Harapan 2019
Alhamdulillah.
aku dah official resign dari Mayfl**. Walaupun kerja yang aku dapat hanya contract dari hospital swasta ternama di Kuala Lumpur, aku pergi jua.
paling sedihnya contract itu hanya 6 bulan. setelah berbincang dengan ibu, ayah dan sepupuku aku mengambil keputusan untuk terima. Ku gagahi jua kerana gajinya lagi tinggi dan banyak benefit yang aku dapat berbanding dahulu.
company lama satu apa pun takde (kalau nak tahu baca post aku yang lepas-lepas).
harapan aku semoga kontrak tu bersambung atau kalau boleh serap masuk jadi tetap. Walaupun nampak mustahil tapi itulah harapanku.
aku juga pergi kerana sudah tidak tahan bekerja berat seperti buruh disana. kerja angkat kotak berat , packing kerja-kerja store la. Tambahan pula kerja disana tidak membuatkan otak aku berfikir langsung. Melembapkan otak aku lagi ada lah.
dengan persekitaran yang asyik dengki pada orang lain, mengumpat sana sini. hmm...
persekitaran yang sangat-sangat tidak sihat. hmm..
seorang pekerja perempuan yang baru masuk juga sedar keadaan disana. Bila dia tengok aku blah, dia pun rasa nak blah. Dia juga mempunyai sarjana muda sepertiku. Tapi disebabkan dia mahu pergi umrah bulan februari ini jadi dia stay dulu.
semoga bila aku bekerja di hospital semula, aku dapat offer dari hospital juga. Walaupun tidak best sangat bekerja di hospital tapi demi masa depan ku gagahi jua.
kerana tidak semua hospital caranya sama, moga-moga aku berjumpa dengan persekitaran kerja yang baik untuk aku. INSYA ALLAH
aku juga mahu berterima kasih kepada ex-hr aku masa aku bekerja di hospital dulu. Dia lah yang masih ingat padaku dan memberitahu padaku kerja kosong disana. Dengan asbab itu aku dapat kerja disana.
tapi aku hanya hantar resume bukan dia yang pilih aku. Manager medical record berkenaan yang pilih dengan siapa dia mahu bekerja.
ALHAMDULILLAH. Aturan ALLAH sangat hebat.
aku tidak sangka dapat bekerja di hospital swasta hanya orang kaya-kaya sahaja yang mampu masuk disitu. Aku tak sangka.
Aku bersyukur sangat. tak mengapa kerja kontak janji dengan asbab aku kerja disini mungkin ALLAH nak bagi aku kerja yang lebih baik atau masa depan yang lebih baik.
kita kena sentiasa baik sangka pada ALLAH. Insya ALLAH, DIA akan bagi kita juga yang baik-baik.
aku juga berfikir , dulu masa aku bekerja di hospital ekzema aku bertambah teruk tu sebab terpaksa berhenti. jadi mungkin ALLAH nak bagi aku cuba lagi kerja di hospital tapi kerja kontrak .
kalau serasi, ekzema aku okay manalah tahu ALLAH nak bagi aku yang lagi best. INSYA ALLAH.
okay itu je dulu
take care
-hanna
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe