I AM 4U: Part 1 STORY BEGIN - INSTINCT / NALURI HATI


SPECIAL PERSON IN MY HEART SERIES - TITLE: I AM 4U

Assalammmualaikum,

Aku nak menceritakan kisah mengenai seorang kawan yang bagi aku dia seorang yang amat istimewa dalam hati aku/ SPECIAL PERSON IN MY HEART (dia dah tiada buat selama-lamanya). Aku akan menceritakan kronologi daripada mula dimana aku kenal dia dan apa yang terjadi semasa aku kenal dia.

Sem 1 (julai-nov 2010)

Masa ni kalo tak silap aku kelas nutrition, lecturer selalu suruh baca outloud apa yang tertera kat slide depan. pastu nama dia kena panggil.. aku gelarkan dia AAA tau..

So AAA ni pon baca la..kalo tak silap dia macam dok sebelah kiri aku. pastu aku pon pandang la kan sape budak tuh.

" eh sape mamat ni asal aku tak pernah tengok die dalam kelas ni? sejak bila die wujud dalam kelas ni??"

Jika tidak silap aku pun turut kena baca sekali.

Itulah kali pertama aku nampak kewujudan dia. Selepas habis kelas, aku pergi library. Aku ni jenis orang yang tak campur urusan orang lain. Disebabkan itulah aku tidak berapa kenal kawan sekelas.

Semasa berada dalam library tu, pada masa itu aku tengah nak cari buku di rak-rak buku di situ. Tiba-tiba AAA ni tegur aku,

"Dah siap ke assignment food?"

Aku pon jawab "ha ape dia, tak dengar la?" lebih kurang 5-6 kali jugak la aku cakap kat die camtuh.

Aku ni actually pekak sikit, bukan ape suara die pelan sangat kot.

Agak malu gak la dah la pekak. Bila dah dengar baru aku jawab "owh..belum lagi" pastu aku terus blah, bukan nak tanya dia dah siap buat ke ape ke.

Perangai aku memang macam bengong sikit sebab aku ni SKEPTIKAL sikit pasal laki tu yang cam malas nak layan.

Aku pada waktu berkenaan pakai serius macam makcik mana je dengan tudung segera dan baju kurung warna coklat. Dimana tudung tu lagi menampakkan muka aku yang bulat terlebih nih. Macam pelik kan dia boleh je tegur aku.

Bagi aku masa tu aku memang macam makcik je, tiada lelaki akan tegur aku la kalau pakai macam tu. And I WAS WRONG.

AAA ni la lelaki pertama yang tego aku masa U dulu. aku ingat lagi sampai sekarang. Budak laki lain mana ada tegur aku. Yelah muka aku ni serius gila la. Muka tak senyum.

Selepas aku sedar akan kewujudan dia, aku mula rasa seperti dipandang atau diperhatikan oleh AAA dalam kelas. Tetapi pada masa itu aku rasa mungkin aku perasaan kot maybe dia pandang orang lain ni.

Kejadian ni berlaku dalam library lagi sekali, aku seperti terdengar gelak tawa seseorang "Eh sape yang gelak cam N gelak?". Buat pengetahuan semua N tu ialah seseorang yang aku pernah sayangi sebelum AAA ni.

Aku pon toleh "Eh , AAA ke?. Dia gelak sama macam N gelak" dalam hati aku berkata-kata.
----------------------------------------------
Sem 1, October 2010  ni baru aku add dia kat facebook.aku yang add dia kat facebook, aku fikir ape salahnya add dia kat facebook lagi pon dia kan kawan kelas aku. AAA ni hmm memang takde pon nak add aku. (Actually aku ingat aku add dia sem 2..bile semak semula rupa-rupanya sem 1)
-------------------------------------------

 Sem 2 (jan-apr 2011) & sem 3 (july-nov 2011)

Apa yang aku ingat kalau tak silap aku, dia selalu tego aku cuma aku ni kan pekak jadi tak berapa nak dengar. Aku just pandang dengan pandangan kosong je.

Dalam hati aku"eh die tego aku ke erk tadi, aku tak berapa dengar,tak kot"

Bila dah berapa kali dia tego aku ni pekak je kot so die cam dah tak tego lagi dah.

Aku pon fikir dalam hati "mamat ni dah give up tego aku ke? sorry la aku selalu tak berapa dengar"

Ada satu masa tu ade kena masuk lab tau, then aku tak dapat group lab lagi. Riak wajah aku pon berubah jadi muka sedih je la..tiba-tiba AAA cakap kat aku

"Kak hanna pergi la masuk group sana" Riak wajah aku pon terus happy bila dah ada group. haha..lawak kan..

Aku rasa dia sorang je yang sedar aku ni tengah cari group sebab tu riak wajah aku berubah. Orang lain semua hmm buat tak tahu je. Bukan la aku takde kawan, ada je cuma kelas lab kitaorang lain-lain.
-----------------------------------------------------

Aku tak ingat entah bila masa tapi pastinya lepas waktu lab, aku nak pergi ambik beg kat dalam loker pastu aku seperti terdengar cam ada orang nyanyi nama aku "~hanna ~" .

Aku rasa hmm maybe aku salah dengar kot. Takkan AAA kot..cam tu la pada fikiran aku time tuh.

Aku kurang pasti sem 1 atau 2 tapi masa tu ada kursus keusahawanan dekat UniKL MFI. Aku aritu pergi daftar pakai baju lain sikit dari biasa, aku pakai selendang. Aku tak ingat sangat tapi aku masa tu ada duduk kat satu kerusi tu, tengah tunggu sape ntah. Then AAA lalu di depan aku dan dia sempat pandang aku, aku pun pandang nak tengok sapa yang pandang aku.

Aku pelik juga. "Asal dia ni selalu usha aku je ni".

Masa maulidur rasul kan, aku nampak dia bawa kamera dan mengambil gambar pada majlis tersebut. Semasa kami semua sedang berarak dia pun ambil lah gambar. tapi peliknya aku rasa seperti dia ambik gambar aku je banyak, kerana dimana aku ada disitu dia ade cuma dia cam cover-cover jugak la (cewah bunyi cam perasan kan tapi itulah hakikatnya)
------------------------------------------------

Selepas aku dah abis kelas pastu nak balik. Pada waktu itu aku naik kereta pergi Universiti, AAA naik motor. Sem dua kot baru dia bawak motor hmm aku pon tak berapa ingat. Dia selalu berhenti tepi jalan seperti mahu menunggu kereta aku jalan. Dia buat-buat la tengah pakai glove la, macam-macam la kan.

Lepas kereta aku dah gerak die pon gerak balik. aku dalam hati "asal la dia ni dok tepi-tepi jalan ni ingat aku nak tego ke? memang tak la"

Betapa SOMBONGNYA aku pada waktu itu.

Diulangi aku memang SKEPTIKAL dengan insan bergelar LELAKI.

Aku pelik jalan yang aku guna untuk balik die pon sibuk guna jugak. Haa tu aku pelik sangat. Sebab jalan pergi hostel patutnya lalu tempat lain tapi maybe juga dia nak pergi pekan kajang tuh. So aku pon hmm biar je la, 

Ada juga pada satu masa tu motor dia dok berhenti sebelah aku masa traffic light tapi aku langsung tak pandang dan tego dia. Aku just nampak dari side mirror. 

Dah lama-lama tuh, dia dah tak follow aku lagi. Aku pun rasa lega sikit.
-----------------------------------------------

Dalam pada waktu berkenaan, terdetik dalam hati aku "Dia ni jodoh aku ke?". Entah tak tahu kenape aku rasa camtuh. padahal takde la rapat mana pon bese2 je.

----------------------------------------------
Paling aku tak boleh blah la kan si AAA ni kalau duduk dalam library suka tego perempuan. Berborak dengan perempuan sana, borak dengan perempuan sini. Banyak perempuan die tego.

Aku pon teringat mangkuk hayun iaitu cinta monyet aku dulu.

"Lebih kurang je perangai engkau ni dengan mangkuk hayun" dalam hati aku berkata-kata . Si-mangkuk hayun tu dulu perangai camtuh suka borak-borak dengan semua perempuan.

Aku bukan apa, bukan nak judge orang sesuka hati tapi aku ada pengalaman cinta monyet A.K.A cinta first aku dulu teruk kan tu yang aku judge orang semua begitu. 

Padahal dia memang baik dengan semua orang cumanya budak lelaki suka kacau or buli dia sebab dia terlalu baik tu yang dia suka borak-borak dengan perempuan. 

Dia dah tiada buat selama-lamanya barulah aku sedar semua ini.
-----------------------------------------------

Jika aku tidak silap, semasa sem 2 sampai sem 4 agaknya tak pasti sangat. Aku suka pakai SWEATER WARNA MERAH. Done2 weh die pon pakai SWEATER WARNA MERAH. 

"AAA ni tiru aku ke ape?". For your information aku memang suka WARNA MERAH PON.

Satu lagi aku ingat lagi masa kelas english kan, kitaorang kena buat mock meeting ke ape ntah lupa la, group aku buat la discussion. Discussion tersebut diadakan masa event ape ntah kat Universiti. Jadi nak tak nak aku terpaksa la datang, ikut hati macam malas tapi sebab ade discussion aku datang jugak. 

Aku pakai baju kurung dengan selendang. Itu la first time aku pergi Universiti pakai selendang dan first time pakai makeup. Aku actually saja je nak pakai makeup kerana Universiti aku kan tengah buat event so apa salahnya nak kelihatan cantik sedikit berbanding hari-hari biasa. Makeup yang aku pakai ialah eyeliner dan bedak. 

