Posts

Featured Post

Kisah litmatch part 6 - Roh aku pernah jumpa dia?, Part 2: Kenal dengan Z

Sambungan daripada kisah litmatch tu boleh baca sini part 2 . Aku kan kawan dengan Z tu kan, actually pada mulanya aku suka gitu-gitu je la. Suka as friend not more than that. Takde serius pun. Sebab aku ni jenis memilih jugak tengok rupa kononnya.  Ala biasa la semua orang ada ciri-ciri orang yang dia suka kan. Aku actually suka yang tall, dark, handsome. Ala cam pelakon tu Remy Ishak. Kulit camtu.  Aku tak gemar sangat orang laki kulit cerah. Macam tak berapa macho ala contoh cam laki korea tu. Not my taste ok. Gitu kau nyah.  Tapi dah kalau ALLAH bagi perasaan tu. Siapa kau untuk menidakkan. Macam aku sayang arwah dulu tu. Dia biasa-biasa je keding, tak handsome pun, kulit coklat,  dan tinggi. Dalam kes ni, perasaan tu lahir dalam hati aku ni pelik sangat.  Aku pun terperanjat dengan diri aku.  "Eh aku dah jatuh dengan budak tu ke?"  "Perasaan apa ni?"  Sampai macam tu sekali tau. Ingat aku mintak perasaan ni. Takde. Perasaan tu datang dari ha...

Berak tak basuh ke, geli aku

Image
Hello semua apa khabar? Alhamdulillah aku ok macam tu la kehidupan. Ok tak ok pun hidup mesti diteruskan. Aku just nak luahkan sesuatu yang lama aku pendam. Pasal toilet kat ofis aku. Ofis aku ada dua toilet. Sebelah yang biasa cangkung tu. Sebelah lagi yang duduk tu. Kisahnya kan..aku perhatikan..cha ya nun alif tu dia mesti akan berak kat toilet cangkung tu. Ok aku tak kisah la kau nak pergi toilet mana tapi masalahnya, kalau dah guna especially untuk berak kan..Tolong la basuh bersih-bersih.. Geli syiak aku. Asal die berak je mesti ada tinggal kenajisan dia kat toilet tu. Kat tepi la tengah la..ada je la yang tinggal. Mata aku pulak jenis mata helang. Semua benda aku nampak. Kenajisan kau kalau tak jirus elok-elok mesti tinggal situ. Geli aku. Setiap kali aku pergi mesti aku jirus semua kawasan dulu sebab aku geli. Kalau dia tak datang ofis kurang la kenajisan kat toilet cangkung tu. Yang aku tak fahamnya kenapa kau tak berak kat toilet sebelah. Mungkin kerana tak selesa sebab dia b...

Kisah aku try online dating apps : PART 2- Malaysian Online Match apps & Salam apps

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. ok kali ni cerita pasal apps seperti yang tertera tajuk dia atas la ye.  (FYI aku taip cerita ni julai 2022 tapi tak post).  Nak baca PART 1: Hawaya apps boleh klik. Aku ada try download la Malaysian Online Match dan Salam apps tu sebulan - dua yang lalu. Nama je Malaysian tapi tak Malaysian pon  Maaf cakap la ye yang Malaysian Online Match tu kan,  aku bukan racist, tapi banyak orang Bangladesh je ada dalam tu. Sampai aku terfikir entah-entah apps ni untuk diaorang cari jodoh dengan orang Malaysia.  Betul tak? Ada jugak orang Malaysia tapi tak ramai la. Boleh kira la. Dating apps ni semua lebih kurang je..nak kena like like orang tu..kalau match, boleh chat camtu la. Macam biasa. Untuk dua-dua apps tu ade la sorang Bangladesh match dengan aku. Adoi lawak betul la. Aku cerita yang Malaysian Online Match dulu la.  Lebih baik aku single daripada pilih suami yang ntah apa-apa. Ini hidup aku. Aku yang kena hadap seumur hidup...

