Takde apa la
hai korang..
apa kabo? lama aku tak update blog kan.. aku sendiri pun tak tahu nak tulis apa.. hehe
tapi jangan khuatir, aku kalau dah mula menaip insya ALLAH adalah ideanya nanti..
ha sikit-sikit dah datang...
meh aku cerita pasal kerja aku sekarang.
kerja aku setiap ari akan jumpa orang. Aku kan kerja medical record department, macam-macam ragam orang aku jumpa. Alhamdulillah buat masa ni semua baik-baik.
Tapi ada jugak satu hari tu dah macam hari malang dah aku rasa. Tapi takde lah malang mana cuma hari itu sahaja aku jumpa orang-orang yang bermasalah. Aku sabo je la.
Padahal kalau ikut nafsu amarah aku maybe orang tu pun dah kena sound dengan aku.
Kadang bukan patient yang bermasalah tapi masalah assistant doctor. Kadangkala macam haram je perangai sesetengah daripada mereka. Yang baik tu alhamdulillah. Yang macam hawau memang hawau sangat perangainya.
Bukan aku seorang je yang tahu pasal perangai assistant yang bermasalah tu ramai orang dah tahu tapi apakan daya, kitaorang kena la sabo. Kitaorang tau yang kena sabo, dia yang bermasalah tu takde sabar pun.
Aku pikirkan dia tua dari aku je, kalo tak lama dah aku...
hehe..
Ala tua sikit je pon bukan banyak sangat pon. Terpaksa la aku sabar.
Aku cerita dari luaran je la, kalau dalam detail sangat pulak dah jadi novel atau cerpen.
Ha lupa nak cerita aku hampir-hampir nak resign sebab tak tahan kerja di situ. Terlalu busy.
Aku ada buat solat istikharah tapi macam takde jawapan aku patut resign je. ALLAH suruh aku kerja situ dulu nampaknya. Tambahan pulak mak aku cakap kerja je la dulu, kerja mana-mana pun memang bermasalah.
Aku ni kan dulu-dulu asyik kerja pastu berhenti..kerja pastu berhenti.. hehe..
Aku mana tahan dengan pelbagai-bagai.... sila baca sini pengalaman kerja-1 , pengalaman kerja-2
tapi bila fikir balik aku dulu kerja hospital kajang pastu berhenti pun aku rasa menyesal walaupun kerja tu gaji sikit dan aku hanya kerja kontrak je situ tapi aku suka sebab boleh buat aktivit sesukahati aku (hehe.. biasa la) kerja isnin-jumaat je. i like. sekarang hmm..
kerja aku yang first pun aku menyesal berhenti.. kawan-kawan semua ok cuma..... baca la post aku yang lepas..aku ada letak link kat atas tadi tu.
JADI AKU DECIDE SEBELUM AKU MENYESAL LAGI, BAIK AKU KERJA DULU SINI, TABAHKAN HATI SABAR, SETAHUN PASTU CARI LA KERJA LAIN YANG BETTER. WALAUPUN HATI AKU MACAM NAK TAK NAK JE KERJA SITU AKU TAHANKAN JUA.
MUNGKIN PILIHAN ALLAH TERBAIK UNTUK AKU.
Aku kena bersyukur aku masih punya kerja.
Setiap ari sebelum memulakan kerja aku doa agar ALLAH permudahkan urusan aku. Sebab cabaran di sini terlalu hebat. Aku perlukan bantuan ALLAH. Aku hanya manusia yang lemah.
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe