I AM 4U : part 7 - BREAKING NEWS / BERITA YANG MEMERANJATKAN
CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U
Sejurus aku tahu tu aku terus berdoa pada ALLAH semoga dia cepat sembuh dan baik-baik sahaja. Malam tu aku terfikir pasal dia. Pasal dia sakit semua terganggu jugak tidur aku. Sepatutnya aku tidur lagi awal sebab banyak fikir tidur lambat sikit.
Patut la BIJI MATA KANAN aku pada hari tu lain macam BERDENYUTNYA. Aku tahu mesti ada sesuatu yang akan terjadi.
Aku dikurniakan oleh ALLAH six sense atau deria keenam. Selalu kalau mata atau kaki aku ke berdenyut-denyut atau bergerak lain macam selalunya kucing aku akan ditimpa sakit/hilang/mati. Ini kerana aku sayang gila dengan kucing-kucing aku. Jadi aku fikir mungkin akan berlaku sesuatu pada kucing aku.
Aku dikurniakan oleh ALLAH six sense atau deria keenam. Selalu kalau mata atau kaki aku ke berdenyut-denyut atau bergerak lain macam selalunya kucing aku akan ditimpa sakit/hilang/mati. Ini kerana aku sayang gila dengan kucing-kucing aku. Jadi aku fikir mungkin akan berlaku sesuatu pada kucing aku.
Aku tak tahu pada hari tu rupa-rupanya biji mata aku berdenyut pasal AAA sakit TERUK rupanya.
AKU BARU JE SEDAR SEKARANG.
PASAL POST FB tu sebenarnya aku nak komen MALAM TU JUGAK tapi aku takut nanti nampak sangat aku ni prihatin gila kan so aku tunggu esok sebab malu nak jadi komen yg first.
I STILL CARE ABOUT HIM AFTER ALL.
Entah apa-apa je perangai aku ni kan, patutnya tak payah fikir apa orang nak cakap kan. Tapi itulah yang berlaku.
I STILL CARE ABOUT HIM AFTER ALL.
Entah apa-apa je perangai aku ni kan, patutnya tak payah fikir apa orang nak cakap kan. Tapi itulah yang berlaku.
Besok tu lepas balik keje baru aku tengok balik post semalam tu then baca komen-komen daripada kawan-kawan. Aku pon komen pastu aku nampak kawan aku E bagi numbor telefon AAA pada ruang komen tersebut suro contact sendiri kalo nak tanya khabar AAA ke. So aku save nombor tu di telefon aku.
Pada malam 25/3/2015 aku masih dilemma patut ke tak patut aku mesej AAA. Aku tanya adik aku, dia sarankan aku mesej je siap paksa aku lagi. Aku rasa kalo bukan aku kena paksa dengan adik aku Azim, maybe aku tak hantar mesej pada dia. ALHAMDULILLAH adik aku paksa aku..
Aku siap tanya "ok tak mesej akak?" Adik aku "letak I LOVE YOU, I MISS YOU". Aku jawab "GILA KE, TAK PAYAH LA"
Aku pon hantar direct mesej tapi malangnya aku tiada kredit pula, so aku cuba tengok whatsapp dia. Dia baru je online tadi dalam pukul 8.30 macam tuh, so aku pon try my luck WHATSAPP DENGAN DIA.
Aku ni jenis baru je hantar mesej kalo boleh nak orang tu balas immediately.. Bila dia balas lambat tu aku cam dah fikir negatif.. Aku kalo tak fikir negatif memang bukan aku la..
Aku ni jenis baru je hantar mesej kalo boleh nak orang tu balas immediately.. Bila dia balas lambat tu aku cam dah fikir negatif.. Aku kalo tak fikir negatif memang bukan aku la..
Dia balas jugak akhirnya. Aku ingat dia tak sudi nak balas mesej aku (tengok fikiran aku yang negatif tu). Ni conversationnya:-
Pada waktu itu, aku rasa alhamdulillah dia ok..ni ok je dia balas..takde apa-apa kot dia insyaALLAH..
Conversation aku dah dia biasa-biasa je. Aku fikir dia tahu nombor aku malangnya tidak. Mungkin dia sudah buang nombor aku masa dulu-dulu.
