Thursday, July 24, 2014

awak..selamat hari raya tau..

hai semua..

actually saya tak tau nak cakap ape.. semenjak2 ni lain macam pulak dirini ni.. entah la.. penat bekerja kot..cewah..

disebabkan tak lama lagi nak raya dah..

so saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin..kita kosong..kosong..kosong (lagu najwa latif..hehe)..

selamat beraya di kampung dan selamat pulang kekampung dengan selamat ye..

jangan nakal2 tau..jangan main mercun yang bukan-bukan sampai boleh hilang tangan..takmau..takmau ye..

doakan diri aku ye semua..doa aku berjaya dalam menjayakan event..(tak pernah2 aku buat seumur hidup aku)..maybe aku kena buat nanti lepas raya..waaa..sob..sob..

ok la see u later..

love and miss you dearies

assalammualaikum..

Monday, July 14, 2014

Kisah sebuah senyuman / The story of a smile


assalamualaikum,

before that lets recite,


One upon a time, there was a teenage girl who afraid to smile sincerely, whenever she smile she feels so chubby so she thought maybe she wasn't suppose to smile like that. 

So she decided not to smile to people.She also used it rarely because she knew if she smile she would reveal her chubby face. Most of the people was afraid to say 'hi' to her because of her serious face.

She was like that all her life until one day she opened an old album of her childhood, then she saw a little girl wearing a cute kimono smiling so happily so sincerely and guess what that little girl have a dimple.

She started to wonder "did i really have a dimple?why whenever i smile there was no expression of dimple on my face.. "

She keeps wondering until she become an adult. She doesn't realize that she have to smile more sincerely to people in order to have that dimple.

Then one day, someone came into her life that make her heart more open to all people. Shortened story, despite unrequited love that she got, she now opening her heart more to people including her smile. 



She learns to smile sincerely and starts her day with a smile. She practice to smile everytime she see her face in the mirror. Lastly she gets back her cute dimple on her face and started to wear it and proud of her chubby face again. Since then, people wasn't afraid to say 'hi' to her anymore.


Moral of the story do not think that you are not worth it people. YOU ARE BEAUTIFUL AS YOU ARE.


THE END.

(p/s: the story was about myself)

Kini......

assalammualaikum,

apa khabar semua? harap sihat-sihat sahaja belaka..

sudah lama aku tidak mengupdate blog aku, dah macam terkubur pon ada aku tengok.. hehe.. aku sekarang dah tak tau nak cerita apa dah sebenarnya.. memang banyak cerita tapi hmm.....

tak mengapalah meh sini aku cerita one by one.. sekarang alhamdulillah aku dah berjaya menamatkan pembelajaran aku bachelor degree tuh..

aritu aku mintak kerja..biasa lah orang baru abis blaja kan..mana ada pengalaman kerja so aku pun apply la kerja kat jobstreet.. i bet korang semua mesti tau kan ape jobstreet.. APA?!!  tak tau ke jemah semua?.. adoi.. tu tempat cari kerja online tapi untuk swasta la kan..HA GITU.. senang tak payah sibuk tengok newspaper macam dulu2..



alhamdulillah dalam 7 kerja yang aku apply, aku dah berjaya dapat kerja..tapi kerja biasa2 sahaja sebab aku nak ambik pengalaman dulu.. apa sahaja yang aku dapat, aku grab je..fresh graduate kan (graduate ke?? convo bulan 9 ni..hehe).. mostly aku minta yang bese2 je..aku tahu aku ni bukan ada pengalaman pon..so better aku ambik yang bese2..bagi aku la..lagipon pointer aku pon bese2 je.. tak hebat cam orang lain..



tambahan pula, aku sebenarnya nak ambik part time kat giat mara nanti untuk kursus pastry ke.. hehe.. nak belajar... mana tau kalo ada rezeki nak buat bisness pulak.. insyaALLAH..

LUPA PULAK SEKARANG KAN BULAN PUASA, JADI AKU NAK UCAPLAN SELAMAT MENJALANI IBADAH DALAM BULAN RAMDHAN INI.. DAN SELAMAT HARI RAYA (BAKAL TIBA KAN).. AKU MINTA MAAF KALO ADA SALAH SILAP TAU..

itu je cerita aku buat masa ni.. see u soon dearies..take care semua..mmmmuuahh..

