Posts

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Image
Assalamualaikum, Aku masih lagi di sini. Alhamdulillah masih hidup lagi.  Jikalau blogku sudah lama tiada post baru bermakna aku sudah tiada lagi di dunia ini. Alhamdulillah syukur pada hadrat ilahi syukur kepada ALLAH subhanahu wataala akhirnya aku dapat kerja dekat dengan rumah.  Lebih kurang 30 minit sampai tempat kerja.  ALHAMDULILLAH hidup aku baru nak stabil diusiaku yang menjangkau 30 an.  Aku bukan seperti orang lain muda-muda hidup dah stabil.  Hidup aku banyak ujian. Baru sekarang ALLAH hadiahkan aku sedikit kesenangan hidup di dunia.  Masa aku dapat kerja awal-awal tahun 2020 akhir bulan februari, tiba-tiba politik negara kacau bilau kemudian dengan COVID 19 lagi sampai la sekarang.  Alhamdulillah daripada aku probation sampai kerja tetap la. Sampai naik gaji, sampai dapat rasa bonus. First time dalam hidup aku selama aku pernah bekerja nilah kali pertama aku rasa apa itu bonus.  Tempat kerja lama aku dulu macam haram menindas pekerja...

Give up

Image
Assalamualaikum, Dah bersarang dengan sarang serangga agaknya blog aku ni, lama sangat aku tak singgah dan menulis sesuatu disini. Dalam fikiran aku memang ada sejuta benda nak ditulis tapi macam biasa tetiba takde mood ataupun malas ataupun esok-esok la akhirnya memang tak la. Tahun 2020 ni umur aku semakin tua, seperti biasa tiada apa yang aku boleh banggakan. Aku menganggur lagi sekali dah hampir 6 bulan jugak la.  Syarikat  lama yang mengambil aku kerja dulu tidak mahu menyambung kontrak kerana nak bayar gaji aku mahal mereka lagi suka ambil fresh graduate gaji lebih murah dan mereka lagi muda kan. Paling aku sedih bos aku sendiri tidak memberitahu bahawa kontrak aku tidak disambung. Aku di katakan kononnya akan disambung kontrak oleh rakan-rakan sekerja lebih baik mungkin diserap jadi jawatan tetap. Malangnya tidak. Aku ketahui pun sesudah aku bertanya pada Human Resource (HR) . Person in charge pun terperanjat, siap tanya aku " diaorang takde bagitahu k...

Senyumanmu

Image
Dalam umo aku yang dah nak masuk 30 series ni, rasa macam malas dah nak bercinta bagai. Nak mencari jodoh ape tah lagi. Lagi la malas. Rasa nak redha je hidup membujang begini. Sebab aku tahu hidup aku sendiri pun huru-hara inikan pula nak jaga orang lain. Dengan kerja yang sekejap okay sekejap tak hmm..  Aku rasa orang pun tak nak dengan orang macam aku, takde masa depan orang cakap. GITEUWW..   Sejujurnya financial aku sendiri pun tak cukup, nikan nak berkahwin dan mempunyai keluarga sendiri. Nampak macam impossible je.. Tetiba aku cerita pasal jodoh, kahwin, cinta dah kenapa kan. hehe Saje...  sebab sebelum aku blah dari company lama tu, ada seorang budak laki baru masuk. Muda lagi umo baya adik aku je, 19 tahun. Nama dia bermula dengan huruf T. Muka dia biasa-biasa sedap mata memandang la. Tinggi mungkin sama macam aku atau lebih sikit kot. Ye la aku kira kategori perempuan tinggi la juga 5 kaki 3 inci tinggi. Dia mempunyai kul...

