10 Tanda Wanita Menolak Pria

Pernahkah anda terpandang seorang wanita yang sangat menarik lalu ingin mendekatinya? Naluri ingin rapat dan mengenali seseorang adalah sangat biasa bagi seorang lelaki maupun wanita.

Apabila sudah mulai kenal, anda ingin jauh lebih mendekati dirinya, kalau boleh ingin menyayangi, mencintainya serta ingin sentiasa berada disisinya. Namun adakalanya anda hanya menyimpul impian. Gadis yang kita minati itu umpama “jinak-jinak merpati”. Dia nampak seperti menyenangi anda tetapi sebenarnya dia hanya menganggap anda tidak begitu istimewa di hatinya. Berikut adalah tanda-tanda gadis yang sebenarnya “menolak” tawaran anda untuk menjadi pasangan anda. Kalau anda sudah terlihat tanda begini, berhati-hatilah. Jangan terlalu menaruh hati.

1. Dia tidak membalas panggilan anda
Siapa yang tidak riang bila si dia menelefon. Sekalipun hanya bertanya khabar berita atau mendendangkan kata-kata romantis, ia sesuatu yang ditunggu-tunggu. Tapi tatkala anda menelefon dan dia mengelak menjawabnya, ia petanda awal anda bukanlah istimewa sangat. Lebih buruk jika anda meninggalkan pesan dan dia tidak membalasnya.

2. Dia coba ‘menjodohkan’ anda dengan kawannya
Jika anda menyuarakan isi hati, tiba-tiba si gadis memberitahu anda nampak sepadan dengan kawannya atau si polan dan si polan. Nampak sangat dia sebenarnya tidak tertarik dengan anda.

3. Tiada bahasa tubuh
Selain kata-kata, bahasa tubuh memberikan banyak petanda. Dari pandangan mata, sentuhan tangan dan sebagainya sudah menggambarkan dia memang bahagia. Kalau tidak ada semua itu, bermakna anda hanya kawan biasa baginya.

4. Menolak tawaran anda dengan baik
Apabila sudah dibilang, sebenarnya orang sanggup berkorban apa saja. Namun kalau dia menolak dan berasa takut-takut dengan anda tatkala anda mengajaknya keluar, faham-faham sajalah penting atau tidak anda di sisinya.

5. Tidak mau jalin hubungan terlalu rapat
Dari salam perkenalan anda ingin menjalin hubungan yang lebih erat. Malah kalau boleh menyayanginya dengan sepenuh hati. Namun kalau dia sudah menolak anda awal-awal lagi dan memberitahu tidak mau menjalin hubungan yang lebih serius, fahamlah sendiri maksudnya.

6. Dia berikan perhatian lebih kepada ‘kawan’ anda.
Dalam satu sesi perjumpaan bersama kawan-kawan, tatkala kawan anda membuat lawak, si dia beria-ria ketawa, seakan memberitahu menyenangi lawak tersebut. Malah setiap kali kawan anda membuka mulut si dia Nampak begitu tertarik. Tapi saat anda bercakap, si dia kurang memberikan perhatian malah sering memotong percakapan anda dengan sepantas mungkin.

7. Dia bercakap tentang lelaki lain
Kecuali Brad Pitt yang cukup terkenal dengan ketampanannya, si dia tidak begitu teragak-agak bercerita tentang lelaki lain di hadapan anda setiap kali anda keluar berdua. Si dia akan mengatakan dia begitu tertarik dengan karisma si dia tanpa langsung mempedulikan perasaan anda.

8. Dia sentiasa bawa kawan bersama
Bayangkan situasi anda setiap kali anda mau mengajaknya keluar, si dia bersetuju dengan tawaran anda itu. Dia bertemu anda tetapi malangnya dalam pertemuan tersebut, dia turut membawa kawannya bersama. Ini menunjukkan dia bukan jenis mau menghampakan perasaan anda dan sebab itulah dia bersetuju membawa kawan menemaninya. Anda pula tidak boleh marah-marah sebaliknya perlulah sadar, dia bukannya mau keluar dengan anda.

9. Si dia tidak memperkenalkan kawan-kawannya
Satu lagi petanda bahawa si dia tidak berminat untuk meneruskan perhubungan dengan anda adalah apabila si dia tidak pernah mau memperkenalkan siapa kawan baiknya kepada anda. Dia mungkin boleh berbual atau berborak dengan anda tetapi dia tetap menyembunyikan kawan-kawannya dari anda.

10. Dia tolak pelawaan anda keluar
Ini mungkin perkara akhir yang perlu anda ambil perhatian. Setiap kali anda mengajaknya keluar, si dia sengaja memberi berbagai alasan asalkan tidak keluar dengan anda. Justru itu, kalau 10 kali anda mengajaknya tetapi cuma sekali dua disambut, itu bermakna dia tidak berminat langsung dengan anda.


Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z