Paling aku menyesal kan kenapa aku tak tanya lagi pada dia selepas itu. Tanya khabar dia everyday ke kan.
Aku ada juga terfikir "perlu ke aku bagitahu perasaan aku pada dia" tapi malangnya aku pendamkan sahaja.
THAT WAS MY BIGGEST MISTAKE. I SHOULD HAVE TOLD HIM THAT I LOVE HIM.
Besok ke dua-tiga hari selepas itu aku tengok dia update status whatsapp dia, sebelum ni aku tengok status whatsapp dia lain macam emoticon marah gitu.
Aku tak pasti adakah sebab aku dia update status dia. Status dia macam dia nak cepat baik dan macam happy je. (gambar kat bawah tu)
Aku juga perasan yang dia update status FB dia setelah berkurun lama tidak update semenjak dia kecewa dengan aku tu. Dia beritahu yang dia dah lama duduk di wad dan dia mahu kawan-kawan semua mendoakan agak dia cepat sembuh.
APRIL 2015
PADA 4/4/2015 hari SABTU BIJI MATA KANAN aku berdenyut lain macam sekali lagi. AKU YAKIN SESUATU AKAN TERJADI tapi aku tengok kucing aku ALHAMDULILLAH elok je sihat semua.
Pada 5/4/2015 pukul 10 malam begitu, aku seperti biasa lihat FB dulu sebelum tido dan aku NAMPAK KAWAN AKU POST KAT GROUP FB YANG DIA DAH MASUK ICU HARI KHAMIS LAGI. DIA TENGAH KOMA DAN TENAT.
YA ALLAH... TERKEJUT AKU..Aku terus menadah tangan berdoa pada ALLAH. Seperti biasa malam tu tidur aku tak berapa nak lena.
Besok 6/4/2015 ISNIN pagi aku pergi ke tempat kerja seperti biasa. Dalam pukul 10 pagi, kawan aku LR mesej aku tanya "Hanna, ko tau tak latest pasal AAA?". Aku balas tapi rupanya tak sampai sebab aku takde kredit.
Masa tu aku balas camni "Tau baru semalam aku baca kat FB..Ke sekarang dah lain?" Cumanya mesej aku tak sampai sebab takde kredit.
Masa tu aku balas camni "Tau baru semalam aku baca kat FB..Ke sekarang dah lain?" Cumanya mesej aku tak sampai sebab takde kredit.
Aku dah mula rasa lain macam sejak kawan aku mesej aku. Aku dah fikir dah dalam kepala aku "adakah AAA dah meninggal?, tak mungkin..tak mungkin..he is still alive just in coma" mungkin aku fikir bukan-bukan ni.. AAA kan koma mesti dia hidup lagi. Aku fikir macam tu. Aku cuba berfikiran positif.
"Tapi kalo dia betul-betul meninggal camne?"Hati aku berkata-kata.
Di pejabat, FB dan YOUTUBE di block jadi aku tak boleh tengok kecuali waktu lunch dan habis waktu kerja. Itu pon aku baru tau.
Pada hari tersebut aku tak tahu pon cuma aku just try la buka FB lepas pukul 5 ptg kan. Buka-buka je aku nampak status kawan aku KY bagitahu AAA dah meninggal dunia.
Pada hari tersebut aku tak tahu pon cuma aku just try la buka FB lepas pukul 5 ptg kan. Buka-buka je aku nampak status kawan aku KY bagitahu AAA dah meninggal dunia.
Aku hanya terperanjat pada waktu tu. I WAS SHOCK. Masa tu aku tak rasa sedih lagi cuma rasa terperanjat sangat.
Patut la hari sabtu 4/4/2015 tu biji mata kanan aku berdenyut-denyut lain macam. RUPA-RUPANYA SEBAB AAA AKAN PERGI MENINGGALKAN AKU BUAT SELAMA-LAMANYA. Dia meninggal pada 6 APRIL 2015. Aku rasa pagi isnin tu dalam pukul 9 pagi rasanya. Tarikh keramat tu aku takkan lupakan sampai bila-bila..
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe