Versi Novel: Jeritan Batinku
assalammualaikum semua,
Perasaan dan emosi aku amat terganggu, rasa dihatiku seperti mahu menjerit sekuat hati bagaikan menjerit di atas puncak gunung, tapi apakan daya aku masih berpijak di bumi yang nyata sama dengan paras laut rasanya..hmmm..aku dengar cerita lagi seminggu lagi kami akan "present" final year project kami..aku rasa kacau bilau tak tentu arah kerana banyak lagi yang belum disiapkan, termasuklah menghantar surat ke hospital-hospital dimana aku sepatutnya melakukan kajian..jika difikirkan semula kalau aku tidak kuat semangat mungkin aku boleh atau sudah menjadi gila.Ditambah pula dengan "midterm examination" lagi menambahkan tahap didih didalam otakku yang semakin serabut..
"Ya ALLAH,ya tuhanku, berikanlah kekuatan kepada hambamu yang sangat lemah dan kerdil ini, semoga FYP ku ini bersama dengan "midterm exam" akan berjalan lancar dan aku berharap aku mampu untuk "handle" semuanya..amin"
Jari jemariku ini pantas menaip apa sahaja yang terlintas di otakku ini,walaupun sebenarnya ia penuh dengan kegusaran dan kerisauan namun aku tetap gagahi jua rintangan hidup didunia sebagai hamba ALLAH. Kepada pembaca blog-blog ku serta teman -temanku , tolonglah doakan agar rakanmu ini boleh menempuh segala ujian didalam hidup meskipun senang atau susah.Aku rasa itu sahaja yang mampu aku taip kerana mindaku masih berputar ligat mencari-cari pintu dibalik kegelapan ini..
Sekian dari rakanmu yang agak serabut,
Hanntzah.
Comments
Post a Comment
Boleh komen disini. Hehe