Aku lupa

Dicopy dari Facebook

 Pesakit masuk dibawa MA.
'Kes apa?'
'PV bleed,' jawab MA. (Read: per vaginal bleed).
Dua org colleagues lelaki dh pandang aku.
'Nak suruh aku tgk la tu.' 🙄

'Alaaa xnak tgk PV bleed lagi dh hari ni plsss..' Mengadu.
Pastu colleague lain yg xtau cerita tanya,'kenapa? Siapa O&G oncall hari ni? Garang ke?'
'Xla.. Bukan sebab garang.. Fobia..'

***
Sebelumnya..

'Najiha, nak passover satu kes. Pt ni single. Last menstrual period 2 bulan lepas. Dtg complain pv bleed dgn lower abdominal pain. Darah dah soaked 3 pads. Deny blood clot or POC (product of conception). Katanya sexually inactive. Tapi sedara yg bawa syak dia gugurkan kandungan.'

Lepas colleague balik, mesin scan ditarik sambil menarik langsir. Mencipta ruang berdua bersama pesakit. Dengan harapan dia mahu bercerita.
'Adik, kita scan sket eh.' Ujarku kepada pesakit berusia belasan tahun itu.
Sambil memeriksa perut, 'Adik, adik dah kahwin?'
'Belum.'
'Adik ada boyfriend?'
'Ada.'
'Sorry saya tanya. adik memang xpernah 'bersama' lelaki ke?'
'Xpernah.' Menafikan.
Melihat scan finding, colleague dipanggil.
'Tolong double check jap.'
'Hmm kalau palpate perut, uterus at 20 weeks size. Well contracted.. scan uterus nampak besar tapi kosong.' Dengan mesin scan usang yg menanti masa, kami cuba menafsir.
'Xpela adik. Kita nak sample kencing eh.'

Setelah berkali2 datang dan soal pesakit, sedikit demi sedikit dia membuka cerita yg disembunyikan.
'Saya sebenarnya pernah kena tangkap basah.'
'Bila?'
'Bulan sepuluh tahun lepas.'
'Adik memang ada 'bersama' x?
'Ada..'
'Bila last sekali?'
'Bulan sepuluh tu la.'
'Ok saya minta izin periksa bawah eh? Adik hilang banyak sangat darah ni. Nadi adik laju sangat ni. Kita kena tahu punca.'
Akhirnya. Baru boleh proceed dengan further examination sebab pt dah mengaku sexually active.

***
Melihat vaginal tear, kesabaran mula menipis.
'Adik, adik cakap betul2. Adik dah bersalin kan?'
'Tak.. mana ada..' Masih menafikan.
'Adik xpayah tipu doktor. Adik ingat ktrg ni baru kerja sehari dua ke?' Colleague mula bersuara.
'Aah..'
'Pukul berapa bersalin tadi?'
'Saya xingat..'
'Adik bersalin kat mana? Baby mana?'
'Kat toilet..'
'Baby mana? Besar mana?'
'Saya xtahuuu. Dia lahir2 xmenangis.'

Marah.
Kecewa.
Sedih.
Sakit hati.
Semua ada.

Kenapa, adik?
Why???
***

'Aku xfaham betullah. Aku punya la bertahun2 tunggu nak anak. Wife aku berapa kali gugur. Tapi orang macam ni, senang2 je..' rungut colleague.
'Sebab Allah akan uji pada titik lemah seseorang..' ujarku perlahan.

***
Aku pernah terfikir.
Kenapa Allah bagi org2 yg xnk anak, dorang senang sangat mengandung?
Kenapa org yg bertahun2 berusaha demi gelaran seorang ibu, susah sangat nak mengandung? Kadang2 dah dapat anak, anak mereka ssh sgt nk survive..

Aku terlupa.
Yg Allah akan uji seseorg tu pada titik yg paling dia lemah.
Selagi x lepas ujian tu, selagi tu Allah akn uji.
***
Tanpa kita sedar,
Benda yg kita ssh sgt nk lawan suatu masa dlu,
Kita blh lawan dgn macho nya pada hr ini.

Kecik2 dulu maybe susahnya nak pakai tudung.
Tapi sekarang kalau keluar xpakai tudung, rasa mcm jln xde kepala. So Allah uji benda lain plak. Allah uji apa niat kita pakai tudung plak..

Atau kecik2 dulu susahnya la nak solat. Ayah kejar dengan rotan, baru nak solat. Sekarang, kalau x solat rasa mcm berdosanya hidup. So, Allah uji plak sudut lain. Allah uji plak susahnya nak solat awal waktu..

Hidup ni xkn berhenti dr ujian kan.
Cuma ujian tu je yg berbeza
Yg makin lama makin mencabar.
Yg makin lama makin menggugah iman.
***
Mcm kecik2 dlu pny la study sakan masa nk upsr.
Sbb rasa ssh nya la upsr tu.
Tapi bila dh umur 17 tahun nk amek spm,
Rasa upsr tu senang blh jwab tutup mata je.

Sbb..
Allah akn uji kita pd titik paling kita lemah.
Allah xkn uji seorg bijak pandai dgn soalan bdk tadika..

Kalau kita sorg yg kaki marah,
Allah Akan temukan kita dgn org2 yg akn asyk buat kita marah.
Utk tgk sejauh mana kita akan cuba bersabar demi Dia.

Sebab Allah nak kita lepas ujian tu.
Allah nk tgk usaha kita utk buktikan kita cinta Dia.
Kerna pada akhirnya,
Yg Allah nilai adlh usaha2 kita.
Struggle kita.
Air mata kita.
Kesakitan kita.
Utk capai redha Dia.

Sebab Allah nak tinggikan darjat kita.
Allah nak angkat kita ke level seterusnya.

Syurga tu kan bertingkat2.
Syurga paling bawah mestilah xsama dengan syurga paling tinggi, kan..

***
'The cure for pain is in the pain.'

Carilah jawapan di sebalik ujian.
Pasti kau bertemu cintaNya.
Dalam bentuk yg x kau sangka.

'Every next level of life will demand a different you.'



Maka di saat ujian,
Percayalah,
Kesakitanmu xpernah sia2.
Moga titis air mata menjadi saksi ke syurga.
Membawamu ke firdausi,
Syurga tertinggi yg diimpi manusia..
_____________________________________________

Korang tahu apa perasaan aku bila baca.. baru aku sedar..

Baru aku sedar.. hmm

Aku akui kadangkala aku terfikir kenapa rezeki aku dari segi pekerjaan tak macam orang lain..

Aku sedih..

Aku sedih kenapa aku tak dapat kerja yang gaji lebih macam orang lain.. kenapa aku asyik kerja gaji rendah je.. kenapa..

Kenapa.. kenapa..

Kenapa masa aku kerja dah elok masa tu la ujian datang.. walaupun aku tak berapa suka kerja tu tapi sebab cari makan.. aku sabarkan diri..

Tiba-tiba masa tu la ekzema aku naik mendadak.. naik kat jari aku.. dan semenjak itu ekzema kat jari aku seakan tidak akan pergi selamanya..

Sentiasa datang semula.. takkan sembuh..

Aku masa mula sakit kat jari tu sampai pakai glove masa nak shampoo.. (Alhamdulillah kini aku dah pakai shampoo 100% natural walaupun sedikit mahal)

Aku sedih.. tapi aku tak tunjuk aku sedih kat orang.. sedih.. impian aku macam hancur berkecai.. (mata masuk habuk pulak)..

Masa aku nak usahakan bisnes kek aku macam-macam jadi.. laptop rosak la..jalan aku seolah-olah sukar..

Lama tu i came to my senses that i maybe cannot be a pastry maker.. with my allergic contact dermatitis.. it's hard to do all the things myself.. especially with my finger..

So i telan the facts that i have to search for other job that suits me as an eczema patient.

Kerja lab? Jari aku kalau pakai glove tu sakit tau..if it triggers my eczema hmm.. so i maybe cannot work at the lab..

Aku sebelum apply kerja dekat Jobstreet aku fikir dulu sakit aku. Aku fikir dulu ekzema aku..boleh ke aku??

Boleh ke?? Aku khuatir ekzema aku akan naik..

Kalau kerja tu ade shift.. contohnya 3 shift.. shift yang waktu 10pm-7am tu.. aku boleh ke?? Tak effect ke ekzema aku?? Takut tidur tak berkualiti nanti ekzema aku naik lagi..

Walaupun sekarang aku dah terima hakikat bahawa aku ada allergic contact dermatitis..

Aku bukan sengaja.. sampai aku fikir hidup "orang lain macam elok je.. takde ujian macam aku.. bestnya hidup korang..dah ade career". walaupun deep down aku sedar ujian setiap orang berbeza..Aku tetap fikir

Aku satu habuk pun takda..

Cuma Alhamdulillah aku masih punya keluarga; ibubapa, adik beradik. Itu je yang aku ada..

Itu je..

Harta yang melibatkan duit, rumah dan kereta aku takde semua tu..(maaf habuk masih mahu masuk mata aku lagi..😢)

Aku rasa macam aku tak berguna pun ada.. aku takde apa-apa nak sumbang pada keluarga dan orang-orang yang memerlukan. Maksud aku dari segi kewangan.

I HAVE NONE.

Hmm maaf la berjela pulak penulisan aku.

Aku harap sangat aku dapat kumpul duit untuk hidup didunia sementara ni..

Harap aku redha sakit kat jari aku tu; allergic contact dermatitis.

Siapa yang baca tolong doakan aku dapat kerja yang sesuai dan boleh kerja lama.

Sincerely me
-Hanna

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z