Monday, May 12, 2014

Ujian berbeza


assalammualaikum semua yang beragama islam dan hello kepada yang non-muslim.

kali ni aku nak cerita mengenai ujian dalam hidup kita. aku akan bagi contoh situasi katakan ada orang ni dah kahwin lama tapi tiada anak lagi macam-macam usaha la dah buat tapi tiada rezeki, so suatu hari isteri dia pon cakap dengan laki dia nak ambil anak angkat, then bila die ada anak angkat laki die tak tahan budak tu menangis je..baby lagi kan..laki tu selalu cakap kat laki tu "jagalah sendiri itu kan anak U, U yang nak sangat" . kisah ni maybe dilakonkan semula ke aku pon tak tau tapi aku tengok dalam rtm. lepas tu Dato' Dr. Fadzilah Kamsah cakap kan lebih kurang macam ni la aku tak berapa ingat sangat, dia cakap ALLAH tak bagi orang tu rezeki lagi sebab ALLAH tahu orang tu tak bersedia lagi contoh dalam situasai tadi suami dia buat tak tau je dengan baby tu, tak suka baby tu la.. itu adalah ujian untuk orang tu la.. sebab setiap orang berbeza ujian yang ALLAH bagi.


Kadang ALLAH timpakan penyakit macam aku sendiri ada ekzema, kadang tu bukan dalam bentuk sakit tapi dalam bentuk lain duit ke, binatang ke macam2 la..Semuanya berbeza-beza.. 

Ujian untuk diri aku pun mungkin takkan sama dengan ujian orang lain dapat.. selain ujian penyakit ALLAH juga bagi aku ujian dalam hidup. Dari kecil sampai la besar..

Melalui ujian mungkin ALLAH nak tambahkan pahala kita atau mungkin juga sebaliknya bergantung macam mana reaksi dan tindakan kita lakukan.. contoh ujian untuk orang kaya ialah duitnya jadi jika duit itu digunakan untuk derma pada anak yatim insyaALLAH ditambah pahala jika ditunjuk-tunjuk dan tidak menolong orang langsung riak, kedekut dan tamak dengan rezeki ALLAH bagi tak tau la kan camne hmm..

itu antara contoh2 situasi la..

Apa-apa pun aku akan cuba redha dengan ujian-ujian yang ALLAH bagi..

Thursday, April 24, 2014

Pergaduhan



Assalammualaikum,

Kali ni aku nak cerita mengenai pergaduhan di antara manusia. Sering kali kita sebagai manusia yang sangat lemah ni gemar bergaduh atau bertengkar. Mungkin kerana sifat manusia itu sendiri iaitu panas baran, tidak penyabar, ingin sesuatu dengan segera dan pelbagai sifat lemah yang lain.

Hakikatnya ada yang menyalahkan genetik dimana mereka menyatakan bahawa perangai panas baran adalah datang daripada keturunan. contohnya jika ibu bapa panas baran kemungkinan besar anaknya juga berperangi begitu juga. Ya..mungkin juga tetapi tidak sepatutnya kita melihat satu faktor sahaja kan mungkin juga terdapat faktor luaran lain seperti persekitaran dan berbagai-bagai faktor lagi.

Manusia sering bergaduh atau bertengkar kerana perkara-perkara kecil, ditambah pula dengan hasutan iblis semakin rancak pergaduhan atau pertengkaran terbabit. Walaupon perkara tersebut mungkin sudah acap kali disebut tetapi masih mahu menyebut perkara yang sama berulang kali. Ada yang berjaya mencapai kata sepakat atau resolusi terhadap perkara yang ditengkarkan dan ada juga yang masih tiada penyelesaian. Jadinya perkara tersebut akan di ulang sampailah ke akhir hayat gamaknya.

Aku sendiri tidak pasti sampai bila kita manusia yang lemah sifatnya ini mahu berubah menjadi lebih baik termasuklah aku sendiri. Kita kadang mahu berkata dari hati ke hati tetapi pihak yang lain seolah-olah tidak mengerti atau pura-pura tidak ambil kisah. Hal ini masih merungsingkan diri aku dimana aku tidak faham apa pihak lain mahukan adakah pergaduhan sepanjang hayat mereka bersama dengan kemenangan iblis atau kita patut utamakan kasih sayang yang berkekalan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...