No worries



Assalammulaikum semua,

Kalian semua apa khabar? Harap sihat dan dalam keadaan baik-baik sahaja,

Alhamdulillah aku sihat sahaja. Ingatkah kalian pada post aku yang lepas (Seomething is missing) dimana aku menyatakan bahawa aku rasa seperti kehilangan sesuatu.

JANGAN RISAU.

Aku alhamdulillah dah elok semula. Aku sudah tidak berasa kehilangan lagi.

Syukur Alhamdulillah sangat.

Itu sahaja nak diceritakan disini.. hihi

Lupa nak cerita pada post aku yang lepas tajuk Serupa tapi tak sama..

Masa aku nampak dia tu, orang yang muka sama sedikit seperti arwah AAA tu, alhamdulillah aku tidaklah terperanjat mana pun.

Aku rasa aku sudah boleh terima dan redha semua yang berlaku. Jikalau tidak mungkin aku dah terperanjat beruk disitu.

Tapi tidak aku alhamdulillah baik-baik sahaja. Cuma sesekali pada waktu itu, terdetik dalam hati "kenapa muka kau sama cam dia?"

Aku siap boleh terfikir lagi "oh, beginikah muka kau, kalau kau jadi lagi handsome agaknya". (^_^)

Tidak mengapalah semua itu perkara yang lepas. Orang cakap 'Perkara yang lepas jangan di kenang'

Bagi aku perkara yang lepas boleh dikenang cumanya jangan duduk di takuk yang lama sudahlah.

Ianya boleh kenang untuk mematangkan diri kita sebagai seorang manusia. Supaya pada masa hadapan kita tidak mengulangi lagi kesilapan masa silam.

Kita cuba perbaiki. Jangan khuatir. Kita sama-sama cuba perbaiki diri.

Insya ALLAH. (^_^)

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z