Gemuk dan aku berpisah tiada..

Assalamualaikum semua.. apa khabar? Harap sihat walafiat kehendaknya..

Maaf la baru sempat aku nak bertanya.. semalam tak tanya kalian sihat ke tak kan 😁..

Alhamdulillah aku pun sihat juga.. malah makin membesar semenjak aku tidak lagi bekerja ni..



Kau bayangkan berat aku masa sebelum sakit teruk ekzema 75kg.. selepas sakit teruk 78kg.. sekarang 80kg atau 81 kg.. bermakna aku sudah bertambah obes.



Lagi gemuk berbanding masa aku belajar dulu.. seluar jeans dulu masa belajar, bila aku pakai sekarang ketat..aku pakai duduk umah je lah..

Aku bab gemuk ni paling bertambah lemak kat perut dan kaki.. haa itu yang parah tu.. paling tak boleh belah seluar jeans yang aku pakai longgar dulu.. sekarang ketat jugak lah..



Petandanya aku sudah bertambah besar berbanding dulu..

Aku nekad aku kalau dapat kerja aku nak beli supplemen aku pernah beli dulu.. walaupun harganya mahal dalam rm200-300 sebulan..janji aku boleh turun berat badan..

Kalau ikutkan berat badan ideal aku mengikut B.M.I paling minimum adalah 53kg paling max dalam 65kg rasanya kalau tak silap..

Masa aku makan supplemen tu dulu tambahan aku jogging exercise bagai dapat turun sampai 72kg.. lepas dah stop supplemen sebab duit tak cukup.. aku exercise juga..tapi berat naik 74kg.. tapi maintain je.

Masa berat aku 72kg aku terpaksa beli seluar jeans baru sebab seluar jeans lama longgar benau.. tapi lepas berat dah naik 74kg terus tak muat seluar tu 😂😂. Seluar tu ada lagi dalam almari aku.

Berat aku bertambah lagi semenjak keje hospital swasta..takde masa nak exercise sebab balik umah dah pukul berapa.. aku tak jogging langsung.. naik 75kg..

Dan selepas aku sakit ekzema kena makan ubat steroid tu lagi bertambah lagi berat aku..

Aku akui susah nak start exercise balik.. ditambah aku takde motivation.. dulu sebab personal matter tu yang bukan main aku exercise tu..

Haritu 2 minggu sebelum Ramadhan 2017 aku jalan kaki dalam 30min sehingga 1 jam dalam 3-4 kali seminggu..

Konon cita-cita aku nak juga jalan kaki masa bulan puasa.. masalahnya masa bulan puasa rasa macam takde tenaga langsung.. banyak masa nak lelap je.. 😂😂..

Bak kata adik aku akak lupakan je lah hasrat nak kurus..dari dulu dengar nak kurus itu ini sama je.. berkurun tengok sama je..😂😂..

Supplemen aku makan dulu dia sekat rasa lapar aku.. aku ni bab makan diakui lemah..tu yang cepat benau naik sekarang ni.. tambahan duduk umah je..buat kek..makan kek.. mana tak bertambah besar..

Harap aku dapat kuatkan semula semangat dan motivasi diri supaya aku dapat kembali exercise dan dapat kerja yang sesuai..

Korang tolong doakan aku tau..

Tq 😘




Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z