Harapan 2019

Image
Alhamdulillah. aku dah official resign dari Mayfl**. Walaupun kerja yang aku dapat hanya contract dari hospital swasta ternama di Kuala Lumpur, aku pergi jua. paling sedihnya contract itu hanya 6 bulan. setelah berbincang dengan ibu, ayah dan sepupuku aku mengambil keputusan untuk terima. Ku gagahi jua kerana gajinya lagi tinggi dan banyak benefit yang aku dapat berbanding dahulu. company lama satu apa pun takde (kalau nak tahu baca post aku yang lepas-lepas). harapan aku semoga kontrak tu bersambung atau kalau boleh serap masuk jadi tetap. Walaupun nampak mustahil tapi itulah harapanku. aku juga pergi kerana sudah tidak tahan bekerja berat seperti buruh disana. kerja angkat kotak berat , packing kerja-kerja store la. Tambahan pula kerja disana tidak membuatkan otak aku berfikir langsung. Melembapkan otak aku lagi ada lah.  dengan persekitaran yang asyik dengki pada orang lain, mengumpat sana sini. hmm... persekitaran yang sangat-sangat tidak sih...

Share lagu ost goblin

Image
assalammualaikum semua, aku nak share lagu yang aku suka daripada cerita korean drama popular iaitu Goblin atau dalam bahasa omputihnya The lonely God apentah.. hehe nah inilah salah satu daripada lagunya yang aku suka 1. and i'm here 2. who are you 3. stay with me 4. round and round 5. Beautiful 6. i miss you buat masa ni inilah cerita drama korea yang PALING AKU SUKA. Even aku bukan kaki layan cerita korea pon boleh terjebak gara-gara cerita yang sangat hebat ni. aku suka sebab ada elemen gembira+sedih+komedi. mungkin sebab banyak elemen kesedihan yang lebih membuatkan aku feeling cerita ni. hehe. ye la aku kan ada pengalaman sedih dalam hidup so i understand the feeling.. cewaaah.. gituewww ok daaa -hanna

Sentaplah kau

Image
Hi semua.. Assalammualaikum dan apa khabar?  seperti biasa aku disini ingin meluahkan rasa ketidak puas hati aku mengenai kerja aku sekarang, hari ini kakak L itu seperti biasa memang kerja dia disitu ialah sentap. SENTAP dengan orang sana sentap dengan orang sini. Sentap maksud dalam ayat aku ini ialah cepat terasa atau terlebih sensitive omputih kata over sensitive. Padahal orang cuma ingin bergurau dengan dia. kakak L : ampang masuk ke harini? aku        : dah bape tahun keje takkan tak tahu lagi Masalahnya mereka bergurau boleh pulak. Gurau kasar weh. Cakap aku itu la ini la. Aku pun okay la sebab aku tahu diaorang gurau memang kasar. TIBER terasa pulak.. kau rasa macam mana.. Kawan aku E pulak campak kotak ketepi macam hempas sebab kitaorang memang nak cepat pack untuk delivery pagi itu, tercampak depan dia pulak L tu. LAGI bertambah SENTAP lah dia. TERUS tak nak bertegur dengan kitaorang. Aku pun lantak la mereka. Malas ...

Puaka mulut seorang perempuan

Image
Assalammualaikum readers, hai apa khabar? aku nak cerita kisah tempat kerja aku lagi. kan post lepas-lepas aku cakap office mate aku mostly fake kan memang dah sah. Aku pun dah kena. Petang tadi pukul 4.35 petang kami iaitu aku dah seorang lagi kawan dipanggil oleh datin berkenaan kerja. Selesai perbincangan berkenaan kami diberi gaji. Gaji aku diberi secara tunai atau omputih kata CASH. Sebab aku tahu mesti akan ada masalah kalau diberi secara transfer. Dan memang betul pun , hari ni tadi datin tu cakap aku tak hadir 2 setengah hari. Aku cakap la aku tak datang satu hari je. Rupanya 1/2 day berkenaan adalah pada bulan lepas 30 hb october , aku pergi check up gigi sebab aku buat minor operation pada gigi bongsu bawah. Dipendekkan cerita pastu datin tu pun bagi semula duit aku. Masa tu aku tak ingat lagi aku tak 1/2 day hari tu, aku tanya trusted friend aku, die cakap takde. Pastu ade akak akak ni cakap aku tak datang ari jumaat. Aku geram weh aku ngamuk ...