Tuesday, March 7, 2017

Sakit Perut+ handphone baru

hai jumpa lagi kamu.. hihi

hari ini aku dah ada idea untuk menulis..

nak tulis mengenai masalah perut aku.. pada post yang lepas aku dah cerita pasal yang ni kan ..

ok sekarang nak bagitahu masalah perut aku makin parah..

aku dah tak boleh makan makanan yang orang tua-tua kata berangin, meh sini aku senaraikan;

kategori makanan berangin:

Sayur-sayuran / Ubi
Kobis, kacang panjang, kangkung, terung, keledek, keladi, rebung, pucuk paku, kentang, kacang dal, bunga kantan, labu, asparagus, petai.

Buah-buahan
Tembikai, tembikai susu, nangka, cempedak, pisang, sukun, sengkuang. 

Makanan 
Lemang, pulut.

Minuman 
Jus buah-buahan tembikai/tembikai susu/carrot, minuman berkarbonat, berkafein. 



ha tengok tu gila kan.. tapi paling tragis ialah AKU TAK BOLEH MINUM SUSU LEMBU LAGI. TRAGIS KAN??

Kalau minum memang esok cirit 2-4 hari nak baik. Kena minum susu kambing je. Susu kambing tu dah la mahal 500G je RM40 keatas. Dah macam susu baby tau. 

Kesian aku kan, banyak pulak penyakit datang, mungkin faktor usia. ngeh ngeh..

ala korang anggap je la usia aku 30an dah senang sikit.. ahahahaha

aku siap beli supplement shaklee harga RM45 + RM8 postage = RM53. Sebotol ada 90 kapsul.



harap-harap kurang sikit perut berangin aku.

lupa pulak kalau perut berangin mesti la selalu kentut kan.. redha je la.. hahaha

habis kalau tak kentut tak keluar la angin tu, karang tahan-tahan perut korang yang sakit, i mean yang ada masalah seperti aku la..
______________________________________________________________________________

NEXT HANDPHONE

hari ini pagi tadi handphone aku terjatuh dalam air. hambik ko!

dah la dulu HTC Chacha aku pun pernah kena air tapi air botol dalam beg. Ini air kat rumah pulak. Sekarang aku pakai alcatel flash 2 harga dalam RM500 lebih jugak.

memang la aku teringin sangat nak beli handphone canggih tapi kebanyakkan handphone yang aku suka semua dalam range RM2k-RM3k.  Mana nak cekau duit. Kalau aku beli duit aku habis kesitu je la.

Dah tak boleh nak pergi travelling. Aku suka travelling. Cuma kekangan duit je. huhu



DISEBABKAN DAH 2 KALI HANDPHONE AKU KENA AIR, aku determined insya ALLAH next smartphone aku MESTI WATERPROOF!



YA MESTI WATERPROOF!

senang kalau pergi travel ke pulau, kalau nak ambil gambar berenang ke, tak payah risau lagi kan?

Aku kalau beli smartphone memang aku pentingkan specs dia seperti memory, camera, handphone tu besar mana?, RAM berapa?

aku memang akan kaji habis-habisan sebelum beli.. bukan apa harga handphone kan mahal sekali kau beli dah berapa ratus kan..itu kalau beratus la..

bila dah beli pakai seminggu dah tak berapa suka, membazir je..

aku ni jenis heavy user, suka install itu la ini la..macam-macam la.. suka ambil video la..yang penting tak lembap, aku tak suka lembap2 ni..rasa nak baling ke dinding je nanti..hehe

weh korang tengok la video ni, aku rasa smartphone begini memang sesuai dengan aku, bukan apa aku ni ganas sikit bab menggunakan handphone ni selalu sangat jatuh kat lantai boleh la dalam 50 kali kot..hehe..



korang doakan aku la ye semoga busines aku berjaya dan dapat beli handphone yang berkenaan tak kisah la mana-mana jenama janji spesifikasi dia hebat.

ok la thank you for your time...

daaa daaaa

XOXO

No comments:

Post a Comment

why don't you leave a comment for me? i love to hear from you..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...