I AM 4U: Part 8 ENDING - SEE U AGAIN.. / SEHINGGA BERJUMPA LAGI



CONTINUE SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U


 6 APRIL 2015/ 6 petang

YA ALLAH....

Masa aku dapat tahu dia dah meninggal tu kan aku masih DALAM KEADAAN SHOCK LAGI. Aku beritahu pada officemate aku sebab aku pernah cerita pada dia jugak pasal AAA ni.

Jadi officemate aku Lisa tanya "Hanna, ko tak sedih ke?"

Korang tau apa aku jawab "Tak, apa yang aku boleh buat dia dah takde, aku bukan tuhan boleh hidupkan dia ke".

Actually aku masih terperanjat lagi dan tak tahu apa perasaan aku waktu tu.

Dalam perjalanan balik ke rumah semasa aku sedang drive kereta aku, then aku teringat KALI TERAKHIR AKU JUMPA DIA iaitu MASA KONVOKESYEN, terus mengalir airmata aku.

Aku teringat betapa baiknya dia kali terakhir aku jumpa dia pon, dia sempat lagi berjasa pada aku bagi borang pengurangan pinjaman MARA.

HE ALWAYS BEEN GOOD TO ME.

Aku sedih sangat, aku nangis sekejap masa tengah drive tu. Bila dah sampai aku mengesat air mata aku yang bersisa supaya keluarga aku tak nampak.

6.30 petang

Aku masuk rumah je aku terus tanya mak aku "brother mana?". Adik aku  panggilan famous dia ialah brother. Aku pula lebih rapat dengan Azim berbanding adik-beradik lain.

Mak aku jawab "ada kat surau tengah main ping-pong dengan Iman". Iman ialah adik bongsu aku. Di surau berdekatan rumah kami ada tempat bermain ping-pong.

Apabila adik aku Azim dah balik, aku terus terjerit-jerit panggil dia. Adik aku ingat aku macam ceria je sebab suara aku ceria masa panggil dia. Padahal aku hmmm.. Aku bagitahu adik aku "Dia dah meninggal".

Sebenarnya pada waktu tu emosi aku ok jugak la mungkin sebab aku belum ingat semua kenangan aku dengan dia.

Selepas masuk waktu maghrib, aku pon sembahyang maghrib. Seusai itu, aku pon berdoa. Waktu itu aku dah mula sedih. Emosi aku mula tidak stabil. Untuk menutup kesedihan hati aku aku baca la surah Yasin selain tujuan utama aku untuk hadiahkan arwah bacaan surah Yasin.

Baca Yasin pon tersekat-sekat sebab aku banyak menangis. Air mata aku mengalir je. Hanya ALLAH je tahu kesedihan aku pada waktu tu.

Sesudah itu, aku pun keluar dari bilik aku dengan muka yang sembap kerana menangis. Nasib baik juga mak dan ayah aku tiada di rumah kerana menghantar adik bongsu aku Iman ke tempat tuisyen.

Adik aku Azim cakap "udah la kak, Jom kita pergi makan". Aku pon ikut je adik aku pergi makan sekali. Walaupun aku makan tapi makanan tu rasa TASTELESS.

ITULAH KALI PERTAMA aku makan tapi tak rasa apa-apa langsung. Tidak pernah seumur hidup aku makan tapi tak rasa apa-apa. 

Aku ni memang jenis kuat makan jadi pelik bila tak rasa ape-apa time makan. Lepas dah makan tu aku banyak termenung je, Rasa seperti orang yang tidak bernyawa.

Azim suro aku tengok movie dan main games kat laptop dia untuk menceriakan aku, kakak kesayangan dia yang seorang ni. Aku seorang je anak perempuan dalam adik-beradik aku.

Malam tu aku baca whatsapp group kelas, kawan-kawan semua sibuk bercerita pasal AAA. Disebabkan aku tidak pakai data internet jadi aku hanya boleh baca whatsapp mereka semua pada malamnya. Ini kerana rumah aku menggunakan wifi UNIFI.

Mengikut kata kawan aku KY yang pergi ke pengebumian dia, keluarga dia cakap sebelum ni AAA memang tidak pernah sakit apa-apa yang serius.

Bermula dengan batuk-batuk dan sesak nafas dan sakit belakang dalam 2-3 minggu sebelum-sebelum tu. AAA minta atuk dia urutkan pastu sebab batuk-batuk tu menjadi-jadi pergi la ke klinik then direferkan ke hospital Taiping.

