I AM 4U : part 6 - MEMOIR / MEMORI



 CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


Buat pengetahuan semua aku dan dia tidak berhubung langsung semenjak yang twitter tu. Aku dan dia juga tak pernah langsung mesej di handphone kecuali ada satu masa tu sem 6. Cerita dia macam ni...
---------------------------------------------------------

Tiba-tiba ada mesej masuk tanya pada aku mengenai assignment. Berbunyi lebih kurang begini "Kak Hanna,......." Dia suka panggil aku KAK HANNA tapi aku ni lebih suka panggil orang dengan panggilan 'AKU' 'KAU' sahaja kerana panggilan tersebut buat aku rasa lebih rapat dengan orang, rasa seperti kawan rapat yang dah kenal lama.

Aku tak kenal nombot telefon berkenaan. Jadi aku pun tanya "ni siapa?" Dia jawab la "ni AAA,....." Dia nak minta tolong aku mengenai satu assignment ni. \

Actually aku macam dah terdetik dalam hati "takkan ni AAA". Ini kerana aku rasa aku dah ada no telefon kawan-kawan permpuan cuma no telefon kawan lelaki je yang aku takde. Tu yang aku dapat rasa tu dia.

Aku ni jarang nak layan nombor tak dikenali tetapi oleh sebab aku dapat rasa dalam hati tu macam AAA tu yang aku balas dengan pantas mesej tersebut. Tak sangka memang sah tu nombor dia.

Assignment tu sebenarnya aku dah tanya dia di FB sehari ke dua hari sebelum tu. Memang aku sengaja tanya dia. Padahal aku dah tanya orang lain tapi saja-saja je dok tanya kat dia lagi kot-kot dia tahu kan hmm hampeh dia belum buat lagi assignment tu rupanya tapi dia ada bagi aku info sikit la pasal assignment tu.

Dia mintak tolong tu actually macam nak copy la assignment aku tuh. Aku bagi jugak tapi jawpan-jawapan yang penting aku suruh dia masukkan sendiri. Ingat senang ke nak cari jawapan tuh.

"Tengok la kalo aku baik aku kasi" aku jawab di mesej tersebut.  Dia balas "kak hana kan baik ...." ape entah aku pon dah lupa. Lepas tu aku bagi assignment tu di FB dia.

Perkara yang menghairankan aku ialah mana dia dapat nombor telefon aku. Mungkin minta dengan kawan aku agaknya la. Masa tu aku terus save no dia.

Perkara yang tak dijangka ialah aku hilang no dia masa aku reset telefon aku. Sebab itu jugak aku tak pernah contact dia kat telefon rasanya. Aku terfikir nak minta kat kawan aku maybe untuk jadi stalker di whatsapp ke kan tapi aku malu pulak so aku memang takde no dia.
------------------------------------------------------------

Ada satu masa tu AAA pernah tanya aku mana rumah aku masa sem 3 rasenyer la. "rumah kak hanna kat mana?"

Aku jawab "Kat Seri Kembangan"

"Seri Kembangan kat mana? Saya ada kawan kat seri kembangan jugak"

Lepas tu  masa sem 5 atau 6 dia tanya aku lagi "Kak hanna duduk Seri Kembangan lagi ke?"

"Aah. Tapi maybe nak pindah kat Melaka". Aku saje je nak bagitahu dia pasal pindah kat Melaka. Macam nak bagi HINT la camtu.
------------------------------------------------------

Aku tak ingat sem berapa tapi masa tu kelas kitaorang ada buat lawatan pergi NIOSH.

AAA ni usik ape ntah barang yang dipamerkan kat situ. Then aku perhati je dia ni asyik dok usik-usik barang tu. Aku pun tegur la dia

"AAA jangan usik la benda tu"

Lepas tu terus dia tak sentuh lagi benda tu.

Sambung cerita semula..

Patut la kan selama aku tak contact langsung dengan dia kan, aku rasa SEPERTI AKU PATUT TANYA KHABAR dia je macam lagu JOE FLIZZOW-APA KHABAR. Aku selalu tertanya-tanya "apa khabar agaknya AAA". Mungkin itu adalah HINT daripada ALLAH bagi pada aku sebab dia dah nak pergi buat selama-lamanya cuma aku sahaja yang tidak nampak.

Aku juga TERASA NAK MINTA MAAF dengan dia walaupon rasanya macam aku tak bersalah pon.

(RUPANYA AKU SILAP MEMANG AKU BERSALAH PUN, AKU SEKARANG RASA SANGAT BERSALAH DENGAN DIA ATAS SEGALA-GALANYA walaupun aku tahu ini semua qada' dan qadar daripada ALLAH tapi aku tetap rasa bersalah)

Selain tu semasa aku ada beli barang di econsave, mak aku ada mintak calendar free, Masa tu aku tak perasan lagi gambar kat kalendar tu. Bila balik aku terus ambik satu then gantung pada dinding bilik aku.

Gambar dia ialah GAMBAR MOTOR JENAMA SAMA DAN WARNA LEBIH KURANG SAMA macam cover photo FB dia. Pada fikiran aku pada waktu tu

"motor tu macam kenal je, eh ni motor yang macam si AAA suka, adoi aku kan nak lupakan dia ni dah teringat balik hmm rasa macam patut tukar calendar kat bawah tu je"

Tapi aku tak tukar pon, aku just biarkan je dalam bilik aku.

Aku tak pasti la ini kebetulan atau memang HINT DARIPADA ALLAH sekali lagi pada aku. ni gambar cover FB dia:-


dan ni cover calendar aku (bawah)


KAN??? SAMA KAN?? JENAMA DAN WARNA DIA. 
ALLAH NAK BAGITAHU SESUATU PADA AKU. CUMA AKU JE YANG BUTA HATI PADA WAKTU ITU.


Sebenarnya warna pada motor tu ialah warna sweater yang aku selalu pakai masa U dulu.Then dia update cover FB dia so aku faham la. Our heart still connected at that time. Aku selalu pakai SWEATER pergi kelas SWEATER AKU PAKAI IALAH WARNA MERAH (sem 2-3 kot) , pastu WARNA BIRU  DAN WARNA PUTIH. 

DIA NAK BAGITAHU PADA AKU YANG WARNA MOTOR TU MENGINGATKAN DIA PADA AKU. 

MAC 2015

Tarikh hari lahir aku ialah 24 haribulan 3. Manakala tarikh lahir AAA ialah 26 haribulan 3. Beza dua hari sahaja. Sepanjang aku kenal dengan dia tak pernah di wish birthday aku samada di FB ke atau apa-apa. Aku pon sama jugak.

AKU MENYESAL SANGAT TAK WISH MASA 26/3/2015 TU, hati aku macam suro aku wish tapi cam hmm tak payah la.

Aku ada cakap kat adik aku "kadang-kadang orang boleh meninggal masa hari lahir dia". Tak sangka kata-kata aku benar. Dia pergi buat selama-lamanya cuma bukan tarikh tapi seminggu selepas itu.

Dulu-dulu benda yang menguatkan hati aku bahawa dia adalah jodoh aku ialah tarikh lahir aku dan dia yang dekat, ini kerana BFF aku suami dia birthday sehari ke dua hari lepas birthday dia. Tu yang masa tu aku fikir dia jodoh aku. Aku tak pasti macam mana tapi semasa sem dulu-dulu hati aku pada waktu tu kuat mengatakan dia ni JODOH aku. Instinct kan..

Lagi satu AKU PERNAH MIMPI PASAL DIA masa tu sem 2 kalo tak silap. Mimpi itu agak pelik. AAA ni macam betulkan rambut aku yang dah terkeluar dari celah tudung. Dalam mimpi tu aku diam je bila dia betulkan rambut aku, aku tak marah pulak yelah bukan mahram aku kan patutnya aku mesti la marah ke tiba-tiba je kan. Sejak aku mimpi tu la yang hati aku jadi keliru je dengan dia. Aku tertanya-tanya "adakah AAA ni jodoh aku??"

Aku juga ada membuat poem tajuk Never thought.. Tapi pada waktu tu perasaan aku masih keliru lagi. Just aku buat poem tu macam inspirasi sahaja la kot-kot kalo ada orang yang betul-betul suka kat aku la gitu, bukan tuju untuk dia pon pada waktu itu. 
--------------------------------------------------------

Pada tahun ini 24/3/2015 semasa birthday aku, aku dapat tahu AAA SAKIT. Aku ingat lagi waktu tu aku baru je nak masuk tido dalam pukul 11.15 macam tu. Sambil baring-baring aku tengok handphone buka FB dulu.

BERITA YANG PALING MEMERANJATKAN aku ialah kawan kelas aku E post di group FB kelas kitaorang yang AAA ni sakit dah duduk 2 minggu di wad. Terperanjat gila aku..

(MAYBE DEEP DOWN IN MY HEART I STILL LOVE HIM JUST THAT DID'T REALIZE IT AT THAT TIME CAUSE AFTER ALLAH HAVE TOOK MY FEELING AWAY, I DON'T QUITE SURE WHAT IS MY FEELING TOWARD HIM. IS IT SYMPATHY OR EMPATHY OR LONGING....)

THIS IS MY POEM TITLE FEEL. Masa tu aku KELIRU apakah perasaan sebenar-benar aku..

to be continued..PART 7

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z