Perempuan sila jangan jadi bodoh

ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

assalammulaikum,

tajuk kali ini ialah perempuan sila jangan jadi bodoh...


kisahnya begini, ade sepupu laki aku kita gelarkan die A, aku tengok A dan girlfriend asyik kehulu kehilir siap gambar mesra sangat la tengok gayanya..dengar cerita perempuan tu keje as ustazah ala cikgu ajar bahasa arab kan budak-budak panggil ustazah..

tadi aku tengok gambar dieorang latest at cameron highland di facebook..aku pun terdetik di hati nak tego aku pun bagi comment kat picture tesebut..aku tulis camni,  "weh dosa bawa anak dara orang kehulu kehilir tanpa muhrim..huhu" aku taip gitu..sebab memang kitaorang cakap ganas2 camtuh..biasa cam kawan an..

dia terasa agaknya terus block aku, aku mula2 tak tahu sebab masa ni maghrib lepas sembahyang pastu ape2 la yang patut kan aku on wifi kat smartphone LENOVO S920 aku..sepupu perempuan kita panggil G whatsapp tanya aku apa yang aku comment kat picture A..sebabnya si A dah delete comment aku

aku pun nak tengok kat facebook, cari la nama A hmm tak dapat nampak sangat la si A dah block aku..aku pon bagitau pada G yang si A dah block aku gara2 aku tegur die..



pengajarannya :

perempuan semua diluar jangan la jadi bodoh, nilai diri anda amatlah tinggi jangan hanya kerana anda rasa

1)tiada siapa sayang anda

2)rasa lonely

3)rasa nak tunjuk kat exboyfriend atau kekasih lama anda ada kekasih baru yang banyak duit boleh bawak  anda kehulu kehilir

4)rasa sayang gilalah kat boyfriend sanggup buat apa2 saja sampai sanggup gadai body 

nasihat aku lah jangan lah buat benda yang boleh anda sesalkan di kemudian hari, jika pakwe korang nak ajak keluar boleh tapi kena ada muhrim kan takpon bawak la kawan anda teman..nak bergambar pon sila la berpada2 jangan la over gila mesra..yang boleh mengundang kepada fitnah ye la kalo gambar tu mesra sangat mesti orang akan cakap wow baru kenal dah gambar mesra2 semua..nampak je macam baik..itu ini la..

pastu jangan la keluar kehulu kehilir berdua macam2 tempat la korang pergi ade yang sampai jauh gile la pergi bercuti berdua konon bilik lain2 atau overnight berdua..tak best la cam gitu..masa sebelum kahwin semua dah pergi nanti dah kahwin dah tak best, pastu bosan..kita tak tahu kan..masa sebelum kahwin semua indah (itu kalo korang kahwin la dengan dia)..pastu lepas kahwin camne pulak..sila la fikir..ini untuk masa depan..

dosa perempuan ayah die tanggung sampai la die kahwin..even keluar kat public pon berdosa sebab keluar berdua..dosa korang ayah korang tanggung..sayangilah ayah anda..dan sayangilah diri anda..

jangan yakin sangat anda akan kahwin dengan dia even dia penah bawak korang pergi rumah mak ayah dia, selagi belum nikah belum tentu dia jodoh anda..ingatlah..sebab adik aku pernah cerita kes sowang kawan dia, abang dia dah bawak la makwe die jumpa mak ayah semua siap si makwe panggil mama la gitu pastu akhirnya si laki tuh kahwin dengan orang lain..sebab ape mestilah sebab dah takde jodoh kan..

kebanyakkan lelaki yang baik akan faham, kalo tak faham nampak sangat ade la sesuatu yang die nak buat tu, ambik kesempatan ke kan..perempuan ni kalo sayang sikit mulalah nak bagi semua kat laki gambar tak pakai tudung la, gambar bogel la, even buat maksiat..itu kalo perempuan yang lemah iman la..

aku dulu2 pon ingat la ex pakwe aku dulu (cerita 6 tahun dulu) penah mintak gambo tak pakai tudung aku hampir je nak bagi tapi aku kuatkan hati alhamdulillah tak bagi akhirnya walaupon dipujuk rayu bagai..masa tu aku tak tau dosa couple ke ape..budak sekolah menengah time tuh..alhamdulillah ALLAH selamatkan aku dari lelaki macam tuh..


jangan begitu sayang2 = perempuan2 semua korang pasti menyesal, percayalah..

tak perlu bagi itu ini benda2 yang tak patut diberi pada orang yang bukan bergelar suami..mereka semua ingin ambil kesempatan je..ingat dieorang sayang sangat ke kat korang, kalo sayang takkan buat la benda2 yang bukan2 atau mintak yang bukan2..

nanti kalo mereka nak cari isteri pon mesti nak cari yang tertutup kan maksudnya ialah bukan perempuan yang bukan murahan la gitu.. SORRY AYAT AKU MACAM DIRECT..bukan nak cakap korang murahan tapi kita perempuan kena sedar diri ni..jangan murah sangat..mahal sangat pon tak boleh jugak..

kita kena sentiasa ingat ALLAH (bagi orang islam), insyaALLAH takkan terdetik di hati nak buat benda2 yang bukan2..walaupon rasa kesunyian la takde siapa sayang, jangan risau ALLAH sentiasa sayang kita sebab tu ALLAH bagi macam2 ujian..

nak cari kedamaian carilah ALLAH cintailah ALLAH dahulu insyaALLAH anda akan dapat suami yang terbaik untuk diri anda..

ingat perempuan yang baik untuk lelaki yang baik begitu juga sebaliknya..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z