Mengikut kata Makcik AAA, sepatutnya dia akan di transferkan ke Hospital Serdang kerana Hospital Taiping tiada kelengkapan yang cukup tapi tidak jadi transfer.

Pada awalnya diagnosisnya ialah paru-paru berair, tapi selepas doktor buat CT-scan kelihatan imej seperti mass. Jadi buat la biopsy..

Masa ambil cecair dalam paru-paru dia (pleural effusion) keputusannya ialah carcinoma... 

Carcinoma tu adalah sejenis kanser.

Sepatutnya result biopsy tu keluar 6/4/2015 hari itu tapi masa tu AAA dah kiritikal dan ALLAH LEBIH SAYANG DIA tak nak dia lebih terseksa jadi ALLAH ambil dia dulu.

KY juga cakap yang wajah arwah tenang je..

(NAK TAHU KISAH SEBENAR PASAL SAKIT DIA BOLEH BACA KAT SINI HIGHLIGHT IN PINK COLOUR)
---------------------------------------------------------

7 APRIL 2015/ 7.45pagi

Aku pergi kerja seperti biasa. Fikiran aku kosong, aku banyak terfikir kenangan aku dan AAA. Air mata aku mengalir.

Aku cuba tabah tapi aku tak mampu, Aku masih tidak dapat terima AAA dah tiada buat selama-lamanya. 

Dalam keadaan tangisan yang masih bersisa tu aku pun jalan kaki menuju ke pejabat dari arah parking kereta. Aku cuba menarik nafas yang dalam untuk mendapatkan kekuatan sebelum ke tempat kerja.

AKU RASA BAGAIKAN SEPARUH DARIPADA JIWA AKU DAH HILANG.

Hari itu fikiran aku tak fokus langsung nak buat kerja. Masa mula masuk kerja hari tu pon, aku senyap je.

Officemate aku Lisa tanya "masuk-masuk senyap je. Hanna kau ok tak??" sambil pegang bahu aku.

Aku diam je. Then officemate aku datang kat aku "Hanna, kau nangis ke?" Aku jawab "aku ok je" dalam keadaan tangisan yang masih bersisa. 

"Cuba kau luahkan apa yang ko rasa" Lisa cakap kat aku. Aku tetap bertegas "Aku ok takde apa-apa la". Dalam hati aku "I just need to be alone".

"Kalo kau tak ok baik ko ambik cuti, nanti kerja ko terganggu" kata Lisa.

Hari tu aku bagitahu pada Lisa yang aku tak nak buat OT (Over Time) sebab aku nak tenangkan perasaan aku.

5.00 petang

Petang tu aku jogging kononnya aku nak lepaskan segala perasaan aku malangnya tidak berjaya juga. Anehnya cuaca petang itu seakan mengerti perasaan aku. 

Angin bertiup kencang dengan awan yang mendung sehingga hujan rintik-rintik. Tapi aku tetap jogging juga dengan angin yang kuat tu.

Bila aku drive je balik ke rumah, air mata aku mula lah laju je mengalir. AKU TERINGAT SEMUA KENANGAN AKU DAN DIA.

AKU SALAHKAN DIRI AKU ATAS SEGALANYA.

 Aku juga rasa bagaikan aku kehilangan SOULMATE.

Kenapa aku tak sedar yang dia memang amat bermakna bagi aku. Kenapa aku tak bagitahu aku sayang dia? Kenapa aku tak wish masa birthday dia? Kenapa aku cepat percaya rumors? Kenapa aku tak direct tanya dia je? 

Why i didn't told him that he looks good when he wore his spectacle cause he looks so matured. Kenapa itu..Kenapa ini..

Padahal lama kot dia ambil masa hanya untuk buka hati aku. Masuk belajar Julai 2010 sampai April 2014. That was a long time. I was so blind, he was a good man.

Dia adalah permata diantara kaca. Aku buta mata, aku juga buta hati. Hanya kerana sedikit masalah atau salah faham I LEFT HIM ALONE. I never asked him why he do that? I NEVER ASKED HIM!

Sepatutnya aku atasi masalah tu BECAUSE I LOVE HIM. Bukan lari dari masalah macam tu sahaja.

