Kisah litmatch part 6 - Roh aku pernah jumpa dia?, Part 2: Kenal dengan Z
Sambungan daripada kisah litmatch tu boleh baca sini part 2 .
Aku kan kawan dengan Z tu kan, actually pada mulanya aku suka gitu-gitu je la. Suka as friend not more than that.
Takde serius pun. Sebab aku ni jenis memilih jugak tengok rupa kononnya.
Ala biasa la semua orang ada ciri-ciri orang yang dia suka kan.
Aku actually suka yang tall, dark, handsome. Ala cam pelakon tu Remy Ishak. Kulit camtu.
Aku tak gemar sangat orang laki kulit cerah. Macam tak berapa macho ala contoh cam laki korea tu. Not my taste ok. Gitu kau nyah.
Tapi dah kalau ALLAH bagi perasaan tu. Siapa kau untuk menidakkan.
Macam aku sayang arwah dulu tu. Dia biasa-biasa je keding, tak handsome pun, kulit coklat, dan tinggi.
Dalam kes ni, perasaan tu lahir dalam hati aku ni pelik sangat.
Aku pun terperanjat dengan diri aku.
"Eh aku dah jatuh dengan budak tu ke?"
"Perasaan apa ni?"
Sampai macam tu sekali tau. Ingat aku mintak perasaan ni. Takde.
Perasaan tu datang dari hati aku macam yang aku rasa dengan arwah tu macam tu la lebih kurang.
Cumanya perasaan aku pada arwah tu lagi kuat la sebab jumpa face to face kot.
Macam mana aku boleh detect perasaan tu, first sebab aku tak nak lagi denial pada perasaan aku.
Macam dulu-dulu tu, cukup-cukup la nak denial dengan diri sendiri. Mengaku je la.
Tak perlu nak ego dengan diri sendiri. Face the truth.
Perasaan pelik tu datang lepas aku ada borak dengan dia lepas melalui video call. Bukan tak pernah video call sebelum ni ade je.
Ntah la tak dapat nak tafsirkan la. Pastu rasa cam nak nangis.
Entah la pelik kan. Aku pun tak dapat nak tafsir sampai sekarang. Rasa nak nangis tu macam orang yang lama tak jumpa seseorang then jumpa balik. Macam tu kot.
Updated Jun 2023: Aku dah refer balik tarikh kat phone iaitu pada Jumaat 23 July 2021. Hari tu lah perasaan aku yang sebenarnya lahir dalam hati.
Penat aku tenangkan diri aku daripada nak nangis. Dah la kat ofis masa tu. Lama jugak nak tenangkan diri sendiri.
Aku tak sure la kot roh aku pernah jumpa dia dulu. Mungkin la. Mana nak tahu kan.
Segalanya mungkin.
Aku tak pernah cerita kat sesiapa pasal bende ni. Biarlah aku dan ALLAH je tahu. Lupa lak termasuk orang yang baca cerita ni.
Dipendekkan cerita aku kawan dengan dia 3 bulan je tahan. Perasaan aku tu datang baru jugak dalam sebulan camtu aku rasa.
updated feb 2022: aku masih kawan lagi dengan dia. Kadang dia ada contact aku tapi jarang gila la.
Mungkin juga sebab dah ada perasaan kan susah la nak kawan dengan orang yang kita ada perasaan ni. Kita akan berharap lebih. Lebih sensitif. I mean for me la. Dia aku tak tahu.
Dipendekkan cerita, sebab aku rasa dia pun macam dah jauh sangat daripada aku. Susah aku nak gapai.
Jadi aku bagi la karangan kat dia. Aku nak tengok apa reaksi dia.
Aku cakap camni
" Akk nk ckp terima kasih sudi datang dalam hidup akk dan sudi kawan dgn akk walaupun umur akk ni jauh berusia. Terima kasih ada buat akk happy dan terhibur. Jangan risau kalo ade ape2 sebelum ni akk maafkan awk. Akk doakan semoga awk berjaya dunia dan akhirat, jadi orang yang baik ya, jangan cepat give up dalam kehidupan walaupun kdg2 rasa down rasa sedih rasa mcm2 lagi la. ALLAH kan ada. Jaga diri baik2 tau. Andai kata kita dah tak contact in future kan, harap tak simpan apa2 dalam hati. Terima kasih tau Z"
Ha tu sebijik tau sebab aku tulis kat tempat lain dulu, tinggal nak copy bagi dia je.
Aku expect dia akan reply tanya aku kenapa ke apa ke kan.. nothing.. dia bluetick aku je.
Masa tu aku macam dah sedar. Aku ni dia cari time bosan je. Aku rasa sedih sangat. Hanya ALLAH je tahu.
Tapi dalam masa yang sama aku bersyukur Alhamdulillah kerana ALLAH makbulkan doa aku.
Aku doa pada ALLAH, kalau dia bukan jodoh aku jangan bagi dia mesej aku atau balas mesej aku la. Memang tu yang terjadi.
Aku sedih sebab aku dah sayang dia kan.
Aku kalau dah suka seseorang aku memang tanya ALLAH terus. Aku doa minta petunjuk. Buat solat sunat minta petunjuk dari ALLAH.
Aku tak nak tersalah langkah dalam hidup. Selama aku hidup ALLAH yang jaga aku kan. ALLAH yang sayang aku bukan makhluk lain.
Jadi aku kena redha. Mula-mula tu susah sangat sebab aku dah sayang sangat kat dia. Tapi aku teruskan doa.
Aku doa supaya ALLAH ambik balik perasaan ni, sebab ALLAH yang bagi kan hanya DIA yang boleh ambil balik.
Kadang aku nangis sebab rasa rindu kat dia. Tapi aku tak contact langsung dia. Aku tahan je la.
nanti sambung lagi ye.. dah la sangat pending post ni sampai aku pun dah lupa..
hmm.. assalamualaikum..
Sesiapa yang terlepas post lepas boleh klik bawah ni
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe