Pergi Kesana


Assalammualaikum,

Aku sebenarnya kurang faham mengapa aku seperti tidak diizinkan untuk kesana.

Padahal aku pergi bukan menziarah sahaja tapi kerana ada kenduri kahwin abang dia. Ingat aku saja-saja ke buat cerita supaya aku pergi sana.

Aku tak pernah tipu, kalau aku cakap pergi menziarah ,memang aku pergi menziarah la.

Kalau aku cakap pergi orang kahwin so pergi orang kahwin la.

Aku tak minta pun duit mereka untuk kesana tapi kalau nak bagi aku OK je.

Actually 30/5 hujung bulan ni ada kawan aku kahwin kat sana. Tapi bila aku fikir aku baru je pergi awal bulan 5 hari tu, so takde la pergi sana. Tapi jika diikutkan hati memang aku nak je pergi.

Jadi aku rasa aku pergi bulan Jun ni sepatutnya tiada masalah kan..

Tolong la faham perasaan aku.

Kalau kubur dia dekat, aku pergi la seminggu sekali entah-entah 2 kali seminggu..tak kisah la orang nak cakap apa pon. Malangnya jauh jadi aku tak boleh pergi selalu just doa dari jauh.

Lagipun memang dalam buku ROH yang aku baca tu, memang Roh akan suka bila kita menziarah mereka.

Tambahan pula aku bukan pun meraung bila pergi sana, aku cuma baca Yasin je. Aku rasa tiada salahnya..

(P/S: ada hikmahnya aku dapat pekerjaan masa 17/3/2015 haritu, jika tidak tentu aku tiada fulus untuk kesana )

Comments

  1. alhamdulillah syukur akak dapat pi ziarah kubur arwah dan keluarga ''',)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..Alhamdulillah..akak dapat pergi sana hari tu.. =) .. gembira akhirnya dapat pergi sana..

      Delete

Post a Comment

Boleh komen disini. Hehe

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z