KERANA DIA HATI AKU TERBUKA UNTUK TERIMA CINTA. DAN KERANA DIA JUGA HATI AKU SEKARANG DAH TERTUTUP SEMULA. Hati aku juga pernah terbuka untuk alam perkahwinan sebab dia. Aku ni memang tak  sedia nak kahwin lagi la malas la nak fikir semua tu kan walaupun umur sudah semakin meningkat.

AKU CUBA JADI SEORANG YANG LEBIH SUKA SENYUM SEBAB DIA. ALL BECAUSE OF HIM. Aku ni jenis tak suka senyum sangat. Jenis muka serius gila la. Sebab tu tak sangka ada orang boleh suka aku walaupun aku macam tu.

Aku tukar untuk jadi lebih suka senyum sebab aku nak tunjuk yang aku happy tanpa dia but deep down only ALLAH know. Masa aku jadi suka senyum tu, sem 7 time tengah buat FYP.

Tersesak-esak aku menangis semasa aku drive untuk balik ke rumah hari itu. Tangisan aku hari tu sungguh luar biasa. Aku seperti meluahkan segala yang terbuku di hati aku bersama-sama dengan esakan tangis aku.

Semenjak hari AAA pergi, aku dah kurang selera makan. Makan pon hanya untuk isi perut aku takut nanti sakit pulak. Tidur aku juga terganggu semenjak itu. Kadang-kadang aku terjaga pada waktu malam. 

Berat aku pun turun 2.5kg. Padahal berat aku memang susah nak turun kalau tidak exercise. Selepas 7/4/2015 aku sudah tidak pergi jogging lagi kerana hati aku tidak tenang.

AKU SEAKAN MASIH TIDAK PERCAYA DIA SUDAH TIADA APABILA AKU TERJAGA DARI TIDUR.

Patut la masa aku berdoa pada bulan ramadhan tu ALLAH tarik separuh dari perasaan aku sebab DIA AKAN PERGI BUAT SELAMA-LAMANYA. 

ALLAH SAYANG AKU, ALLAH SAYANG DIA. 

Cuma ALLAH LEBIH SAYANG DIA TU YANG ALLAH AMBIL NYAWA DIA DULU.

ALLAH nak selamatkan aku dan dia dari buat maksiat hati mungkin.

ALLAH nak selamatkan aku daripada lebih terseksa dengan pemergian AAA. Ini pun dah rasa terseksa, tak tahu la kalau aku dan AAA betul-betul bercinta aku rasa mungkin aku lagi meroyan.

Aku juga sedih sangat kerana orang yang nampak aku right through my wall dah tiada. Maksudnya walaupon aku ni macam ada tembok yang besar yang menghalangi aku tapi dia tetap nampak aku. 

Dalam ramai-ramai orang dia sorang je yang nampak aku. Nampak my innerself, not looking from the outside but from inside, from the heart. Tidak seperti kebanyakkan orang.

Macam lagu CHRISTINA PERRI-ARMS ni. Mostly lagu-lagu yang aku dengar semua mesti ada makna dia tersendiri bagi diri aku terutamanya.

Aku tak rasa akan ada pengganti dia. Orang yang boleh terima aku seadanya aku ni. 

RAMAI ORANG BOLEH LIHAT KITA DARI LUARAN, TAPI TIDAK RAMAI YANG BOLEH LIHAT KITA DARI HATI.

MUNGKIN ADA HIKMAH MENGAPA ALLAH PERTEMUKAN AKU DENGAN DIA. MENGAPA ALLAH WUJUDKAN RASA CINTA DALAM HATI AKU, DALAM HATI DIA. 

SEMUA TU HANYA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.

Supaya aku lebih menghargai orang yang menyayangi aku. Supaya aku bersyukur ada orang yang sayang aku. Supaya lepas ni aku lebih berhati-hati dalam setiap tindakan yang aku lakukan JANGAN BERTINDAK MELULU.

9.00 Malam

Malam tu aku bercerita pada adik aku, Azim kisah bagaimana aku kenal dia. Kisah aku dan AAA.
-------------------------------------------------------

Hari-hari aku yang mendatang aku jalani seperti biasa cuma AKU RASA KOSONG. Jalan kaki pun termenung dan terfikir-fikir. Sesekali kerja aku di pejabat terhenti kerana aku TERMENUNG jauh. Kerja aku ialah memasukkan data ke dalam sistem komputer.

Lagu-lagu sedih yang berkumandang di radio semuanya seolah-olah mengigatkan aku kepada dia, sehingga boleh mengalir airmata aku.

