur dia tadi"

 Azim: "Itu la... akak nanti malam ni kita tido sama la"

Aku: "memang pun.." 

Azim : "nanti kita cerita kat abah la"

Aku: "kalau abah dah tido camne?"

Azim: "Esok je la camtu"

Aku: "Kita dua beradik asyik kena je la, dulu masa kecik kena dengan hantu assalammualaikum, ni sekarang hantu kucing pulak" (nanti kalau ada masa aku cerita pasal hantu assalammulaikum)


Azim: "tu la"

Bila dah sampai di rumah. Aku keluar dulu dari kereta. Sambil menunggu adik aku parkir kereta, aku pergi melihat kucing aku yang bernama cho-cho. Kelihatannya elok saja dia tidur atas kereta. Pada waktu yang sama handphoneku yang masih tetap berkumandang surah Al-Baqarah.

Pabila hendak masuk rumah, aku bagi salam dan masuk menggunakan kaki kanan dahulu. Afdhal masuk rumah guna kaki kanan supaya tiada makhluk halus yang ikut. InsyaALLAH..


Adik aku siap cerita kat mak aku mengenai kejadian tadi.

Azim: "Tadi jumpa kucing macam cho-cho, pastu kan dia hilang" 

Mak:"Cho-cho la tu" (Mak aku ni actually penakut sikit so suka fikir positif je walaupun tahu kebenarannya).

Azim: "bukan cho-cho tapi jin"

Aku: "Rupa dia sebijik macam cho-cho kan, cuma dia takde rantai macam cho-cho. Patutnya kalau kucing biasa dia pandang sekejap masa kita panggil pastu lari, ni tidak kita panggil dia terus pandang tepat tu.. siap berhenti jalan..nape la akak tak rasa pelik tadi"

Inilah first time pengalaman aku kena something yang macam ni. Benda tu hilang selepas beberapa saat kitaorng bergerak dari tempat tu. Kalau orang lain maybe dah meremang bulu roma kan? tapi aku tak, sebab memang ALLAH tiada bagi ability macam tu pada aku.

Berdasarkan pengalaman aku masa kat kampung dulu, aku ingat lagi masa tu waktu maghrib. Perut aku pula memulas aku pun terus pergi ke tandas diluar rumah. Jarak tandas dengan rumah jika ikut pintu belakang memang dekat sangat. Orang cakap dekat gila la.

Selesai urusan aku, baru aku lihat jam di tangan aku, dalam hati aku berkata "Eh waktu maghrib ke?" Jam menunjukkan pukul 7.40 malam pada waktu itu. Selamat aku pakai jam pada waktu tersebut.

Aku pun keluar dari tandas. "Ya ALLAH gelapnya tak nampak apa-apa langsung". Aku cuba buka pintu belakang. "Alamak dah tutup pulak, dah la gelap nak mampus ni". Terpaksa aku guna jalan yang jauh untuk ke depan.

Tiba-tiba aku dengar bunyi seperti ada orang berjalan di atas atap pangkin di belakang rumah. Di belakang rumah wan aku ada pangkin dan juga bangsal tempat letak kayu api. Bunyi itu aku dengar dari arah pangkin.

Dalam hati aku waktu tu "Aku nak lari ke apa ni? Kalau aku lari nanti takut dia kejar pulak? Takkan monyet pulak,tak mungkin la..mana ada monyet waktu camni..monyet pun dah tido". Akhirnya aku buat keputusan untuk jalan seperti biasa konon-kononnya aku tidak dengar apa-apa.

Pabila sampai di pintu depan aku segera masuk kedalam rumah. Apa lagi, aku terus cerita pada saudara mara aku tentang apa yang berlaku.

Masa tu sebenarnya kami semua sudah bersiap-siap untuk balik kerumah masing-masing, sebab itulah pintu belakang dikunci awal.

Selepas aku cerita, beberapa minit kemudian adik aku Azim pergi tinjau di belakang melalui tingkap dapur. Dia nampak macam lembaga pocong tapi lembaga tu baring atas atap tu.

Paklang aku pun nampak sesuatu tapi dia cakap takde apa la. Mungkin dia sengaja tidak mahu kami semua takut. Bila dah jadi macam tu barulah sepupu aku, gelarannya kakyong membuka cerita. Kakyong beritahu dia nampak ada benda putih terbang mungkin sehari dua sebelum ini, masa tu pukul 12 lebih nak ke 1 pagi rasanya.

Itu la pengalaman aku, memang aku takde rasa meremang bulu roma waktu itu. Aku memang pelik tapi itulah hakikatnya.

Kembali pada cerita sebenar aku, malam tu aku tidur di bilik adik aku. Adik aku yang bongsu sudah lena dibuai mimpi, masakan tidak jam sudah menunjukkan pukul satu setengah pagi.

Seringkali waktu tidurku memang aku membuka bacaan ayat-ayat Al-Quran. Alhamdulillah tidurku malam itu tidak diganggu.

Pada keesokkan harinya aku menceritakan kejadian semalam pada ayahku. Ayah aku cakap "takde apa la tu".

Panjang sungguh cerita aku..Apa kata aku habiskan disini saja..ok lah jumpa lagi..

Comments

  1. wahhh.. ade lgi x kisah seram? say khusyuk jer bacaa..

    ReplyDelete
  2. wahh... khusyuk je baca.. nati kongsi lgi ya kisah seram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. insya ALLAH kalau ada lagi nanti aku kongsi.. hehe.. sekarang ni aku tengah sibuk cari keje.. hahaha..
      terima kasih ye sudi baca... =D

      Delete
    2. Xde Hal la.. horror ni memang kesukaan aku. ko bru habis degree ke?

      Delete
    3. hahaha..bagus2..same la dengan aku..
      hmm takde la baru sgt abis degree thun lepas je.. sekarang ni keje jugak tapi tak permanent, keje contract ..gaji pun ciput je..tu yang cri kje yang tetap+gaji ok cikit..

      Delete

Post a Comment

Boleh komen disini. Hehe

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z