aku tak sengaja




Tanggal 17 Januari 2012,yakni hari Selasa.. Aku pergi dengan memandu kereta wira ke kampus tempat aku belajar. Tiba di satu simpang ada traffic light, aku pun memberhentikan kereta. Apabila lampu traffic light bertukar hijau barulah aku menyambung semula pemanduanku. Semasa aku memandu, aku melihat dari jauh di sebarang jalan ada seekor kucing ingin melintas jalan. Dalam hatiku berdetik 'harap-harap waktu aku lalu kucing tu tak melintas'. 

Tapi kucing itu melintas semasa aku sedang lalu disitu, ya ALLAH siapa yang hendak sengaja melanggar seekor kucing di tgh jalan yang penuh dengan kereta. Aku pun tak nak tapi aku sudah pun terlanggar kucing itu. Semasa aku sedang memandu tiba-tiba kucing itu melintas, ketika itu aku dengar bunyi. Aku melihat dicermin pandang belakang kereta kucing itu berjaya melintas tapi aku tidak pasti samada kucing itu cedera ataupun mati. Tapi apa yang ku pasti tiada kelihatan darah disitu. Aku masih kesal dengan apa yang berlaku, aku bukan sengaja ingin melanggar kucing itu. Sejurus selepas kejadian itu, timbul rasa bersalah yang amat sangat dan aku pun menitiskan air mata. Aku seorang yang amat sayangkan kucing. Aku tidak sanggup melihat kucing berkeadaan begitu. 

Dalam kereta semasa memandu aku tidak henti-henti mengalirkan airmata. Malah sebelum masuk ke kelas aku pastikan tiada lagi tangisan di mataku,aku tidak mahu rakan-rakan sekelasku tahu. Sebelum itu aku ade menelefon rakan baikku Syuhaida, tetapi dia tidak jawab. Semasa aku dalam kelas aku tidak memandang muka siapa-siapa pun. Aku juga tidak dapat fokus, apa yang ada difikiranku hanyalah kejadian tadi. Alhamdulillah lecturer datang dan memberitahu kelas dibatalkan kerana sebab-sebab tertentu, nasibku sangat baik. 

Tiba-tiba handphone ditanganku vibrate, kelihatan nama Syu di situ, aku menjawab telefon dan keluar dari kelas kerana aku khuatir aku akan menitiskan airmata disitu. Aku mencari tempat yang sesuai untuk aku meluahkan perasaan, sebaik sahaja aku lihat toilet kosong aku terus masuk dan menceritakan segala-gala kepada Syu. Aku menangis-nangis kerana aku masih dibayangi kejadian tadi. Aku sangat sayangkan kucing, kalau binatang lain mungkin aku tidak terasa sangat tapi ini kucing. 

Maafkan aku wahai kucing, aku tak sengaja melanggar kau. Semasa balik di jalan yang sama aku melihat-lihat die tepi jalan jikalau ada kucing mati tetapi tiada, aku berharap dia masih hidup lagi dan aku tidak melanggar bahagian yang boleh membuatkan kucing itu mati. Maafkan aku wahai kucing...

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z