Minda dan hati aku asyik teringat pasal dia. Tidak pernah sesaat pun aku tidak ingat pada dia.

Lagu IR RADZI-MAAFKAN AKU betul-betul buat aku terasa betapa jahatnya aku ni. Betapa jahatnya aku pada orang yang sayang aku.

Disebabkan aku bekerja di Hospital, apabila nampak pesakit diusung di atas katil bersama bekalan oxygen melalui NASAL CANNULA aku pasti teringat pada dia. Aku TERBAYANGKAN dia, BAGAIMANA DIA TERSEKSA dengan sakit dia. Aku bayangkan dia bertambah kurus kerana sakit dan macam-macam lagi..

(Yang pasal nasal cannula tu kawan aku yang bagitahu kat FB sebab dia ada telefon AAA)

Aku juga terfikir jika aku melawat dia di Hospital Taiping dulu semasa dia di wad mesti aku menangis. Aku tak boleh tengok dia terseksa. Aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang terseksa.

Walaupun aku bersyukur bahawa dia tidak lama terseksa. Tapi jauh di sudut hati aku....

AKU BETUL-BETUL RASA MENYESAL.

Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk menziarah kubur dia. Walaupon jauh di Perak, aku tetap ingin pergi. Muktamad.

Aku sanggup pergi kerana aku sayang dia. Aku nak dia tahu walaupun dia dah tiada aku tetap ingat dia. Aku selalu doakan dia.

Aku mesej pada kawan aku KY yang pernah pergi ke pengebumian dia. Aku minta tolong pada dia untuk tunjukkan pada aku dimana kubur AAA.

ALHAMDULILLAH kawan aku setuju. (InsyaALLAH awal bulan 5 ni aku pergi sana)
----------------------------------------------------------

9 APRIL 2015 /10.57 MALAM

Aku mengupdate status di wechat aku

"JUST WANNA SAY PLEASE APPRECIATE THOSE THAT LOVE US BEFORE THAT PERSON GONE FOREVER FROM THIS WORLD. I MAKE A MISTAKE ONCE, I LEARNT AND INSYAALLAH WILL CHANGE MY PERCEPTION AND BEHAVIOR TOWARDS PERSON THAT LOVE ME.

I JUST WISH I CAN TELL THAT PERSON THAT I REALLY LOVE THAT PERSON BEFORE THAT PERSON GO AWAY FOREVER BUT IT'S TOO LATE BECAUSE I WAS TOO BLIND TO SEE IT FROM MY 'MATA HATI' AND BEEN IN DENIAL OF LOVE IM MY WHOLE LIFE.

NOW MY HEART IS TORN TO PIECES AND I HAVE TO COLLECT IT PIECES BY PIECES IN ORDER TO RECOVER. HOPE YOU ALL LEARN LESSON FROM MY EXPERIENCE AND MY MISTAKE IN JUDGING SOMEONE IN LIFE. IF YOU HAD A CHANCE PLEASE GRAB IT, THAT IS MY ADVICE."

10 APRIL 2015

Aku nekad mahu membuat karangan mengenai kisah aku dan dia. Aku mula menulis di blog aku tentang dia. Aku tulis kisah aku dan dia dari awal sehingga akhir. Ini aku lakukan supaya aku takkan pernah lupa pada AAA. Siapa dia, dimana aku kenal dia.

11 APRIL 2015

Selalu hari sabtu aku buat OT, tapi minggu tu aku tak mampu untuk buat OT. Fikiran aku terganggu. Jadi hari tu aku ajak kawan baik aku a.k.a BFF aku pergi satu tempat dimana aku boleh menenangkan fikiran. Masa aku tunggu BFF ku kat masjid berdekatan rumah dia, aku banyak termenung dan berfikir je.

BFF aku cadangkan pergi Taman Botani di Putrajaya. Cantik sungguh taman itu. Ada tasik sekali, dengan ikan-ikan berenang. Ramai juga yang berpiknik di situ. Ada juga mereka yang mengambil gambar pre-wedding disitu.

Aku berbual dengan kawan aku mengenai AAA sambil berjalan-jalan di taman tersebut. Apabila waktu hampir menjenguk ke tengah hari, kawan aku mencadangkan pergi makan tengah hari.

Aku pun mengambil keputusan untuk ke Alamanda, kerana di sana terdapat pusat karaoke. Aku pun berkaraoke lah disana konon-konon untuk melepskan segala tekanan perasaan. Malangnya suara aku pada hari itu sungguh serak sekali. Mungkin juga akibat kerap menangis.

ITULAH KALI PERTAMA AKU KARAOKE DENGAN SUARA YANG TIDAK BERAPA NAK KELUAR.

BFF aku pula nyanyi lagu sedih-sedih je lagi la aku teringat dia. Masa aku dalam bilik karaoke pon aku boleh termenung sehingga kawan aku tegur aku takut aku tiba-tiba nangis ke kan. Aku memang menahan je air mata aku pada waktu itu.

Aku yang dah lama mengidam makan belgium chocolate waffle di Alamanda kan, peliknya rasa dia pada hari tu seolah-olah tawar.

Untuk menceriakan aku, BFF aku belanja aku makan di Restoran Black Canyon. ALHAMDULILLAH makanan disitu memang sedap-sedap belaka. Hari tu la aku makan banyak sedikit berbanding hari-hari sebelum ni.

No wonder masa AJL25 hari itu, penyanyi Aliyah menyanyi kurang sedap suara dia pada AJL25 tu. Aku rasa mungkin sebab dia banyak menangis sebab suami dia kahwin lagi satu.
---------------------------------------------------------------------------

sambung cerita tadi..

Aku juga ada google 'adakah orang yang masih hidup boleh berjumpa dengan roh'. Ini kerana aku ingin sangat berjumpa dengan dia.

Tidak kisah la berjumpa dalam alam mimpi sekalipun, janji aku jumpa dia. Aku rasa macam nak bagitahu dia macam-macam. Paling penting sekali aku nak minta maaf. Even kalau dalam mimpi tu dia hanya senyum pun aku dah puas hati)

Aku juga BELI BUKU MENGENAI ALAM ROH. Semata-mata untuk mengetahui dengan lebih dalam mengenai roh. Kot-kot aku boleh jumpa dia ke kan.

Aku sekarang ni rasa macam tak nak lagi kehilangan orang-orang yang aku sayang. AKU TAK SANGGUP.

AKU TAK SANGGUP KEHILANGAN LAGI..

Aku selalu tengok-tengok kucing aku. Aku takut kucing aku pergi meninggalkan aku pula. AKU TAK SANGGUP.

CUKUP-CUKUP LA.

AKU TAHU INI SEMUA TAKDIR ALLAH, CUMA AKU PERLUKAN MASA UNTUK TERIMA SEMUA INI.

Aku juga teringat untuk melihat email yahoo yang aku gunakan untuk twitter. Aku semak jikalau ada mesej aku dan dia. Ternyata ada. Malangnya hanya ini sahaja yang ada. Sebab aku dan dia jarang mereply twitter just balas melalui update status sahaja.





YA ALLAH sedihnya hati aku. Aku tak dapat tengok dia hidup bahagia. Aku tak kisah jika dia pilih orang lain, sebab aku selalu doa dia hidup bahagia. Cuma tak sangka lain pula percaturan ALLAH.

SEKARANG AKU MENGERTI KENAPA DIA BUKAN JODOH AKU. SEBAB DIA PERGI DULU DARI AKU.

18 APRIL 2015

ALHAMDULILLAH aku semakin boleh terima bahawa dia dah tiada buat selama-lamanya. Walaupun perit, aku cuba teruskan hidup berbekalkan 'KENANGAN AKU DAN DIA'. (walaupun tak berapa banyak kenangan yang ada)

Bila aku tengok gambar dia, SENYUMAN DIA SEOLAH-OLAH MEMBERI KEKUATAN PADA DIRI AKU.

Setiap hari aku hadiahkan surah AL-Fatihah dan Yasin pada dia. Marilah kita HADIAHKAN AL-FATIHAH pada arwah ....AL-FATIHAH... (update 29/7/2015 sekarang aku baca yassin setiap ari khamis dan apabila aku rindu sangat dengan dia)

AKU DOAKAN DIA TENANG DI SANA DAN DI TEMPATKAN DI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN.

Aamiiiin..


THE END.

(P/S: AKU AKAN TULIS CERITA APABILA AKU DAH KE PUSARANYA DI SEQUEL IAM4U)

PART 1 
PART 2
PART 3
PART 4
PART 5
PART 6
PART 7
SEQUEL-MENZIARAH/VISIT TO.. 

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z