Sepanjang kedewasaan ini


ِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


Assalammualaikum,

Dah macam2 dugaan aku lalui sepanjang kedewasaan aku ni , sekarang umur pun dah bertambah, dah 24 tahun hidup didunia ni, tidak pasti sepanjang aku hidup ni aku ada berbuat baik atau tidak.. entah lah.. kalau buat dosa aku rasa ada je.. macam2 lah tak terhitung rasanya.. 

Alhamdulillah ALLAH masih menyanyangi hambanya yang sorang ni, dah macam2 dugaan aku lalui. Dugaan menjadi seorang perempuan kot, dugaan menjadi soerang anak, dugaan mendapat sakit, dugaan hati dan perasaan, dugaan iman dan macam2 lagi rasenyer.. kita hidup ni memang penuh dengan dugaan kan.. ujian dari ALLAH tanda ALLAH sayang pada kita..

Kita sebagai hambanya kita perlu tahu cara nak menangani je sahaja..ade yang sering berkeluh kesah, ade yang sering bertanya mengapa, ade yang melupakan-NYA dan ade yang mengingati-NYA..

Jalan yang terbaik adalah kita perlu sentiasa mengingati-NYA walaupon pelbagai dugaan yang kita dapat, kalau aku bila dilanda masalah, aku juga manusia biasa yang lemah, manusia yang sentiasa perlukan kasih sayang dari-NYA. Aku akan berdoa meminta petunjuk dari-NYA, membaca surah Yasiin, itu cara aku la..sebab aku ni memang lemah sangat dalaman, tengok je kuat macam gangster.. walaupon air mata aku mengalir aku tetap akan meneruskan pembacaan surah Yasiin, kadang2 masa tengah sembahnyang pon boleh menangis maungkin terlalu tertekan dengan masalah yang dihimpit. Selain tu, dengar dan ikut sekali bacaan zikir2 dan selawat2 qasidah ke.. bagi aku membaca al-Quran boleh memberikan ketenangan pada jiwa aku yang lemah ni.. alhamdulillah lepas baca mesti aku rase lebih kuat untuk menghadapi dugaan yang ALLAH bagi.. insyaALLAH..itu la sumber kekuatan aku selama aku hidup ni. Bagi aku mengadu pada ALLAH lebih baik berbanding mengadu pada manusia..tapi takde la time ade masalh je baru nak ingat ALLAH masa time senang pon aku baca al-Quran juga untuk tenangkan hati aku..bukan nak tunjuk baik, aku cer utk elakkan fitnah..

Aku ingat lagi mase dulu2 aku tak faham,kenpa kita kena mencintai ALLAH lebih dari diri sendiri dan orang len, bila dah dewasa baru aku faham..

Aku akui aku perlukan ALLAH dan mencintai ALLAH lebih dari segalanya..

terima kasih ya ALLAH ALHAMDULILLAH..terima kasih kerana sentiasa berada disamping hambamu yang sangat lemah ini..

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z