Vitamin B elok ke

Image
Assalammualaikum and hye all, i just wanted to start writing again insya ALLAH. i'm starting from scratch again and slowly build up my confident in writing things that i love or just wanting to express my feeling here again after so long. Maybe my writing got pretty worse but then again it's now or never right? Aku dah penat nak taip kat sosial media panjang-panjang..aku dah penat untuk semuanya. . Now my finger pun dah problem. Umur 30an jari dah mula nak kebas. Kesan guna komputer and mouse dalam jangka masa panjang including scrolling social media. Nah boleh juga baca sini sakit tangan . THat's why aku nak stop scrolling dan fokus menaip pulak. Saja nak cakap aku ada baca pasal kekurangan vitamin B. Sebab tu boleh jadi kebas-kebas. So aku pun try makan Vitamin B. Jap aku google ha tu la vitamin yang aku makan. Ada rasa kurang la sikit kebas-kebas tu.Aku pun tak tahu dari mana aku dapat tahu pasal vitamin tu. Maybe masa tu aku tengah cari supplement k...

Jom kita senyum

Image
Assalammualaikum, Apa khabar semua? Ni aku penulis blog ni masih hidup tau. Belum mati lagi. Gurau tak rilek aku kan. Macam biasa la guys.  Tahun 2023 ni aku akan cuba ubah cara aku melihat kehidupan dan dunia. Segalanya akan berubah. Aku akan lebih berfikiran positif. Aku akan lebih menyebut yang positif. Aku akan tengok atau fokus pada positif sahaja. Semua negatif tidak dibenarkan samada dalam percakapan atau perbuatan. Tapi kita semua hanya manusia biasa pasti ada hari akan down. Sekarang kalau aku down atau sedih aku akan ingatkan diri aku jangan sebut negatif sebut yang positif je biar energy aku a.ka.a vibration aku sentiasa positif.  Cukuplah aku dah puas sedih dan meratap dahulu. Tiba masa untuk aku bangkit dari kesedihan dan pandang kearah positif dalam hidup dan cara fikir. Tiba masa untuk aku ceria dan senyum. Omputih kata "Fake it till you make it" . Paksa untuk senyum insya ALLAH mood akan lebih tearah ke positif. Aku dah cuba dah. Berjaya. Aku sebut yang positi...

Tak reti emosi sangat

Image
 Assalammualaikum, Lama aku tak tulis kat dalam ni. Cewaah. Padahal baru je seminggu dua kan. Lama jugak la tu.. hehe Aku tak tahu nak tulis apa. Entah kenapa entah.  Takde feel kot. Nak tulis ni pun kena ada idea apa nak tulis atau pun kena ada mood. Aku banyak tulis pasal perasaan aku kat dalam ni. Hakikatnya kat luar orang yang tak kenal aku akan cakap aku macam takde perasaan je.  Kalau pandang orang pun macam pandangan kosong, takde senyum ke apa. Orang pun judge aku sombong. Nak buat macam mana dah aku memang camtu. Aku kalau dengan strangers memang fail. Kecuali kalau orang tu sedara aku yang tak berapa rapat ke baru la senyum fake sikit. Tak reti la emosi gembira. Kalau gembira pun aku macam rasa something akan berlaku punya. Jangan gembira sangat, aku selalu remind diri aku, kecuali tu pemberian dari ALLAH.  Contoh aku takde kerja ALLAH bagi aku kerja. ALLAH bagi aku duit. Tu aku pandai gembira. HAHA. Selain tu tak pandai. Contohnya nak bersweet ke bermanja ...

Kisah aku try online dating apps : PART 1- Hawaya apps

Image
Assalammualaikum semua, Kali ni nak cerita pasal pengalaman aku guna Hawaya Apps. Kononnya apps cari jodoh untuk Muslim kan. Ok aku cerita la beberapa orang yang aku jumpa dan bagaimana perangai mereka. Biasala benda online banyak merapu je lebih. Dalam banyak-banyak yang match ada beberapa orang je yang balas chat, bukan semua balas pun. Paling minimum pun cakap hi pastu senyap. First aku bagitahu je la nama sebab scammer kan, biar orang tahu sekali. Nama scammer tu Jeff Asim. Dia letak gambar melayu kat situ. Aku tak tahu gambar siapa yang dia curi. Mulanya aku pun tak tahu scammer, tapi lama-lama macam pelik pulak. Dia cakap dia orang Malaysia tapi dah lama pindah USA sejak dari umur 5 tahun. Pastu tak reti cakap melayu langsung katanya la. Aku pun layankan je la. Aku pun speaking la kononnya. Aku nak letak screen shot chat tu tak boleh. Itulah bagusnya Hawaya Apps ni kau tak boleh nak screenshot and screen recording apps tu. Aku dah cuba. Haha. So semuanya selamat la.  Dipendek...