Kisah Aku
Detik pertemuanku tidaklah seromantis cerpen-cerpen cinta, tidak seromantis puisi nan indah. Pertembungan kami hanya biasa, normal. Pertama kali aku melihatnya ketika pendaftaran kem, hanya satu perkataan yang singgah di benakku, "pelik". Dengan seluar pendek '3 suku', dan topinya yang sangat tidak 'cool', dia nampak aneh. Dan dia juga jujur memberitahuku, dia melihat kelibat singa di wajahku pada ketika itu. Aku tertawa mendangar pengakuannya.
Pertemuan yang berlaku sewaktu kem tersebut telah mencipta satu hubungan persahabatan yang baru. Sejujurnya, aku tidak ingat bagaimana kami boleh menjadi rapat. Apabila aku cuba ingat kembali saat kami mula mesra, imej kami ketawa terbahak-bahak sewaktu mendengar ceramah yang membosankan menjelma. Situasi itu aneh bagiku, kerana aku dikenali dengan sikapku yang tidak peramah, tidak mudah mesra dan sombong apatah lagi dengan orang yang baru dikenali membuatku tertanya-tanya, kemana hilangnya sikap itu apabila bertemu dengannya. Apabila aku ujarkan pertanyaan tentang perkara tersebut, ringkas sahaja jawapannya, "aku kan peramah". Mungkin juga betul. Keramahannya membuatkan aku lupa sikap durjana yang sering diamalkan selama ini.
Pada malam kem tersebut, peserta telah dikejutkan dari tidur sewaktu jam menunjukkan pukul 2 pagi. Kami disuruh berkumpul di padang dan berlakulah sesi "hentam-menghentam". Suhu yang dingin pada ketika itu, mebuatkan aku menggigil kesejukan dan mengeluh. Kebetulan, dia berdiri di sebelahku dan dia mendengar keluhanku. Dengan penuh rasa prihatin, dia menawarkan 'sweater' nya kepadaku, tetapi aku tolak. Pelik rasanya untuk aku memakai baju seorang lelaki. Memang sebelum ini, perasaanku terhadapnya hanyalah sebagai seorang kawan senior. Tetapi, pada ketika itu, perasaanku mulai berubah. Memang perkara itu nampak remeh, tetapi entah kenapa, aku terharu dengan keprihatinannya.
Selepas kem tersebut, aku...............
sila baca sambungannya di http://www.tentangcinta.com/kisah-cinta/kisah-aku-2/
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe