Posts

Pilu hati

Image
I'm back again. Ok sambung cerita semalam. Kehidupan aku biasa saja. Sama seperti orang kebanyakan. Aku tergolong dalam golongan miskin bandar. Kehidupan aku alhamdulillah ok mungkin kerana aku tinggal bersama keluarga. Jika tidak mungkin aku kena bayar sewa rumah. Gaji aku cukup untuk aku sahaja ini kerana aku belajar part time. Nak bayar duit yuran belajar. Bayar hutang belajar MARA lagi. Bagi duit kat mak sikit. Tinggal bape je untuk aku. Aku juga tengah struggle dengan diri sendiri, iman banyak turun. And of course perangai gangster aku datang balik. Hei ingat senang ke nak hilangkan gangster aku. Baju je muslimah tapi perangai gangster. Ape citer?? 😓. Perangai gangster+ nafsu marah. Nampak sangat macam bertambah teruk kan. Aku sedar. Seperti yang penah aku cerita pada post-post yang lepas-lepas, environment tempat kerja yang menerukkan lagi keadaan aku. Aku sekarang tengah gigih mencari kerja lain. Tolong doakan juga aku dapat kerja lain dan dapat mengubah diri a...

Bila dah kerja

Image
Aku sebenarnya masih disini. Cuma agak sukar untuk aku mengupdate blog selalu. Kalian tahu bukan bahawa laptopku sudah lama musnah. Aku teringin sangat menulis dengan lebih kerap disini . Lama aku pendam. Aku tak boleh simpan lama-lama nanti jadi nanah dalam hati. Tak tenang jadinya. Bukan aku tak luah pada Tuhan. Aku dah luahkan. Aku ingin juga luahkan melalui penulisan. Walaupun penulisan aku tidak "smooth" seperti dulu. Aku tetap mahu menulis. Semenjak kesihatan mental kerap diketengahkan sekarang. So aku tahu aku sebenarnya depress tapi tak teruk macam orang lain. Baru aku tahu kalau kita dulu minat sangat buat sesuatu benda tu tiba-tiba kita rasa macam tak rasa nak buat lagi dah benda tu. Itu semua rupanya depress. Now i know. Actually aku tahu lama dah cuma baru nak tulis. Patut la semenjak kejadian 2 tahun dulu tu aku dah start tak rasa nak buat benda yang aku minat sangat iaitu baking. Tahun lepas aku paksa diri aku, itu pun sebab aku nak menyara diri aku b...

Masih liar

Image
Bismillahirrahmanirrahim.. Aku tak tahu apa patut aku buat. Aku rasa aku semakin parah. Semakin aku nak jadi orang yang lebih baik lebih banyak dugaan datang. Dugaan dalam diri aku sendiri. Nafsu marah aku seperti tak dapat nak dikawal. Nafsu marah aku seperti usia aku masa muda-mudi dulu. Rasa nak marah semua orang. Tak kira la orang pandang ke apa ke.  Kalian tahu kan, nafsu marah aku jadi lebih teruk semenjak aku kerja di stor sekarang ni. Tapi orang sekeliling tak tahu. Mesti mereka fikir aku memang pemarah. Orang yang suka marah-marah. Aku malu dengan diri aku. Aku malu dengan rakan sekerja aku tapi aku tak dapat nak kawal. Mungkin syaitan dah berjaya mengalahkan aku.  Syaitan pasti tergelak sekuat hati melihat aku. Suka sangat syaitan. Sebab dah berjaya buat aku kuat marah semula. Aku rasa nafsu marah aku dah jadi liar semula. Dulu aku berjaya jinakkan. Tapi kini dia dah terlepas lagi. Mesti orang akan pandang serong dengan aku. Mesti orang fikir budak ni tu...

Diam itu indah

Image
Assalamualaikum.. Hari ini aku kena ceritakan jugak pada blog ni sebab aku dah tak mampu nak tanggung lagi rasa ni.. Seperti yang korang sedia maklum, aku kan dah kerja lain. Kerjaku sekarang menjadikan aku seorang pemarah. Aku tahu aku ni tak berapa penyabar. Aku cuba nak jadi penyabar. Nampaknya tak berapa nak berhasil sebab aku dah marah pada dieorang yang ntah apa-apa perangai nya. Aku cuba.. bukan tak cuba. Tapi makin lama makin menjadi pulak kerenah company yang aku kerja ni.  GM (general manager) pun kena tempias amarah aku. Aku dah tak peduli lagi. Ini kisah amarah aku hari ini 29/12/2017- kitaorang buat stok take daripada semalam. Part aku dah lama siap. Aku cuma tolong-tolong orang lain punya tu pun sampai pukul 8 lebih je. Ok bila semua dah hantar kitaorang memang dah takde keje nak buat. Semua duduk borak kosong acah-acah susun ubat sebab nak tunggu orang yang manage stock tu finalise kan. Daripada pagi weh sampai petang nak berapa minit pukul 5 dah nak bali...

