Berdoalah untuk saudaramu


Assalammualaikum,

Kali ni aku nak cerita mengenai doa. (Actually dah lama nak buat post ni tapi ditangguhkan, kisah ni dah lama jugak la).


Kadang aku bertanya pada diri aku "ni mesti sebab aku tak cukup berdoa, sebab aku tak banyakkan lagi berdoa untuk dia" (kisah penuh di IM4U). 

Lepas tu aku baca pada satu post di facebook mengenai berdoa pada ALLAH, supaya ALLAH jagakan orang-orang yang kita sayang. 

Aku tak pernah pun terfikir nak berdoa macam tu dulu-dulu sebelum kejadian IM4U tu. Aku bukan tak doa untuk dia tapi mungkin tak banyak macam aku doa untuk keluarga aku.

hmm... lambat aku sedar semua ni..


Lagi-lagi selepas aku lihat cerita SURIA DI CORDOBA baru-baru ini, kisah penuh islamik mengenai seorang wanita yang sangat baik hati sehingga ramai lelaki yang suka pada dia tapi akhirnya dia.. eh takkan aku nak cerita semua kan korang lihat la sendiri..hehe..tapi memang best sangat cerita dia (i mean for me at least).

Suria selalu berdoa untuk orang lain walaupun orang tu buat jahat pada dia. Aku nak cuba jadi macam tu.. Insya ALLAH.. 

Tambahan pula dalam hadis ada menyebut seperti gambar di bawah ni :-


Hadis ni aku tau sebab aku dengar dalam radio ikim.fm. Masa aku dengar tu hati aku jadi sayu sangat. Dalam sesi ceramah tu ustaz tu cakap, kita kena doa tanpa orang tu tahu baru doa tu betul. Bukan main cakap je depan-depan orang tu "aku doakan kau dapat kerja bagus" contohnya. 

KENA DOA DIAM-DIAM TANPA ORANG TU TAHU, INSYA ALLAH dimakbulkan.


"As Muslims we are encouraged to not only pray for ourselves, but also for others, as our beloved Prophet Muhammad ṣallallāhu 'alayhi wa sallam (peace and blessings of Allāh be upon him) said:


“The supplication of a Muslim for his (Muslim) brother in his absence will certainly be answered. Every time he makes a supplication for good for his brother, the angel appointed for this particular task says: ‘Ameen! May it be for you, too.'” [Sahih Muslim]"- productivemuslim.com

Aku nak berdoa untuk orang lain, tidak lagi selfish seperti dulu-dulu..

Dulu-dulu, kalau kawan aku cakap "kau doakan aku tau". Aku cakap "mesti la aku selalu doa untuk kau" tapi padahal aku cakap macam tu je. Aku tak pernah sebut pon pasal kawan aku tu masa aku berdoa lepas sembahyang. 

Betapa teruknya aku dulu..

Sekarang bila aku dah tahu semua ni apabila aku berdoa, jika mereka terlintas di dalam fikiran atau hati aku, aku turut berdoa untuk mereka. 

Aku bukan apa, aku jadi TRAUMA, aku TAKUT AKU TAK CUKUP BERDOA untuk mereka. Aku tak nak lagi KEHILANGAN ORANG YANG AKU SAYANG. Jangan jadi macam dulu..



Aku nak mereka semua selamat dalam jagaan ALLAH tak kira walau dimana mereka berada. Sentiasa sihat. Insya ALLAH.


Tak kira la dia kawan aku ke sedara aku kucing aku ke insya ALLAH aku doa untuk mereka. Termasuklah orang yang aku suka tapi tak cinta (eh..eh apakah..) Takde la aku hanya suka je bukan cinta. Jangan risau aku tetap doakan IM4U. Aku tak pernah lupakan dia.


MAAFKAN AKU KERANA TAK CUKUP BERDOA DULU-DULU..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z