Semasa discussion tu kan. die dok je sebelah aku macam nak rapat dengan aku la camtu maybe terpesona tengok aku cantik agaknya la, sebab aku pakai makeup sikit kan. 

Paling menghairankan semasa discussion berkenaan dia bagi semua orang air mineral cuma aku sorang je dia tak bagi. 

Dalam hati aku cakap "hmm tak nak bagi sudah, ingat aku suka mintak-mintak ke?"

Semasa sem-sem ni memang dia ada pandang-pandang aku dalam kelas lagi. Aku boleh rasa kalo orang pandang aku.Cuma aku malas nak pandang balik, buat konon-konon tak nampak la gitu.
---------------------------------------------

Universiti aku ade buat kursus jenazah, aku pon masuk la sekali sebab aku memang tak pernah pergi kursus jenazah. 

Masa mula majlis tuh, dia jadi photographer. Pada masa ni aku rasa dia macam banyak ambik gambar aku je.Dekat gile kot ambik gambar sebelah aku kan ape kes. Tapi as usual aku buat tak tahu je la malas nak layan.
--------------------------------------------

Mengenai soal facebook, kisah dia begini, aku dah lupa bagaimana dia ada email aku atau bagaimana aku ada email dia cuma yang pastinya email DIA ialah email yahoo aku pulak gmail.

Mungkin juga sebab aku pernah satu group rasanya la. Dia pernah invite aku untuk facebook. Bila aku nampak dia invite aku, pastu aku add dia di YM (Yahoo Messenger). Elok je dia approve,

Aku tak pasti samda dia tahu bahawa itu adalah aku. Aku pernah lihat status YM dia ialah lirik lagu Dealova by ONCE.'AKU INGIN MENJADI SESUATU.....' .


Sem 4(jan-apr 2012) & sem 5 (july-nov 2012)

Tahun ni punya cerita pon aku tak berapa ingat sangat. Cumanya kalo tak silap aku la kan, AAA ade tego aku masa aku duduk kat tangga. aku tengah makan roti ke ape benda ntah.. seperti biasa la aku kan buat hal aku je malas kacau orang lain. Aku hanya balas dengan senyuman je. Itu je aku balas ntah ape-ape je aku ni kan..
-----------------------------------------------------
Pernah satu masa tu aku pergi U untuk ambik cop untuk borang biasiswa koperasi. Then aku duduk kat kerusi bawah depan office bawah yang sekadar hiasan tu. Aku tak tahu dari mana dia datang then tegur aku. 

Aku cakap la aku nak ambik cop U untuk biasiswa pastu dia jawab untung la. 

Sebenarnya biasiswa tu ayah aku nak bagi adik aku pakai then adik aku jauh sangat tarikh dah nak expired baru bagi aku, tu yang aku terasa. 

Aku ada cakap kat dia "memang la best tapi hmmm entah la.." Actually aku rasa macam nak luahkan je perasaan geram aku kat dia tapi aku tak beritahu pon.

-----------------------------------------------------
Masa tu kelas ape ntah la kan, aku ambik tempat duduk pastu keluarkan buku tajuk SMART HEART die tego aku baca buku ape pastu die tengok buku tu.Orang lain i mean lelaki kan mana berani tegur aku, yelah aku kan agak berusia berbanding mereka semua.
-----------------------------------------------------
Pastu ada satu ari tuh aku pakai baju master chef, tu sebenarnya t-shirt masa aku blaja masa diploma dulu. die tego pasal master chef tuh rasenyer tapi aku wat dunno je weh.. ntah nape la dengan aku time tuh.

Masa tu aku pakai tudung tak berapa nak labuh sangat tu yang boleh nampak tulisan chef tu pada baju aku. Semenjak tu aku dah jarang pakai baju tu. Mungkin juga malu sebab dia tegur aku.
----------------------------------------------------

Aku juga pernah tegur dia di tangga depan library sebab masa tu dia tiba-tiba pakai spekmata, padahal sem-sem sebelum ni tak pakai pon, jadi aku pon pelik. 

Aku tanya "wah dah pakai spek ke sekarang?" Dia jawab spekmata tu cuma untuk mata dia silau, sebab mata dia tak rabun.

Aku balas "Ooo". Itu je aku balas, bukan aku nak panjangkan perbualan.

Buat pengetahuan semua masa ni HATI aku time ni cam KELIRU jugak. i don't know why maybe sebab still skeptikal dengan lelaki so fikiran aku negatif memanjang.

Comments

Popular posts from this blog

APAKAH ITU JUZ' AMMA?

Kisah aku 2021, Part 1 cerita litmatch apps cari jodoh

Kisah litmatch part 5 - Hati aku mati terus hidup balik , Part 1: Kenal dengan Z