Besi lembut

Image
Assalamualaikum.. Korang semua apa khabar? Alhamdulillah jika baik dan masih boleh menghirup udara percuma yang dihadiahkan oleh ALLAH pada kita. Aku harap semua umat Islam di seluruh dunia akan diselamatkan oleh ALLAH. Amiin. Post kali ini aku pun tak tau nak habaq apa dah. Takdaq idea mau datang melekat. Haaa.. lupa dah.. Aku nak cakap lepas ni aku tiada kawan nak bercerita dalam rumah ni. Sebabnya adik aku dah dapat kerja kat Johor. Aku sebenarnya pendam je segala cerita dalam hati aku. Aku bukan apa.. tiada orang yang sesuai untuk aku ceritakan. Jika cerita pada orang yang tidak sesuai mesti la macam cerita macam one sided je. Dengar tapi macam tak ikhlas. Haaa gitu la.. Aku tak rasa nak cerita pada kawan baik. Entah la.. aku nak cerita kat blog ni pun macam tak berapa sesuai juga kerana ini melibatkan hati.. cewaaah 😁😁. Blog ni pun aku rasa tak selamat dah sebab ada kawan-kawan yang tau.. dalam 2-3 orang gitu walaupun aku tak rasa dieorang ada masa nak baca b...

Kawan ada tiada..survival mode

Image
Assalamualaikum.. Hari ni aku nak dedahkan rahsia macam mana aku survive walaupun tanpa kawan disisi. 1. ALLAH Aku survive sebab ALLAH sayang aku. Alhamdulillah dengan rahmat kasih sayang dari-Nya aku dapat hidup berdikari tidak bergantung hanya dengan kawan sahaja. Aku sedar aku masih punya Tuhan walaupun tiada orang disisi aku. Itu yang buat aku kuat untuk hidup dalam dunia yang penuh cabaran ni. Biarlah sejuta manusia benci kau, asalkan ALLAH tak benci kau. Itu prinsip hidup aku. Insya ALLAH.. 2. Aku masih punya keluarga Aku selalu cerita dengan adik aku.. Aku rasa aku cerita dengan dia je walaupun dia tak nak dengar aku cerita jugak. Hahahha.. kalo kat luar aku pendam je.. balik pot pet..pot pet.. haa itulah aku😂 3. Aku dah biasa hidup tak banyak kawan Bagi aku keluarga akulah kawan aku. Sedara mara yang rapat itulah kawan sebenar aku. Yang lain cuma sekadar di pinggiran tapi ada juga yang ok cuma biasa la manusia. Termasuklah kawan baik aku. Sebabnya semenjak d...

Semua pasal Kerja baru 2017

Image
Assalammualaikum.. korang sihat tak? Alhamdulillah aku pun sihat juga. Maaf lama tak update. Aku seperti biasa masih tiada komputer/ laptop untuk menaip. Ini pun ditaip di telefon pintar. Buat pengetahuan semua aku dah dapat kerja pada bulan Ogos yang lalu. Alhamdulillah. Kali ini aku lebih banyak guna konsep bersyukur. Bersyukur aku ada kerja. Bersyukur aku diambil bekerja. Bersyukur aku kerja kurang stress berbanding kerja yang dulu. Bersyukur walau kerja hari sabtu tapi alhamdulillah ada juga hari sabtu yang tidak kerja. Bersyukur tempat aku kerja balik sharp pukul 5 pm je dah blah dari ofis kadang balik 5 minit awal. Bersyukur walaupun ambil wuduk dalam toilet at least dia ada sediakan surau kecik untuk solat. Bersyukur semenjak aku kerja situ berat badan turun. Alhamdulillah. Bukannya tiada stress langsung, mesti ada punya. Paling best kerja situ semua belang aku keluar takde hipokrit langsung. Kalau aku marah, aku marah je. Sesekali aku pendam juga tengok pada keada...