Cinta Luar Biasa




  • Cinta luar biasa..Cinta seorang Kekasih kepada umatnya..Hingga pada hembusan nafasnya yang terakhir..Lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..Ummati.. ummati.. ummati..

  • Cinta luar biasa..Kisah cinta Handzalah..Meninggalkan isteri di malam pernikahan..Lantaran menyahut seruan jihad..Akhirnya syahid di medan perjuangan..

  • inta luar biasa..Seteguh kasih Khadijah..Tak pernah jemu memberikan sokongan..Rela mengorbankan segala kemewahan..Di saat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..

  • Cinta luar biasa..Kisah kesetiaan Abu Bakar..Kasih seorang sahabat yg tiada tandingan..Insan yang sentiasa membenarkan..Sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

  • Cinta luar biasa..Kisah ketabahan Hajar..Ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..Bukti kasih seorang ibu yang berlarian mencari air..Tatkala mendengar tangisan si anak kecil..

  • Cinta luar biasa..Umpama keberanian Ali..Di malam penghijrahan Nabi..Menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..Walaupun jiwa menjadi taruhan..

  • Cinta luar biasa..Cinta Asiah, Masyitah dan Sumaiyyah..Menggadaikan nyawa demi mempertahankan aqidah..Iman di dada tak sedikit pun goyah..Kerana keyakinan yang teguh atas segala janjiNya..

  • Kisah cinta luar biasa..Insan pilihan yang berada di atas jalanNya..Betapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..Redha dan sabar menempuh segala ujian..Merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman.
  • Sejenak diri ini berfikir dan tertanya-tanya...Apakah diri ini mampu meraih cinta luar biasa ini??Bisakah cinta luar biasa ini digapai?

  • Tak tertanding rasanya diri ini dengan insan2 pilihan...Kepayahan, ujian, cabaran, dugaan, dan halanganYang terpaksa mereka hadapi dan tanganiDalam meningkatkan imanJuga memperkukuhkan lagi taqwa...

  • Diri ini sedar serta mengakui hakikat...Mereka insan2 pilihan...Mereka insan2 hebat...Agak mustahil untuk menjadi mereka...Namun masih bisa mencontohi mereka...



sumber: http://www.lailahaillallah.com/bulletin/view/id_213/

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z